Van Dijk Dianggap Satu-Satunya Pemain Mampu Matikan Langkah Haaland

Bekas pemain pertahanan Liverpool Glen Johnson sudah tidak sabar untuk menanti pertemuan di antara bekas pasukannya menentang Manchester City.

Perlawanan membabitkan dua pasukan teratas Premoer League itu turut menampilkan penyerang paling berbisa di dalam bola sepak Inggeris berhadapan dengan pemain pertahanan yang dilabel terbaik dunia, Virgil van Dijk.

Pertembungan kedua-dua pemain turut dilihat sebagai perkara yang boleh menentukan hala tuju pasukan masing-masing pada musim ini.

Dan Johnson mempunyai teorinya yang tersendiri dan cukup yakin dengan penilaiannya.

Bercakap kepada Squawka, Johnson berkata: “Jika ada pemain yang mampu mengekang Haaland, maka Van Dijk lah orangnya. Isunya adalah City bukan sahaja mengenai Haaland. Ancaman daripada City turut datang daripada pemain lain.

“Liverpool harus berhati-hati dengan perancangan mereka dan tidak hanya memberikan fokus kepada Haaland. Dari segi pertembungan satu lawan satu di antara Haaland dan Van Dijk, ia amat menarik untuk melihat ke mana arah perlawanan ini.

“Saya berminat untuk melihat sekiranya Haaland akan berada di atas, atau turun sedikit ke bawah untuk mengheret Van Dijk keluar daripada garisan pertahanan akhir.”

Penyerang berbisa Man City itu terlepas aksi Norway yang terikat 3-3 dengan Norway pada Sabti lalu akibat kecederaan buku lali, namun dijangka cergas untuk beraksi menentang Liverpool.

Haaland sebenarnya tidak beraksi ketika City menang 4-1 ke atas lawan mereka itu pada musim lalu, selepas terpaksa disisihkan oleh Pep Guardiola akibat kecederaan paha.

Van Dijk pula tidak beraksi dalam kekalahan kepada City di Stadium Etihad di pertandingan Piala Carabao sebelum krismas tahun lalu.

Ini bermakna perlawanan pada hujung minggu nanti bakal menampilkan kedua-dua pemai bersemuka antara satu sama lain buat kali pertama sejak Liverpool menewaskan City 13 bulan lalu.

Prestasi Van Dijk telah kembali meningkat pada musim ini selepas permulaan perlahan pada musim lalu. Namun 69 gol daripada 71 penampilan oleh Haalan untuk City juga adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.

BACA:  Klopp: Jangan Pandang Rendah Chelsea Dalam Perebutan Kejuaraan Liga Perdana Inggeris