VAR Dikecam Gagal Kesan Thuram Picit β€˜Telur’ Savic

Teknologi bantuan pengadil (VAR) dikecam kerana gagal memberikan kelebihan kepada Atletico Madrid berikutan tindakan Marcus Thuram memicit telur kemaluan Stefan Savic.

Atletico Madrid mendahului perlawanan 2-1 di Stadium Civitas Metropolitan dan kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat ketika insiden tersebut berlaku.

Thuram jelas kelihatan memicit telur Stavic ketika kedua-dua pemain terlibat dalam pergelutan perebutan bola.

VAR melakukan semakan terhadap kekasaran tersebut selepas Stavic terbaring kesakitan tetapi Thuram terlepas daripada sebarang tindakan pengadil sebelum digantikan.

Insiden tersebut menyebabkan media sosial turut kecoh.

Salah seorang penyokong X berpendapat Thuram memberikan fokus terhadap bola yang salah.

Yang kedua berkata: β€œThuram berjaya mengawal bola pertama untuk mendominasi perlawanan.”

Pengguna X ketiga dalam komennya pula mempersoalkan pengadil: β€œBagaimana tindakan tersebut tidak menerima layangan kad merah?”

Seorang pengguna X yang lain turut menyelar VAR: β€œVAR kelihatan seperti jamban pada ketika itu!”

Selepas insiden itu Atletico berjaya mara ke suku akhir Champions League selepas memenangi penentuan sepakan penalti menentang wakil Serie A itu – setelah Lautaro Martinez menyepak tinggi sepakan yang diambil.

Di sebalik insiden tersebut, kedua-dua pemain saling bermaafan selepas tamat perlawanan.

Inter begitu gagah di pertandingan domestik apabila memiliki kelebihan 16 mata di kemuncak Serie A, selepas menang 13 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Atletico pula berada di kedudukan keempat La Liga setelah tewas lima daripada perlawanan terakhir.

Antoine Griezmann terlebih dahulu meletakkan Atletico di hadapan sebelum kelebihan itu dipadam oleh Federico Dimarco. Memphis Depay kemudian menjaringkan satu gol untuk menjadikan agregat 2-2 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

BACA:Β  Penyokong Juventus Nyanyi 'Kami Tidak Mahukan Lukaku' Secara Berjemaah