Eden Hazard mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional pada Isnin lalu pada usia 32 tahun.
Pemain dari Belgium itu melalui tempoh terbaik sepanjang kariernya ketika bersama Chelsea dimana beliau memenangi dua kejuaraan Premier League dan satu kejuaraan Europa League.
Hazard turut merekodkan 110 jaringan untuk kelab London itu sepanjang tempoh tujuh tahun, dan pada ketika itu dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia dan sering memukau peminat bola sepak Inggeris dengan kelincahan dan sentuhan penyudah yang tajam.
Hazard kemudiannya mencapai impiannya untuk menyertai Real Madrid pada 2019. Tetapi siapa yang dapat menjangkakan pada ketika itu perpindahan ke Bernabeu menjadi detik permulaan penhujung kariernya.
Sepanjang bergelar pemain Real Madrid kariernya lebih kerap dihiasi dengan beberapa siri kecederaan dan telah menghadkan kemampuan pemain itu untuk menjaringkan hanya 4 gol sepanjang beraksi di La Liga.
Selepas bergelar ejen bebas pada Jun lalu, Hazard sebenarnya menerima beberapa tawaran lain, namun memilih untuk bersara.
Karier Hazard mungkin tidak akan sesingkat ini jika tidak menjadi mangsa kepada satu terjahan/tackle โ yang telah menghancurkan kariernya.
Hazard faced so many brutal tackles, but this one from his own country man Thomas Meunier really took away his momentum at Real Madrid.
Never fully recovered after this ๐ฅฒ๐ฅฒ๐ฅฒ
HAPPY RETIREMENT EDEN HAZARDpic.twitter.com/xdL31QznA8
โ ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐๐จ๐๐๐ฎ (@MrBoadu) October 11, 2023
Derita oleh Hazard berlaku pada 2019 dalam pertandingan Champions League menentang PSG. Hazard pada ketika itu diterjah oleh pemain pertahanan Les Parisiens Thomas Meunier, yang menyebabkan keretakan halus di bahagian buku lalu.
Meunier adalah rakan sepasukan Hazard di dalam skuad kebangsaan Belgium.
Malangnya buku lali yang sama pernah patah ketika Hazard masih bersama Chelsea. Terjahan daripada Meunier sepatutnya tidak memberikan ancaman.
Namun pada masa yang sama Hazard turut cuba memenangi bola. Dan akibat daripada terjahan itu kemudiannya memberikan impak yang besar.
Dalam perlawanan tersebut Hazard jelas pemain terbaik perlawanan. Namun momentumnya terus merosot selepas itu.
๐จ๐ฃ๏ธ Eden Hazard: "Anything I would change that's happened since WC 2018? I might have moved to the other side to avoid contact with Thomas Meunier & the injury. It might have been differentโฆ" ๐ข๐
"But it's my story, it's my destiny."๐
Eden Hazard || Gaza || OBO pic.twitter.com/V5u0ziTytU
โ SON OF DAVID๐ง๐ฝโโ๏ธ๐ช (@CFCSOD) October 11, 2023
Hazard terpaksa berehat selama tiga bulan akibat kecederaan tersebut, sebelum mengalami kecederaan fibula selepas kembali beraksi.
Pada Mac 2019 Hazard tiada pilihan melainkan menjalani pembedahan pada buku lalinya. Difahamkan beberapa siri kecederaan selepas itu adalah berpunca daripada pembedahan tersebut.
Melalui mesej ketika mengumumkan persaraannya, Hazard berkata: โAnda harus mendengar kepada diri anda sendiri dan berhenti pada masa yang bbetul.
โSelepas 16 tahun dan beraksi lebih 700 perlawanan, saya memutuskan untuk menamatkan karier saya sebagai pemain bola sepak profesional. Saya sudah memenuhi impian saya, saya bermain dan menikmatinya di banyak tempat di seluruh dunia.
โSepanjang perjalanan ini saya amat bertuah kerana telah ditemukan dengan ramai pengurus yang hebat, jurulatih, dan rakan sepasukan. Terima kasih kepada semua atas saat indah ini. Saya akan merindui kalian.โ