Sepanjang musim panas lalu Joao Felix telibat dengan pelbagai isu panas membabitkan kelabnya Atletico Madrid. Ketika masih bersama kelab itu, pemain itu secara terbuka menyatakan keinginannya untuk beraksi untuk Barcelona.
Hasrat pemain itu kemudiannya dimakbulkan selepas Felix dipinjamkan ke Barcelona selama semusim.
Dan ketika kedua-dua pasukan bertemu antara satu sama lain pada hujung minggu lalu, Felix sekali lagi mencetuskan kemarahan penyokong setia Atletico Madrid apabila meraikan gol kemenangan Barcelona ke atas kelab asalnya itu secara habis-habisan.
Disebabkan perkara itu, wakil kepada Kesatuan Kelab Penyokong Atletico Madrid, Alberto Garcia mengeluarkan satu kenyataan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Dan kenyataan itu juga mewakili suara hati semua penyokong Atletico Madrid.
🇵🇹 João Félix on Atléti: “For sure I prefer this style at Barcelona… me as every player”.
“If you ask every player, if you ask the players from Atlético, too, they would prefer to play more time on the attack, for sure”.
“If they don't answer that, they are lying!”, told ESPN. pic.twitter.com/0Cr5YGSVtZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 1, 2023
“Dan sekarang nampaknya dia adalah penyokong Barcelona sejak kanak-kanak, dan meraikan jaringannya seolah-olah sudah jadi juara.
“Ia hanyalah jaringan keduanya bersama Barcelona, dan indikasi jelas dia bukannya bermain dengan baik sepanjang musim ini.
“Perbuatan itu jelas menunjukkan dia tidak bersyukur dan tidak menghormati penyokong [Atletico Madrid] yang selama ini mengalu-alukannya dan melayannya dengan baik sekali.
"It turns out that he has been a Barcelona fan since he was a child and celebrates goals as if there was a title at stake. It was his only his second in La Liga."
Alberto Garcia, spokesperson for the International Union of Supporters Clubs of Atletico Madrid, on Joao Felix. pic.twitter.com/rbSXDqB7u2
— Football España (@footballespana_) December 5, 2023
“Dia mencetuskan suasana tidak diingini [provokasi] untuk Metropolitani dan kami tidak mahu melihat dia kembali menyarung jersi Atletico Madrid lagi.
“Dia tidak layak berada di sini dan tidak pernah memahami kelab dan penyokong di sini.”
Pemain itu secara terbuka turut mengkritik cara Atletico bermain dan lebih senang dengan pendekatan Barcelona.
Keraian yang dianggap provokasi oleh penyokong Atletico Madrid bermakna Felix kini menjadi watak dibenci di Stadium Civitas Metropolitano.
Barcelona akan berkunjung ke Stadium Civitas Metropolitano pada 17 Mac untuk perlawanan pusingan kedua La Liga, dan perkembangan terkini ini bermakna kehadiran pemain itu akan menghadirkan suasana panas dalam perlawanan tersebut.