Ramai Yang Terkejut Melihat Reaksi Bintang Barca Berkait Perpindahan Griezmann

Bilik persalinan Barcelona sama sekali tidak berduka dengan pemergian Antoine Griezmann menyertai Atletico Madrid pada musim panas ini.

Antoine Griezmann melengkapkan perpindahan yang mengejutkan untuk kembali ke kelab lamanya pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan para pemain Barca meraikan hal tersebut.

Griezmann meninggalkan Atletico pada tahun 2019 selepas ditandatangani oleh Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai €120 juta.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Perancis yang kini berusia 30 tahun itu gagal untuk memenangi hati para penyokong Barca dan sering menjadi mangsa kritikan di Nou Camp.

Beliau gagal untuk mengekalkan tahap persembahan hebatnya yang dipamerkan ketika beraksi bersama Atletico ketika beraksi bersama Barcelona.

Pada musim panas ini, Barcelona telah melepaskan Antoine Griezmann ke Atletico menerusi perjanjian pinjaman, dengan Juara bertahan La Liga itu bersetuju untuk menanggung kos gaji beliau sepenuhnya.

Sky Italia melaporkan yang Barcelona turut meletakkan syarat pembelian tetap untuk Griezmann dengan Atletico perlu membayar sekitar £34.4 juta untuk menandatangani bintang Perancis itu.

Walau bagaimanapun, pemergian Griezmann sebenarnya disambut baik oleh para pemain Barcelona dengan mereka meraikan berita tersebut dengan penuh kegembiraan.

Menurut laporan dari Sport, bintang Atletico itu sebenarnya membuatkan ramai pemain Barca meluat dengannya, terutama ketika melibatkan siri dokumentari, ‘The Decision’.

Station TV Sepanyol, Movistar telah menyiarkan siri dokumentari tersebut, yang mana ia lebih menumpukan tentang keputusan Griezmann menolak perpindahan ke Nou Camp dan kekal bersama Atletico pada tahun 2018 yang lalu.

Football Espana menambah yang Griezmann sebenarnya sering dipinggirkan oleh para pemain Barcelona yang lain di Nou Camp.

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone sememangnya berminat yntuk menambah kekuatan di barisan jentera serangan skuadnya, sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos lalu.

Pengurus berusia 51 tahun dari Argentina itu sebelum ini pernah bekerjasama dengan Griezmann bersama Atletico Madrid dari 2014 hingga 2019.

Presiden Atletico, Enrique Cerezo telah memberi amaran pada Griezmann yang beliau mungkin akan menerima pelbagai reaksi dari para peminat selepas kembalinya beliau ke Wanda Metropolitano.

“Saya boleh faham, tapi apa yang saya mahu katakan adalah kami tidak mencari keuntungan apa-apa tentang ini.”

Jelasnya kepada Cadena SER.

“Ketika dia pergi, apa yang saya katakan hanyalah, Barcelona tidak akan berikan dia kasih sayang yang sama seperti apa dia terima di sini. Dia pergi dengan cara yang aneh, tapi dia sudah buktikan yang dia juga berminat untuk kembali.”

“Masih ada peminat yang akan menunjukkan reaksi tidak suka pada dia, tapi akan ada juga yang bakal meraikan kepulangan semula dia, pada akhirnya, apa yang penting adalah persembahan dia dan usaha dia untuk berikan yang terbaik pada skuad.”

Walau para pemain Barca bergembira dan meraikan berita pemergian Griezmann, namun para penyokong Barca agak bengang dengan hal tersebut.

Ia kerana para penyokong merasakan Barca telah meletakkan tanda harga yang terlalu murah dan bakal berdepan dengan kerugian yang besar.

Para peminat merasakan kelab boleh mendapat nilai lebih dari £50 juta andai Griezmann dijual pada pasukan lain, berbanding menjualnya dengan murah ke Atletico.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Sudah Sediakan Jersey No 7 Untuk Griezmann