Simeone Yakin Muncul Juara Jika Berhijrah Ke England Kerana Kelab Premier League Tidak Pandai Bertahan

Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone percaya dirinya mempunyai peluang yang baik untuk muncul juara sekiranya mengendalikan kelab Premier League.

Perkara itu mungkin sukar untuk direalisasikan dalam masa terdekat kerana jurulatih dari Argentina itu baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun bersama Atletico, tetapi ia adalah keyakinan dan teori yang menarik daripada Simeone,

Simeone adalah jurulatih yang sering menerima kritikan ramai kerana falsafah bola sepak bertahan yang diamalkannya – walaupun corak permainan yang diterapkannya bersama Atletico kini tampak lebih terbuka.

Bercakap kepada Cadena SER di Sepanyol, Simeone menegaskan corak permainan sedemikian adalah yang paling berkesan untuk barisan pemain yang dimilikinya.

“Saya suka untuk [pasukan] bermain dengan baik. Sepanjang hidup dan karier saya, saya sukakan corak permainan yang menarik. Di Estudiantes de la Plata kami bermain dengan Sosa dan juga Veron. Di River bersama pemain seperti Ortega, Falcao dan Buonanotte. Kemudian kami ada beberapa pemain lain, dan kami harus sesuaikan diri.”

Simeone juga mengakui keutamaan beliau di dalam sesebuah pasukan ialah untuk membentuk barisan pertahanan yang kukuh terlebih dahulu, yang pada pendapatnya merupakan perkara yang berbeza jika dibandingkan dengan amalan kelab-kelab Premier League.

“Jika anda tanya saya, saya akan katakan saya memilih pasukan yang mampu bertahan dengan baik. Anda menyaksikan bola sepak Inggeris dan keputusan perlawanan 4-4, 6-3. Tiada pemain bertahan.

“Saya menyaksikan perlawanan dan berpendapat tiada pasukan bertahan. Dan saya berpendapat jika saya melatih kelab di sana, ubah suai sikit cara kami menyerang, maka saya boleh muncul juara di sana. Barca menjadi juara [La Liga] pada musim lalu kerana memiliki pertahanan yang kental.

Simeone turut terbuka berkongsi mengenai perubagan strategi dan peranan pemain di dalam skuad kendaliannya, walaupun mengakui corak permainan Atletico masih sama ketika mereka bergelar juara Sepanyol.

“Di River kami bermain 5-3-2 juga. Apa yang berlaku pada hari ini ialah pasukan harus bermain secara berbeza. Ia rasa selsa dan lebih baik begini.

“Apabila anda menemukan satu cara yang membuatkan pmemain selesa, anda harus mengekalkannya. Sebelum ini kami tampil berbeza. Saya tidak sukakan perbandingan.

“Sebelum ini kami memiliki pasukan yang kuat dari segi fizikal. Ingatkah anda dengan Gabi, Diego Rivas, Miranda, Godin, Costa, Juanfran, Felipe… pasukan ini bersandarkan corak permain counterattack, dan memberi tekanan.

“Kemudian kami memiliki tiga jenis pemain bola sepak yang memerlukan cara berbeza untuk bermain.”

Kaedah Simeone mengendalikan pasukannya jelas lebih bercorakkan struktur, sama seperti Pep Guardiola, walaupun cara penerapan kedua-dua jurulatih itu adalah berbeza.

Kepentingan bertahan daripada kaca mata Simeone mungkin ada benarnya. Sejak beberapa musim lalu kelab bawahan La Liga telah membuktikan mereka lebih kukuh ketika bertahan untuk membenarkan mereka mencipta kejutan menentang pasukan kelompik atasan.

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 0-2 Manchester City