“Setiap Minggu Mereka Cuma Tau Bercakap Mengenai Saya” – Joao Felix Celebrate Sakan Rai Gol Lawan Atletico Madrid

Joao Felix langsung tidak peduli akan perasaan bekas kelabnya apabila meraikan gol kemenangan Barcelona secara habis-habisan dalam perlawanan menentang Atletico Madrid.

Felix menjaringkan gol tunggal perlawanan pada babak pertama dalam perlawanan sengit ke atas kelab asalnya Atletico Madrid di dalam aksi La Liga pada Ahad.

Pemain berasal dari Portugal itu beraksi secara pinjaman bersama Barca selepas hubungan keruhnya dengan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone.

Berjaya menewaskan Jan Oblak pada minit ke-28 perlawanan, Felix tidak teragak-agak meraikan jaringan tersebut dengan penuh semangat bersama penyokong tuan rumah.

“Ia berlaku dengan spontan. Saya terbawa dengan kehangatan perlawanan dan ia adalah satu kelegaan selepas apa yang saya lalui sepanjang musim panas lalu,” kata Felix selepas perlawanan.

“Hanya mereka yang dekat dengan saya, terutama keluarga yang mengetahui apa yang saya telah lalui. Dan gol tersebut dedikasikan kepada mereka.

“Saya seperti bermimpi apabila penyokong menyanyikan nama saya. Saya tahu bertapa hebatnya kelan ini dan apabila mereka menyanyikan nama anda, ia tidak berlaku kepada ramai orang. Saya amat gembira.”

Felix sebelum ini pernah dikritik kerana sikapnya ketika bersama Atletico Madrid. Pemain itu juga tidak menyembunyikan perasaannya terhadap bekas kelabnya itu.

“Setiap minggu mereka akan bercakap mengenai saya. Saya sentiasa menjadi topik perbualan di media, tetapi saya tenang saja.

“Saya tidak pernah peduli apa yang mereka kata. Saya hanya bekerja keras untuk meningkatkan kemampuan diri.

“Benarkan saya untuk berterima kasih kepada Barca. Mereka begitu mengalu-alukan saya dengan cara sepatutnya,” kata Felix mengenai bekas kelabnya seperti yang dilaporkan Fabrizio Romano.

Kemenangan 1-0 ke atas Atletico itu turut membenarkan Barcelona memintas lawan mereka itu ke kedudukan ketiga dengan 34 mata, 4 mata di belakang Real madrid dan Girona.

Atletico pula jatuh ke kedudukan keempat dengan 31 mata tetapi masih mempunyai kelebihan satu perlawanan untuk dimainkan.

Barcelona berada di dalam tekanan sejak beberapa minggu lalu, namun skuad kendalian Xavi Fernandes menampilkan aksi penuh bersemangat mendominasi babak pertama perlawanan dan mencipta beberapa peluang keemasan.

BACA:  Barcelona Umum Tiga Pemain Yang Tak Boleh Disentuh