Barcelona Kini Dianggap Arsenal Dalam Saingan La Liga

Barcelona kini dianggap Arsenal dalam saingan La Liga oleh para penyokong, selepas melihat gergasi Catalan itu ditewaskan oleh Bayern Munich awal pagi tadi.

Bayern Munich berkunjung ke Nou Camp untuk bertemu Barcelona dalam aksi perlawanan pembukaan kumpulan E, saingan Champions League musim 2021/22.

Thomas Muller membuka tirai jaringan pada aksi babak pertama perlawanan, sebelum Robert Lewandowski menggandakan kedudukan pada aksi babak kedua.

Pemain kebangsaan Poland itu kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-85 permainan, seterusnya membantu Bayern mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Barcelona.

Bayern menepati ramalan untuk menang mudah dalam perlawanan pembukaan bertemu Barca, seterusnya meletakkan mereka di kedudukan pertama dalam saingan kumpulan E.

Kekalahan Barca dalam aksi perlawanan pertama saingan Champions League menyebabkan ramai penyokong yang menganggap mereka sedang melalui zaman kejatuhan.

Para peminat di media sosial mengkritik dan menghina Barcelona dengan menyamakan situasi mereka sama seperti Arsenal pada ketika ini.

Adakah disamakan dengan Arsenal menjadi satu hal yang hina?

Tidak, namun mereka mengkritik tentang persembahan Barca dan menganggap gergasi Catalan itu sedang melalui era kejatuhan, sama seperti apa yang berlaku pada Arsenal.

โ€œSangat menyedihkan untuk melihat bagaimana teruknya kejatuhan Barcaโ€ฆ Mereka nampak terlalu budak-budak dibandingkan dengan Bayern di halaman mereka sendiri.โ€

โ€œWow, teruk betul kejatuhan Barca sekarang. Mereka sangat lemah dan mengingatkan saya kepada Arsenal.โ€

โ€œIni merupakan skuad Barca paling lemah pernah saya tengok dalam hidup saya. Bagaimana sang gergasi boleh rebah. Tak ada beza dengan Arsenal.โ€

โ€œBarcelona terpaksa bermain tiga pertahanan bertemu Bayern Munich di halaman mereka sendiri dan mereka kalah. Bagaimana teruknya kejatuhan mereka, jadi wajar untuk anggap mereka merupakan Arsenal La Liga.โ€

โ€œSukar untuk percaya bagaimana jauhnya perbezaan Barcelona dulu dan sekarang, zaman kejatuhan bermula, Arsenal Sepanyol.โ€

Begitulah komen-komen dari para peminat yang sebulat suara bersetuju Barcelona kini merupakan Arsenal dalam saingan La Liga.

Gergasi Sepanyol itu dilihat masih terkesan dengan kehilangan pemain terhebat sepanjang zaman mereka, Lionel Messi pada musim panas baru ini.

Emerson Royal turut dijual kepada Tottenham Hotspur pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup, walaupun Barca pada ketika itu baru sahaja menandatangani beliau dari Real Betis pada Jun lalu.

Antoine Griezmann turut meninggalkan Nou Camp untuk kembali menyertai bekas kelabnya, Atletico Madrid sebagai pemain pinjaman.

Griezmann sebenarnya diharapkan untuk menggalas tugas sebagai pengganti Messi, namun sayangnya Ronald Koeman tak nampak hal itu boleh menjadi kenyataan.

Barcelona pada musim baharu ini, mereka telah menurunkan muka-muka baru seperti Memphis Depay, Sergio Aguero dan Eric Garcia yang mereka tandatangani secara percuma pada musim panas baru-baru ini.

Barca turut berjaya mendapatkan khidmat Luuk de Jong dari Sevilla sebagai pemain pinjaman untuk menghadapi saingan musim baharu ini.

Barca sebelum ini pernah dibelasah teruk oleh Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara, dan tidak mengejutkan untuk melihat mereka sekali lagi menjadi mangsa gergasi Bundesliga itu.

Namun dengan barisan pemain yang mereka miliki, dan dengan rekod yang mereka catatkan, para peminat merasakan yang Barca bukan lagi pasukan yang digeruni.

Dan kerana itulah Barcelona disamakan dengan Arsenal selepas melihat era kejatuhan mereka pada ketika ini.

Satu penghormatan untuk Gunners ketika peminat menganggap Barca seperti mereka walau mereka ketika ini langsung tidak terlibat dengan saingan bola sepak Eropah.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Xavi Buat Tiga Permintaan Sebelum Diumumkan Sebagai Pengurus Barcelona