Mario Balotelli dan Felipe Melo telah menembak balik bekas rakan sepasukan mereka Giorgio Chiellini. Ini selepas mereka membaca buku autobiografi pemain tersebut mengutuk mereka berdua dengan menganggap mereka sebagai pemain paling teruk.
Chiellini di dalam bukunya telah menyebut dua nama pemain yang dianggap dalam senarai manusia-manusia yang negatif sepanjang kariernya.
Pemain pertahanan Itali itu menyatakan bahawa Mario Balotelli adalah pemain yang berhak mendapat penampar ketika Piala Konfederasi 2013.
Chiellini to Repubblica: “I confirm what I wrote on Balotelli and Melo but I have no grudge. I’m not everyone’s best friend but they are the only two who have gone beyond an acceptable limit. The problem is not playing well/bad or having a party but the recurrent disrespect " pic.twitter.com/uKASaovd2f
— Around Turin (@AroundTurin) May 10, 2020
Balotelli menyatakan menerusi akaun media sosial beliau dengan berkata: “Sekurang-kurangnya saya ada keberanian dan jujur untuk mengatakan hal-hal itu di depan kamu, “tulis Balotelli di Instagram, dengan turut tag nama Chiellini.
“Sejak tahun 2013, kamu mempunyai banyak peluang untuk bertindak seperti lelaki sejati, tetapi malangnya kmau tidak. Siapa yang tahu apa yang akan kamu akan katakan suatu hari nanti mengenai rakan sepasukan kamu.”
“Kapten yang pelik … jika ini yang diperlukan untuk menjadi juara maka saya lebih suka tidak menjadi juara. Saya tidak pernah tidak menghormati jersi Azzurri.”
"At least I had the courage to say things to your face."
Balotelli and Felipe Melo have hit back at Chiellini's criticisms
👊https://t.co/FickApdzvs pic.twitter.com/bSwG34KLVc
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) May 10, 2020
Chiellini, 35, lebih kejam ketika menilai bekas rakan sekerja Juve, Melo, pemain tengah Brazil yang bermain untuk Bianconeri dari 2009 hingga 2011 sebelum akhirnya bergabung dengan seteru Serie A Juventus iaitu Inter.
“Lebih buruk lagi ialah Felipe Melo: yang terburuk dari kalangan yang terburuk. Selalu ada pertengkaran dengannya. Saya juga pernah memberitahu pengurus: dia adalah epal busuk,” tulis Chiellini.
Melo, pemain tengah yang kini bermain untuk Palmeiras, berkata kepada Gazzetta dello Sport: “Menarik untuk mengetahui mana satu insiden yang dia maksudkan. Saya tidak pernah ada masalah untuk membalasnya.”
“Saya tidak pernah biadap dengan sesiapapun pun di Turin, tetapi dia mengatakan bahawa Balotelli layak mendapat penampar dan menyatakan bahawa saya adalah yang terburuk dan yang selalu mencetuskan pergaduhan.”
“Dia jenis yang kalut dengan dirinya kerana ketakutan. Saya minta maaf, tetapi senang untuk mana mana orang bercakap buruk tentang orang lain dalam sebuah buku.”
Better read this my friendhttps://t.co/j9MBgJFvht
— Omar Momani (@omomani) May 10, 2020
“Mungkin dia masih marah kerana ketika saya pergi ke Galatasaray, dan kami mengalahkan mengalahkan mereka di Liga Juara-Juara dan kami mengalahkan Itali dengan Brazil.”
“Dia tidak memenangi apa-apa di peringkat antarabangsa dan mengatakan perkara seperti ini menunjukkan dia tidak profesional.”
“Ini menunjukkan kurangnya rasa hormat dia kepada orang lain dan saya tidak akan mengatakannya lagi. Beberapa perkara harus diselesaikan dan habis di bilik persalinan sahaja.”
Chiellini dianggap antara pertahanan terbaik di dalam generasinya. Beliau seringkali dipandang tinggi kerana berjaya di padang bola sepak serta memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang pendidikan.
Namun kenyataan beliau di dalam bukunya itu telah membuatkan ramai peminat agak kecewa.