Baddrol Bakhtiar merupakan nadi penting sebalik kejayaan Malaysia menewaskan Laos 4-0 dalam saingan AFF Suzuki Cup semalam.
Beliau di usia 33 tahun membuktikan yang dirinya jelas sekali pemain midfield terbaik yang ada di Malaysia dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Shahrul Saad menjaringkan satu gol dan Safawi Rasid mencatatkan hat-trick ketika membantu skuad Harimau Malaya membenam Laos 4-0 petang semalam.
Keputusan Masa Penuh
Piala Suzuki AFF 2020 | 9 Disember 2021
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇱🇦 LAOS
⚽️ Safawi Rasid 7' 34' 80' Shahrul Saad 78'#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/xxTZ1SjCUj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Walau bagaimanapun, aksi yang dipamerkan oleh Baddrol Bakhtiar sangat jelas wajar dipuji kerana beliau mempamerkan persembahan yang sungguh mengagumkan.
Sebelum ini, ketika melihat aksi Laos bertemu Vietnam, mereka dilihat bermain dengan corak bertahan yang sungguh gila.
Para pemain Vietnam bahkan sangat sukar untuk melepasi tembok kebal yang dibina oleh para pemain midfield dan pertahanan Laos sepanjang perlawanan tersebut.
Untuk bermain dengan pasukan yang bermain terlalu bertahan seperti Laos, pasukan lawan memerlukan seorang midfield yang sangat kreatif untuk merencana serangan dengan baik.
💪 Dominating the middle of the pitch!
🇲🇾 Baddrol Bakhtiar is the #MASvLAO ⚡️ #FujiElectric Most Energetic Player #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/aJVS0hmbs6
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Tugas itu digalas dengan sempurna oleh Baddrol Bakhtiar dalam perlawanan ini, dan beliau berhak untuk dianggap sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.
Kualiti hantaran yang ada pada Baddrol Bakhtiar dikeluarkan sepenuhnya dalam perlawanan ini dengan beliau beberapa kali melakukan killer pass yang hampir saja memberikan gol kepada skuad kebangsaan.
Vision yang ditunjukkan oleh Baddrol juga sebenarnya sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau bijak mencari ruang di mana ada pemain dan di mana bola perlu dihantar.
Killer pass beliau ketika mencatatkan assists untuk gol jaringan Shahrul Saad merupakan yang terbaik dari keseluruhan aksinya dalam perlawanan ini.
Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang dibarisi oleh pemain-pemain tempatan tanpa kelibat pemain naturalisasi.
Playing Baddrol Bakhtiar as no. 6 is very out of this world. Smooth, sharp, calm and elegance. Reminds me of Andrea Pirlo at Juventus. Old but gold. https://t.co/cWBYzSxrHq
— Hakim Cacamarba (@h_lqman) December 9, 2021
Tan Cheng Hoe juga turut menggunakan ramai khidmat pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama dan Bad cemerlang memimpin adik-adik untuk berikan yang terbaik dalam perlawanan ini.
Beliau jelas sekali merupakan pemain yang paling bekerja keras dalam perlawanan ini dengan Bad sangat tenang mengawal kawasan tengah padang untuk didominasi oleh Malaysia.
Beliau bijak menekan bila diperlukan dan ada di tempat yang betul ketika mahu melakukan pintasan dalam mematahkan serangan dari pasukan lawan.
Aksi cemerlang yang beliau pamerkan mungkin tidak diberi perhatian kerana beliau tidak mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.
Baddrol Bakhtiar, 33 years old, better than any midfielder in Malaysia https://t.co/EvqRrHFsGc
— shahrul (@shahrulhavertz) December 9, 2021
Namun begitu, satu hal yang harus diakui, tanpa Bad yang mempamerkan aksi persembahan begitu dasyat, skuad kebangsaan Malaysia belum tentu mampu untuk berpesta gol dalam perlawanan ini.
Ketua sebenar, kawalan bola yang menakjubkan, kualiti hantaran yang dasyat, vision yang mengagumkan, positioning yang tepat, defending padu dan beliau jelas sekali playmaker paling cemerlang untuk Malaysia setakat ini.
Vision nice gila. Baddrol Bakhtiar Superb performance. pic.twitter.com/C0rk8vuAup
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 10, 2021
Bad sentiasa berada di belakang Syafiq Ahmad dan Mukhairi Ajmal dengan beliau memberi sokongan yang baik untuk kedua-dua pemain itu.
Mata beliau seolah-olah ada di keliling kepala dengan Bad sentiasa nampak kawasan mana yang sepatutnya beliau hala kan bola.
Bukan hanya vision, namun kualiti bola hantaran beliau juga sememangnya secukup rasa tak terlalu kuat, tak terlalu lemah memang sedang elok saja untuk disambut oleh rakan sepasukannya.
Mana lagi baik – lorongan bola Baddrol atau larian Shahrul Saad utk gol ketiga Malaysia lwn Laos. #PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/RPap93F9Ma
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Beliau sangat diharapkan untuk pamerkan aksi persembahan yang sama ketika beraksi bertemu Indonesia dan Vietnam nanti.
Selain Baddrol Bakhtiar, Safawi Rasid merupakan seorang lagi pemain yang sangat menyerlah dalam perlawanan ini.
Safawi Rasid kembali temui sentuhan berbisa
Tidak dinafikan lagi yang musim lalu merupakan musim yang sukar untuk Safawi Rasid dengan beliau gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.
Beliau di kejohanan AFF Suzuki Cup kali ini sepertinya telah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya dan membuktikan yang beliau masih ada kualiti penyudah yang menakjubkan.
"Saya tidak pernah cakap saya Superstar"
Ini reaksi Safawi selepas berjaya jaringkan 3 gol lawan Laos. @safawi37 Tahniah! We are proud of you. Keep it up! pic.twitter.com/3XXKYHBojB
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Empat gol dari dua perlawanan sudah cukup untuk meletakkan Safawi Rasid sebagai pendahulu senarai penjaring terbanyak dalam saingan kali ini.
Beliau juga berjaya menjadi pemain pertama yang mencatatkan hat-trick dalam saingan AFF kali ini dan ia jelas sekali satu perkembangan yang sangat positif.
Baiklah hantaran Kogileswaran utk Safawi Rasid hatrik!
Keputusan penuh: Malaysia 4-0 Laos#PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/KxGgrp5ghW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Mana lagi baik – lorongan bola Baddrol atau larian Shahrul Saad utk gol ketiga Malaysia lwn Laos. #PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/RPap93F9Ma
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
10 minit sebelum berehat, Safawi bagi lagi. Kali ni, dia tak bagi Laos kawal bola pun.
Keputusan HT: Malaysia 2-0 Laos#PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/vuGKvI83mC
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Awal-awal Pawi dah bagi yg bermula daripada hukuman Arif Aiman ke atas pertahanan Laos atas kesilapan mereka. #PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/yv7onbA7UD
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Tidak akan mengejutkan andai beliau selepas ini terus menerus mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan bakal meledak lebih banyak gol lagi.
Semoga saja Pawi konsisten dan bakal membantu Malaysia untuk menjuarai saingan AFF Suzuki Cup kali ini.
Sumber: Nadi Arena