Klopp Anggap Kepulangan Coutinho Ke Liverpool Tidak Akan Berlaku

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menafikan khabar angin yang mengatakan bekas pemain, Philippe Coutinho akan pulang ke pangkuan Liverpool walaupun baru setahun beraksi dengan Barcelona.

Coutinho berpindah ke Nou Camp pada Januari 2018 dalam perjanjian ke-3 termahal dalam sejarah bola sepak dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar  £142 juta. Countinho juga menjadi pemain termahal dalam sejarah Barcelona, dibawa masuk untuk menggantikan tempat Neymar.

Baru setahun bersama Barcelona, Coutinho sudah dikaitkan dengan perpindahan keluar dengan United dilaporkan berminat

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu biru buat Coutinho. Pemain antarabangsa Brazil itu bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di Sepanyol dan kerap melihat dirinya berada di bangku simpanan.

Permulaan karier Coutinho bersama Barcelona berlangsung dengan baik dimana beliau berjaya membantu kelab tersebut memenangi La Liga dan Piala Copa Del Rey musim lepas.

Namun begitu, musim ini menyaksikan Coutinho kehilangan tempat dalam kesebelasan utama dan kerap berada di bangku simpanan dengan Ernesto Valverde lebih suka menggunakan Ousmane Dembele di posisi kegemaran Coutinho.

Walaupun berada dalam kesebasan utama ketika menentang Eibar minggu lalu, penampilan La Liga terakhir beliau sebelum itu adalah pada 2 Disember.

Penghuni tetap seat recaro Nou Camp

Pihak media mula melaporkan Coutinho tidak lagi gembira untuk menjadi pemain Barcelona dan pelbagai spekulasi berkeliaran di laman sosial mengenai kelab yang akan Coutinho sertai selepas ini.

Manchester United juga dilaporkan berminat tetapi perpindahan yang dianggap masuk akal buat masa sekarang tentunya kembali ke pangkuan kelab lamanya iaitu Liverpool.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut cepat dinafikan Jurgen Klopp sambil berkata Liverpool tidak akan cuba mendapatkan Coutinho buat masa sekarang.

“Ia merupakan perkara yang saya tidak mahu berbicara. Saya tidak akan kata ia sebagai perpindahan potensi buat kami.”

“Tiada apa yang boleh dicakapkan. Apa sahaya yang saya cakap akan membuka lebih banyak cerita tetapi sebenarnya tiada sebarang cerita pon.”

“Coutinho sekarang berada di Barcelona dan dari apa yang saya tahu, beliau menyesuaikan diri dengan baik di sana dan segalanya berjalan dengan baik.”

Dalam perkembangan lain pula, beberapa nama besar di Liverpool telah menandantangani kontrak jangka panjang untuk terus bersama kelab tersebut.

Pemain pertahanan kiri, Andy Robertson menjadi pemain terbaru menandatangani kontrak baru selama 5 tahun dan Klopp juga turut ditanya sama ada beliau akan melakukan perkara yang sama tidak sama lagi.

Adakah Klopp akan mengikut jejak langkah Robertson dengan menandatangani kontrak baru ?

Kontrak Klopp di Anfield akan tamat pada tahun 2022 nanti tetapi terdapat ura-ura mengatakan perbincangan sedang diadakan di antara pihak kelab dan Klopp untuk melanjutkan lagi kontraknya.

“Saya akan berasa sangat gembira jika pihak kelab tidak berbincang mengenai perkara tersebut buat masa sekarang kerana saya memang tidak mahu memikirkannya.”

“Saya masih mempunyai kontrak yang lama, akan ada banyak perubahan sebelum 2022 tetapi saya tidak mahu berfikir mengenai perkara itu sekarang. Saya komited dengan Liverpool tahun ini dan tahun depan dan selepas itu kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

BACA:  Guardiola Mungkin Turunkan Skuad Lebih Lemah Bagi Pertemuan Menentang Manchester United