Barcelona pada ketika ini sedang dalam pertimbangan untuk menandatangani pemain penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang sebagai pengganti kepada Sergio Aguero.
Aguero yang kini baru berusia 33 tahun secara rasminya telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak, kerana mahu beri keutamaan kepada kesihatan beliau.
Keputusan Aguero untuk mengumumkan persaraan sepertinya memberi kesan kepada Barcelona yang kini dilihat sudah tidak ada begitu banyak pilihan pemain di posisi serangan.
Should we let Pierre-Emerick Aubameyang leave next month? 👀#Aubameyang #Arsenal #Barcelona pic.twitter.com/t0XnlCVZwF
— AFTV (@AFTVMedia) December 14, 2021
Oleh yang demikian, pengurus kelab, Xavi sudah mendedahkan hasratnya kepada pimpinan kelab, yang beliau mahu mendapatkan seorang pemain penyerang pada jendela perpindahan Januari ini.
Menurut sumber laporan dari The Independent, Barcelona pada ketika ini sedang mempertimbangkan untuk membawa Aubameyang ke Nou Camp dari Etihad.
Hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang kebangsaan Gabon itu semakin memuncak selepas melihat Auba kini semakin dipinggirkan oleh Arsenal.
Aubameyang juga kini secara rasminya bukan lagi ketua pasukan Arsenal, selepas Mikel Arteta melucutkan jawatan tersebut kerana beliau telah melanggar peraturan kelab.
Arsenal transfer round-up: £68m target told to "choose Guardiola" as Barcelona eye Aubameyanghttps://t.co/00Ap219wCK pic.twitter.com/nzOCSyvyq5
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 13, 2021
Aubameyang yang kini berusia 32 tahun dilaporkan gagal untuk kembali semula ke kelab pada waktu yang ditetapkan, selepas beliau mendapat keizinan untuk keluar negara atas alasan peribadi.
Sementara Barcelona sangat berminat untuk menandatangani Aubameyang, pemain kebangsaan Gabon itu dikatakan tidak sanggup untuk menerima cadangan pemotongan gaji.
Aubameyang tidak mahu terima tawaran gaji yang lebih rendah berbanding apa beliau terima di Emirates pada ketika ini.
Melihat kepada kedudukan ekonomi Barcelona yang agak teruk, sepertinya sukar untuk mereka memenuhi permintaan dari Aubameyang yang ada masalah disiplin itu.
Arsenal can land Wenger target in Pierre-Emerick Aubameyang to Barcelona swap deal https://t.co/xeEZSUILmj pic.twitter.com/DoTILO0bSW
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 15, 2021
Oleh yang demikian, Barcelona mungkin akan memilih untuk mengajak Arsenal membuat pertukaran pemain, dengan mereka bakal menawarkan Ousmane Dembele kepada Gunners untuk dapatkan Aubameyang.
Satu lagi pilihan yang Barcelona ada pada ketika ini adalah mendapatkan tandatangan pemain penyerang Manchester United, Edinson Cavani.
Pemain penyerang yang kini berusia 34 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 17 gol dari semua pertandingan untuk Manchester United sepanjang musim lalu.
Walau bagaimanapun, beliau pada musim ini sepertinya sedikit sukar untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi, dan kerana itulah beliau sendiri sudah mendedahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab.
Sementara itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta pula pada ketika ini telah membenarkan anak-anak buahnya untuk melantik ketua pasukan yang baharu bagi menggantikan Aubameyang.
Barcelona need a striker this January and both Aubameyang and Cavani are on their list.
Auba's latest influences the situation a bithttps://t.co/gYwRt2G2wN
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) December 14, 2021
Alexandre Lacazette dijangka bakal menggalas tugas sebagai ketua pasukan Arsenal selepas ini, dengan beliau turut memakai armband kapten itu ketika beraksi bertemu West Ham awal pagi tadi.
Mikel Arteta walau bagaimanapun, masih belum menamakan mana-mana pemain sebagai ketua pasukan yang baharu.
Ketika ditanya adakah beliau akan membenarkan para pemain mengundi untuk menentukan siapa ketua pasukan pilihan mereka, Arteta menjawab:
“Ada pelbagai jalan untuk melakukan itu.”
“Kadang kala pengurus boleh memutuskan untuk memilih ketua pasukan, atau boleh putuskan ketua pasukan kedua atau ketiga, dan para pemain perlu pertahankan siapa saja yang akan mewakili mereka di bilik persalinan nanti.”
“Ia cara terbaik dan ia juga akan sangat berkesan kalau kamu pilih orang yang betul.”
“Saya sudah lihat dan terlibat dengan kedua-duanya, dan pada akhirnya apa yang paling penting bukanlah perjalanan atau destinasi.”
“Paling penting adalah syarikat, itulah yang paling penting.”
🔴 ⚪️ Barça are monitoring Pierre-Emerick Aubameyang's situation. Barça want to sign attackers in January. The priority is a winger but Xavi wants a goal-scorer also. His situation at Arsenal makes a deal possible and he would be open to a move [sport] pic.twitter.com/ND4kWkPz20
— FCBarcelonaFl (@FCBarcelonaFl) December 15, 2021
Adakah Barcelona akan sanggup untuk mendapatkan Aubameyang yang tak nak kurangkan gaji dan bermasalah?
Atau mereka akan lebih memilih untuk mendapatkan khidmat Edinson Cavani sahaja? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible