Wenger Puji Gandingan Aubameyang-Mkhitaryan, Yakin Arsenal Akan Bertambah Baik

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji persembahan yang ditampilkan dua pemain baru, Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang selepas mereka membantu Arsenal membelasah Everton 5-1 awal pagi tadi di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa Wales, Aaron Ramsey mencuri perhatian apabila berjaya meraih hatrik dalam perlawanan tersebut tetapi Wenger lebih gembira melihat prestasi yang ditampilkan pembelian baru Arsenal.

Debut gol buat AbuMayat

Dalam perlawanan tersebut, Aubameyang dan Mkhitaryan diberi kepercayaan oleh Wenger untuk melakukan debut penuh di hadapan penyokong sendiri walaupun tidak sampai seminggu menyertai Arsenal.

Mkhitaryan menunjukkan kepada Jose Mourinho apa yang mampu dilakukannya jika diberi peluang bermain dalam posisi  dan peranan kegemarannya. Pemain antarabangsa Armenia ini berjaya mencipta 3 bantuan gol dan menjadi pemain Arsenal terbanyak melakukan assist dalam satu perlawanan selepas Santi Cazorla pada tahun 2013.

Aubameyang juga tidak kurang hebatnya dengan satu jaringan dalam penampilan pertamanya dalam baju merah Arsenal. Gandingan Aubameyang dan Mkhitaryan yang dulu pernah menggegarkan Bundesliga kini bergabung kembali di Emirates dan mereka berdua bekerja sama untuk jaringan Aubameyang.

3 gol dari Ramsey dan peminat bolasepak dunia tertunggu-tunggu siapa yang bakal meninggal dunia hari ini. Tahyullllll

Wenger dalam sidang media selepas tamat perlawanan telah ditanya mengenai pendapatnya mengenai persembahan Aubameyang.

“Kualiti pergerakan yang ditunjukkan Aubameyang amat cemerlang sekali. Kualiti penyudahnya juga turut cemerlang. Dari segi fizikal, beliau perlu bekerja lebih keras lagi untuk memperbaikinya.”

“Aubameyang sering memberi masalah kepada pemain pertahanan lawan dengan pergerakannya di atas padang. Sekali beliau berada dihadapan, amat sukar untuk mengejarnya.”

“Mengenai Mkhitaryan, beliau seorang pemain yang mampu menghubungkan gerakan pasukan dengan baik dan beliau juga bekerja keras buat pasukan. Mkhitaryan telah diterima baik oleh rakan sepasukan yang lain.”

Aubameyang turut ditemubual dan telah ditanya mengenai perasaannya selepas menjaringkan gol pertama buat Arsenal dalam debutnya.

Alexis who ? I’ve got Alexis Iwobi Mbappe

“Saya berasa sangat gembira. Kami berjaya memenangi perlawanan ini pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua ceritanya sedikit berbeza tetapi kami tetap gembira.”

“Masih banyak lagi kualiti yang ada pada saya dan berharap mampu menampilkannya tidak lama lagi.”

Hero hatrik Arsenal, Aaron Ramsey juga gembira dengan persembahan yang ditampilkan penyerang baru Arsenal tersebut.

“Jika Aubameyang yang kita lihat dalam perlawanan tadi bukan 100%, Arsenal kini mempunyai pemain yang sangat hebat.”

BACA:  Newcastle Tutup Laluan Arsenal Untuk Layak Ke Champions League