Man City Tetap Didakwa Oleh FA Walaupun Haaland Tidak Didapati Bersalah

Erling Haaland terlepas daripada hukuman oleh pihak FA atas reaksi berlebihan terhadap pengadil perlawanan, Simon Hooper kerana membatalkan ‘advantage’ ketika perlawanan Man City menentang Tottenham yang berkesudahan dengan keputusan seri 3-3 pada Sabtu lalu.

Walaupun demikian Man City tetap didakwa oleh pihak FA kerana kegagalan mengawal emosi pemain mereka.

Haaland sebelum ini memberikan respon terhadap satu hantaran video dimana Hooper tidak membenarkan Grealish memanfaatkan peluang terbuka pada minit keempat masa kecederaan dengan kata-kata makian di X.

Sumber kepada ESPN bagaimanapun berkata respon Haaland itu tidak melanggar peraturan badan bola sepak itu berkaitan komen di media dan aktiviti di sosial media.

Haaland adalah pendahulu senarai penjaring terbanyak pada musim ini dan turut terlepas daripada siasatan oleh FA atas perbuatannya yang bertindak agresif terhadap Hooper selepas pengadil itu meniup wisel sebaik sahaja Grealish mula melarikan bola.

Insiden di antara Haaland dan Hooper adalah fokus utama mengapa City didakwa oleh FA kerana melanggar peraturan E20.1 badan bola sepak itu berkaitan tingkah laku pemain.

Ketika itu Haaland mengetuai sekumpulan pemain termasuk Ruben Dias dan Mateo Kovacic mengerumuni Hopper untuk melakukan protes.

Melalui satu kenyataan, The FA berkata: “Manchester City kini menerima dakwaan pelanggaran Peraturan E20.1 selepas pemain mereka mengerumuni pegawai perlawanan ketika perlawanan Premier League menentang Tottenham Hotspur pada Ahad, 3 Disember 2023.

“Didapati pada minit ke-94 perlawanan, pihak kelab gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan seperti yang sepatutnya.

“Manchester City kini diberikan tempoh sehingga 7 Disember 2023 untuk membalas dan memberikan respon terhadap dakwaan tersebut.”

Sumber sama kepada ESPN turut mengesahkan pihak FA tidak bercadang untuk mengheret mana-mana pemain lain atau staf kejurulatihan daripada kedua-dua kelab untuk pendakwaan lanjut berkaitan kes itu.

BACA:  Haaland Dan Norway Bakal Diharamkan Dari Menyertai Piala Dunia Oleh FIFA