Kapten Tottenham Son Heung-min menjaringkan gol di kedua-dua belah gawang pada 10 minit pertama perlawanan ketika berhadapan Manchester City di dalam aksi Premier League pada awal pagi tadi.
Son berjaya menewaskan Ederson pada minit ke-6 perlawanan untuk menggamamkan penyokong tuan rumah yang hadir di Etihad sekaligus meletakkan Spurs di hadapan.
Namun kedudukan perlawanan kembali terikat 1-1 hanya selepas 3 minit apabila sepakan percuma yang diperolehi City terbias oleh Son dan masuk ke gawang pasukannya sendiri.
OPTA merekodkan perbezaan kedua-dua jaringan tersebut hanya dibezakan 137 saat. Ini menjadikan bintang dari Korea Selatan itu pemain kedua dalam sejarah Premier League berbuat demikian dalam tempoh 10 minit permainan.
Sebelum ini perkara serupa turut pernah dilakukan oleh Gareth Barry dalam perlawanan di antara Aston Villa menentang Charlton pada Mei 1999.
137 – There were 137 seconds between Son Heung-min putting Spurs 1-0 up and then scoring an own goal. He is only the second player in Premier League history to score a goal and own goal in the opening 10 minutes of a game, after Gareth Barry for Aston Villa v Charlton in May… pic.twitter.com/uPGqYYvXVu
— OptaJoe (@OptaJoe) December 3, 2023
Ia juga hampir menyamai rekod Johnny Evans pada Disember 2012 yang menjaringkan gol untuk Manchester United sebelum menjaringkan gol sendiri menentang Newcastle hanya dalam tempoh 167 saat.
Son sememangnya kurang bernasib baik menjaringkan gol untuk City selepas jaringan pembukaan untuk Spurs. Dan ia turut menarik pelbagai pendapat daripada netizen.
Ada yang bersimpati, dan ada yang melihat kejadian tersebut sebagai kelakar.
“Saya berharap Spurs masih mampu menang perlawanan ini. Jika tidak, ia nampak begitu teruk,” kata salah seorang daripada mereka di X.
Kemudian ada yang menulis: “Sangat kelakar. Saya simpati dengan dia.”
Son's mad 137 seconds😅
Spurs star scores at BOTH ENDS in just over two minutes vs Man City#ManCity #sonheungmin #MCITOT #Spurs pic.twitter.com/Co2oBM179C
— All Football App (@allfootballapp) December 3, 2023
Dion Dublin yang melakukan ulasan untuk Radio BBC menyifatkan tidak ada apa yang mampu dilakukan Son untuk menghalang gol sendiri tersebut.
Kelebihan awal oleh Tottenham dengan pantas dipadam oleh gol sendiri kapten pasukan mereka sendiri. Lebih menyukarkan mereka, Phil Foden kemudiannya menjadikan kedudukan 2-1 sebelum babak pertama perlawanan tamat.
Giovani Lo Celso kemudiannya menjadikan kedudukan kembali terikat pada minit ke-69, sebelum Jack Grealish mengembalikan kelebihan kepada City 10 minit kemudian.
Dejan Kulusevski menyelamatkan Spurs dengan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan masa sebenar di Etihad untuk kedudukan terikat 3-3.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kontroversi dan kekeceohan selepas pengadil memberikan foul kepada Grealish, walaupun pemain itu berada di situasi terbaik untuk menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah.