Lavia Ikut Jejak Langkah Conceido Reject Liverpool Sertai Chelsea

Liverpool bakal dikecewakan sekali lagi di pasaran pemain selepas seorang lagi pemain sasaran utama, Romeo Lavia memilih untuk mengikut jejak langkah Moises Caicedo untuk menyertai Chelsea.

Klopp pada minggu lalu dikecewakan oleh Caicedo yang memilih untuk menyertai Chelsea walaupun Liverpool sudah mencapai persetujuan dengan Brighton untuk mendapatkan pemain itu dengan nilai £111 juta.

Dan kini giliran pemain muda sedang meningkat naik, Lavia memilih untuk menyertai Chelsea dan bukannya Liverpool.

Sebelum ini tiga bidaan daripada kelab Merseyside untuk pemain tengah berusia 19 tahun itu ditolak oleh Southampton, dengan nilai tertinggi yang ditawarkan adalah £45 juta – £5 juta kurang berbanding apa yang dipinta Southampton.

Liverpool dikatakan tidak sanggup memenuhi permintaan Southampton walaupun yakin dan enggan menyerah kalah untuk mendapatkan khidmat Lavia memandangkan pemain itu hanya mempunyai pengalaman selama semusim beraksi di Premier League.

Lavia pula sudah menetapkan hati untuk menyertai Chelsea dan telah bersetuju dengan tawaran Chelsea pada Isnin lalu, dengan nilai £50 juta tidak termasuk bayaran bonus lain yang akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Sebelum ini Daily Mail mendedahkan The Reds merasakan diri mereka telah dipermainkan Caicedo yang berkemungkinan hanya menggunakan Liverpool untuk mendesak Chelsea membayar nilai yang dipinta Brighton.

Keengganan kedua-dua pemain menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini bermakna skuad kendalian Klopp kini agak tempang di posisi tengah selepas turut melepaskan Jordan Henderson dan Fabinho ke kelab Arab Saudi.

Bintang Fulham Joao Palhinha turut dilihat sebagai alternatif. Namun permintaan bernilai £60 juta daripada Fulham untuk pemain itu bermakna ianya sukar untuk Liverpool mendapatkan pemain berusia 28 tahun tersebut.

Liverpool turut dilaporkan telah menghubungi Fluminense untuk mendapatkan pemain tengah Andre kira-kira dua minggu lalu, selain Cheick Doucoure (Crystal Palace) dan Khepren Thuram (Nice).

Kalvin Phillips (Manchester City) dan Sofyan Amrabat turut dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield.

Usaha untuk mendapatkan Amrabat bagaimanapun berkemungkinan akan berakhir dengan satu lagi kemaluan setelah pemain itu turut dikaitkan dengan United sejak sebulan yang lalu.

BACA:  Liverpool Cipta Rekod Dan Sejarah Baharu Premier League Selepas Tewaskan Newcastle