Mikel Arteta dan Arsenal tampak begitu berselera di jendela perpindahan musim panas kali ini.
Selepas mengesahkan ketibaan Kai Havertz daripada Chelsea pada nilai £65 juta, Arsenal kemudiannya membelanjakan £105 juta untuk memastikan Declan Rice daripada West Ham menjadi kenyataan.
Tatkala jendela perpindahan belum memasuki bulan Julai, dua perpindahan tersebut dilihat sebagai aliran tunai yang besar daripada kelab London itu – sesuatu yang jarang berlaku.
Malah Arteta dan Arsenal terus memberi bayangan akan membawa beberapa lagi pemain di jendela perpindahan kali ini seperti Justin Timber daripada Ajax.
Sudah tentu beberapa pemain juga dijangka akan keluar meninggalkan Stadium Emirates selepas ini untuk membenarkan aliran tunai tersebut diseimbangkan.
Arsenal tidak takut FFP?
Mungkin ramai di kalangan peminat Premier League tertanya-tanya bagaimana Arsenal mampu berbelanja mewah pada jendela perpindahan kali ini.
Pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire (tiada kaitan dengan peti ais di Old Trafford) tampil menjelaskan perkara itu baru-baru ini.
Menurut Maguire jumlah gaji pemain yang perlu dibayar oleh Arsenal pada hari ini sebenarnya masih jauh daripada kemampuan maksimum kelab itu.
“Arsenal sebenarnya berada di dalam posisi yang sangat kukuh untuk berbelanja. Dan sebabnya adalah kerana mereka berjaya mengawal bayaran gaji pemain.
Arsenal are looking to sign Declan Rice, Kai Havertz and Jurrien Timber at a cost of close to £200m. But after spending heavily for the past two summers as well, how can they afford it – and stick within FFP rules?
📝 @PJBuckinghamhttps://t.co/YTX80Xb3Ar
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 27, 2023
“Jumlah keseluruhan gaji pemain di Arsenal pada hari ini jauh lebih rendah berbanding tanggungan mereka pada 2018,” jelas Maguire.
Apa yang dijelaskan oleh Maguire itu mudah difahami. Sebelum ini pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette selain beberapa pemain lain berpendapatan tinggi telah dilepaskan oleh Arsenal.
Dan sejak beberapa musim lalu, Arteta hanya memberikan fokus menggunakan bakat muda yang ada, dan keadaan itu menyebabkan jumlah gaji yang perlu dibayar oleh kelab berada di dalam kedudukan lebih stabil.
Ini tidak bermakna Arsenal tidak sanggup membayar gaji mewah kepada pemain utama mereka. Bagaimanapun ia masih lagi dianggap angka yang logik berbanding jumlah yang dibayar kelab-kelab lain di Premier League.
“Arsenal menanggung sekitar £150 juta sehingga £170 juta setahun untuk gaji pemain. Realitinya, jumlah tersebut lebih rendah daripada apa yang Liverpool,Chelsea, Manchester United dan Manchester City bayar,” tambah Maguire lagi.
Kejayaan ke Champions League
Berjaya layak ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan turut akan menguji kemampuan sebeanar skuad Arteta pada musim hadapan.
Lebih daripada itu pertandingan tersebut turut memberikan imbuhan kewangan kepada Arsenal yang bermakna kantung kelab akan bertambah.
“Beberapa keuntungan lain daripada perlawanan Champions League, bayaran premium dan hadiah kewangan, dalam sekitar £50 juta juga akan membantu,” tambah Maguire.
Kai Havertz: “I think the Champions League is a special tournament & I think every football player just loves to play there. I was fortunate to win the trophy & for me, it was the best feeling I’ve ever had, so to play there again next season with Arsenal is very exciting for me.… pic.twitter.com/KWaChfML4N
— afcstuff (@afcstuff) June 29, 2023
The Gunners layak ke Champions League buat kali pertama pada musim hadapan sejak kali terakhir beraksi di pertandingan elit kelab-kelab bola sepak Eropah itu pada 2017.
Dengan adanya Havertz dan Rice, digabungkan dengan barisan pemain muda yang direkrut sejak beberapa musim lalu, Arsenal bukan sahaja sebuah kelab yang stabil daripada segi kewangan.
Lebih daripada itu, Arteta kini turut berjaya membentuk sebuah pasukan yang lebih seimbang di setiap posisi untuk terus memberikan impak dalam semua pertandingan yang bakal mereka sertai musim hadapan.