Manchester United Sudah Sediakan Jersey No 7 Untuk Griezmann

Manchester United sudah bersedia untuk membuat tawaran mengejutkan untuk mendapatkan pemain Barcelona, Antoine Griezmann.

Barcelona dikhabarkan sudah membuka tawaran untuk menjual pemain kebangsaan Perancis itu.

Griezmann menyertai Barcelona dari Atletico Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan €120 juta.

Tetapi setelah hampir menghabiskan satu musim disana beliau masih gagal untuk mempamer aksi sebenarnya. Griezmann juga sepertinya tidak memberi impak kepada pasukan.

Media Sepanyol, Mundo Deportivo telah melaporkan bahawa setan merah secara terbuka menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Sejak dari beberapa jendela perpindahan sebelum ini lagi United sudah cuba untuk mendapatkan khidmat dari pemain itu.

Beliau juga melaporkan bahawa setan merah turut menawarkan jersey keramat bernombor tujuh khusus untuk Griezmann.

Nombor itu sebelum ini milik Alexis Sanchez dan selepas pemain Chile itu dipinjamkan ke Inter tiada sesiapa yang memakai nombor itu.

Setan merah menandatangani Sanchez daripada pasukan seteru mereka Arsenal pada tahun 2018 dengan harapan pemain itu akan memberi impak positif untuk pasukan.

Tetapi sayangnya selepas dari 45 perlawanan Sanchez hanya menjaringkan lima gol sahaja sepanjang bersama United.

Kerana persembahan serba tidak menjadi yang dipersembahkan, United telah meminjamkan beliau untuk beraksi bersama pasukan Inter Milan.

Griezmann asalnya sudah hampir menyertai setan merah dari Atletico Madrid pada tahun 2017, tetapi ketika itu Atletico telah dihukum oleh Uefa dan tidak dibenarkan menandatangani mana-mana pemain.

Jadi sekiranya mereka menjual Griezmann pada waktu itu, mereka tidak boleh mendapatkan penggantinya.

Sebagai langkah selamat, Atletico memilih untuk tidak menjual pemain itu dan terus menggunakan khidmatnya.

Atletico kemudiannya menjual Griezmann ke Barcelona dan para peminat pasukan Barca sangat berharap pemain itu mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Neymar.

Namun pemenang piala dunia itu hanya menjaringkan lapan gol sahaja di La Liga musim ini dan beliau masih belum mempamerkan aksi terbaiknya sebagai jentera serangan pasukan Barca.

Menjual Griezmann adalah langkah terbaik untuk pengurus baru Barcelona Quique Setien yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Inter Milan Lautaro Martinez.

Setan merah kini memerlukan tambahan pemain serangan bagi menghantikan Lukaku untuk jendela perpindahan musim panas nanti.

Odion Ighalo yang ketika ini menunjukkan aksi mantap bersama United hanyalah pemain pinjaman sehingga habis musim ini sahaja.

Namun dengan aksi mantap dan menggiurkan yang dipamerkan oleh Ighalo, setan merah turut berminat untuk mengikat terus pemain itu selepas perjanjian pinjaman ini tamat.

Setan merah turut dikaitkan dengan pemain penyerang Arsenal Pierre Emerick Aubameyang.

Mereka sedia menawarkan £50 juta kepada Arsenal untuk mendapatkan pemain itu.

BACA:  FA Cup Suku Akhir: Norwich City 1-2 Manchester United