Frank Lampard berkemungkinan akan melalui fasa agak mustahil untuk membantu Everton kekal dalam saingan Premier League.
Hal ini kerana Everton berpotensi untuk berdepan hukuman pemotongan mata dan seandainya ia berlaku, Lampard jelas sekali agak mustahil untuk bantu The Toffees mengelak dari tersingkir.
Ia jelas sekali bukan musim yang baik untuk kem Everton apa lagi selepas mereka teruk dibelasah oleh Tottenham Hotspur kemarin.
EXCLUSIVE: Everton risk a Premier League points DEDUCTION as they teeter on the brink of breaking profit and sustainability rules | @MattHughesDMhttps://t.co/zbr0MmkG7e
— MailOnline Sport (@MailSport) March 8, 2022
Melihat The Toffees dibelasah 5-0 oleh Spurs, para penyokong Everton sendiri sempat mendakwa yang Frank Lampard sebenarnya sengaja datang ke Merseyside untuk memastikan Everton tersingkir.
Skuad kendalian Frank Lampard itu hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Burnley yang sedang berada di kedudukan ke-18 dalam carta saingan liga.
Everton memiliki kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan berbanding Burnley namun itu tidak akan menjanjikan tahap selamat untuk mereka.
The Toffees tewas lapan dari 10 perlawanan terakhir mereka, dengan mereka hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Mereka kini sedang sangat berpotensi untuk berada di zon penyingkiran dan berkemungkinan besar mereka akan beraksi di pentas Championship musim hadapan.
Everton are preparing to negotiate with the Premier League over their financial accounts amid fears they could become the first club to breach the top flight's profit and sustainability rules.#EFC / #EPL
[@MattHughesDM] pic.twitter.com/yqTuR8G641
— 𝘌𝘍𝘊 𝘋𝘈𝘐𝘓𝘠 (@EFCdaily_) March 8, 2022
Lebih teruk lagi, terdapat laporan dari The Daily Mail yang mendedahkan bahawa Everton kini sedang berpotensi untuk berdepan hukuman pemotongan mata.
Mereka bakal berdepan hukuman pemotongan mata atas kesalahan melanggar peraturan melibatkan masalah ekonomi kelab.
Pihak kelab diminta mendedahkan laporan kewangan mereka pada musim 2020/21 pada Disember lalu, namun menurut laporan, mereka terpaksa menangguhkan dahulu kerana meminta penjelasan dari Premier League tentang apa yang boleh bantu mereka mengimbangi akaun ekoran dari pandemik.
Kelab hanya berhak kehilangan maksimum £105 juta selama tiga musim dalam keadaan biasa, sejajar dengan usaha liga yang mahu cuba mengelakkan kelab berbelanja melebihi kemampuan mereka dan meletakkan diri mereka dalam masalah.
Walau bagaimanapun, pandemik menyebabkan premier league menaikkan dari tiga tahun kepada empat tahun kerana sedar kelab tak boleh menjana pendapatan tanpa kehadiran penonton.
Each of Tottenham’s last two Premier League wins against Everton has seen a former Chelsea manager beat another:
◉ 2020 – José Mourinho 1-0 Carlo Ancelotti
◉ 2022 – Antonio Conte 5-0 Frank LampardConte wins the battle of the Blues bosses in style. 🤩 pic.twitter.com/WfEJzQZZLn
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2022
Memandangkan kadar kerugian akan diambil kira sepanjang tempoh empat tahun, namun masih kekal angka yang sama, Everton sepertinya tetap gagal untuk mematuhi syarat tersebut.
The Toffees dilaporkan menanggung kerugian bernilai £260 juta sejak tempoh empat tahun dari 2017-2020, mereka terpaksa berjimat cermat musim panas lalu dengan hanya menandatangani Demarai Gray sahaja bernilai £1.8 juta.
Seandainya mereka benar-benar perlu berdepan dengan hukuman pemotongan mata kerana melanggar peraturan tersebut, maka Everton akan jadi pasukan pertama yang melanggar peraturan tersebut dalam saingan Premier League.
Mereka juga akan menjadi pasukan pertama selepas Portsmouth pada musim 2009/10 yang terpaksa berdepan hukuman pemotongan mata atas kesilapan dari pihak pengurusan.
Walau Frank Lampard baru sahaja tiba ke bumi Goodison Park, namun kini sudah ramai peminat yang mula mendesak pihak kelab agar memecat beliau.
Para peminat bahkan meminta kelab untuk melantik Steve Bruce sebagai pengurus kelab yang baru kerana merasakan Lampard gagal untuk membawa Everton ke jalan yang betul.
Everton have failed to have a shot on target in each of their last two away games in the Premier League:
◉ 0 vs. Southampton
◉ 0 vs. TottenhamFrank has a lot of work to do. 😳 pic.twitter.com/oDi4vQZfmU
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2022
Ramai yang percaya corak permainan yang diterapkan oleh Frank Lampard sebenarnya tak begitu berkesan untuk Everton dan beliau harus mencari jalan lain untuk menyelamatkan kelab.
Ditambah dengan risiko pemotongan mata, sepertinya usaha Frank Lampard mahu menyelamatkan Everton untuk mengelak dari tersingkir semakin sukar.
Lebih teruk lagi, andai kelab memecat Lampard sekarang pun masih belum boleh menjamin untuk mereka terselamat dari tersingkir pada penghujung musim nanti.
Sumber: SPORTbible