Barcelona dilaporkan sedang bergelut dengan masa untuk mendaftarkan jumlah pemain yang mencukupi sebelum bermulanya musim baharu La Liga.
Seperti semua sedia maklum, masalah kewangan yang dihadapi kelab itu sejak beberapa musim lalu telah merencatkan perancangan Barca membina skuad serba mantap.
Masalah sama turut menghantui kelab Catalan itu yang terikat dengan peraturan kewangan yang ketat di La Liga.
Sebagaimana dilaporkan oleh Sport, Barcelona telah mendaftarkan hanya 13 pemain setakat ini.
Barcelona only have 13 first team players registered with LaLiga, as revealed by Sport.
Two of these are Franck Kessie and Ousmane Dembele, who both look set to leave in the coming weeks. pic.twitter.com/epKDumBqh9
— Football España (@footballespana_) August 2, 2023
Berbaki kira-kira lapan hari sebelum sepak mula musim baharu La Liga, Barcelona setakat ini berjaya mendaftarkan Marc-Andre Ter Stegen, Jules Kounde, Eric Garcia, Andreas Christensen, Pedri, Gavi, Franck Kessie, Frenkie De Jong, Ferran Torres, Ansu Fati, Raphinha, Robert Lewandowski dan Ousmane Dembele.
Masalahnya kini Kessie dan Dembele dijangka akan meninggalkan Nou Camp dalam tempoh seminggu dia akan datang. Ini juga bermakna jumlah pemain ini akan berkurangan.
Bagaimanapun penjualan dua pemain ini juga bermakna Barcelona akan memperolehi lebih banyak dana.
Kelab itu yakin ia akan membenarkan mereka mendaftarkan kesemua pemain sebelum sepak mula La Liga menentang Getafe pada 13 Ogos.
Barcelona sudah tentu mereka berharap mereka mampu menjana pendapatan secepat mungkin untuk berbuat demikian. Hakikatnya ia tidak semudah seperti yang dilihat.
Sekiranya kedudukan kewangan Barcelona berterusan, pemain baharu seperti Ilkay Gundogan tidak akan dibenarkan beraksi di Sepanyol pada musim hadapan.
Barcelona are working under the assumption they will have all of their players registered for their first game of the season against Getafe on the 13th of August.
Currently, they have just 13 players registered. #Barca pic.twitter.com/8dfEMRDfD5
— Football España (@footballespana_) July 26, 2023
Nasib sama bakal menimpa Inigo Martinez yang bakal dibawa masuk daripada Atletico Madrid.
Media AS melalui laporannya pula berkata: “Kedudukan kewangan yang memaksa Barcelona memotong jumlah perbelanjaan mereka bermakna situasi kini amat samar.
“Pada masa ini, tidak ada seorang pemain pun yang boleh merasa selamat bersama Barcelona.”
Kedudukan kewangan Barcelona sebenarnya terjejas disebabkan oleh perbelanjaan kelab berkaitan gaji pemain.
Sebelum ini Presiden La Liga, Javier Tebas telah memberikan amaran kepada Barcelona kerana perbelanjaan untuk gaji pemain sudah melebihi had €200 juta yang dibenarkan oleh peraturan kewangan liga itu.
Situasi kewangan kelab Catalan itu nyata tidak berubah walaupun sudah berusaha melepaskan beberapa pemain berpendapatan tinggi seperti Sergio Busquets, Jordi Alba, Gerrard Pique dan Antoine Griezmann.
Kelab itu sebelum ini turut terpaksa membayar pampasan sebanyak €7 juta kepada Samuel Umtiti untuk pemain itu meninggalkan kelab itu walaupun mempunyai baki kontrak selama tiga tahun.