Bintang Muda Barca, Gavi Mencuri Tumpuan Peminat Ketika Beraksi Bertemu Girona

Telah muncul satu nama yang dianggap akan menjadi prospek masa hadapan dan bintang mega, selepas Barcelona menurunkan pemain muda mereka untuk aksi perlawanan pra musim.

Barca telah menurunkan bintang berusia 16 tahun, Gavi dalam aksi perlawanan pra musim, dengan pemain midfield muda itu jelas mempunyai bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain muda itu telah melakukan debutnya bersama skuad utama Barca ketika aksi perlawanan pra musim bertemu Gimnastic pada hari Rabu lalu.

Beliau kemudiannya sekali lagi diturunkan oleh Ronald Koeman ketika aksi perlawanan persahabatan Barcelona bertemu Girona hujung minggu lalu.

Selepas beliau mengeluarkan Yusuf Demir, seorang lagi prospek masa hadapan telah dibawa masuk untuk beraksi pada babak kedua permainan.

Gavi jelas mendominasi bahagian tengah padang dengan mempamerkan corak permainan yang sungguh matang, bertenang, penuh skill dan sungguh luar biasa menakjubkan.

Gavi sebenarnya telah melakukan debutnya bersama skuad Barcelona B dalam aksi saingan division ketiga saingan bola sepak Sepanyol.

Beliau sepertinya telah membuktikan kepada pimpinan kelab bahawa beliau layak untuk diserap masuk ke skuad utama, selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain muda itu jelas tidak mempunyai tubuh yang besar untuk bersaing bersama para pemain senior, namun ketika beliau diberi kesempatan untuk bermain, Gavi jelas langsung tidak gentar.

Beliau tenang mengawal bola, membuat hantaran ke hadapan, mengawal tempo dan tidak dinafikan beliau sememangnya mempunyai kualiti untuk menjadi seorang bintang mega di masa hadapan.

Tidak boleh dinafikan sama sekali tentang kemahiran beliau dari segi teknikal dan keyakinan yang beliau miliki ketika membawa bola.

Video di bawah menunjukkan bagaimana tenang dan cemerlangnya aksi yang ditunjukkan oleh Gavi bersama skuad utama Barcelona.

Franc Artiga, bekas jurulatih Gavi ketika di La Masia, telah memuji bintang muda itu dalam satu temu bualnya baru-baru ini.

“Dia sememangnya mempunyai kemahiran teknikal yang sungguh semula jadi.”

Jelas Franc Artiga kepada Goal.

“Dia mempunyai kemampuan dalam menukar apa yang hendak dia lakukan dalam masa tak sampai 10 detik, dan dia juga mampu untuk mengubah segala kekurangan yang ada dalam sesebuah perlawanan itu.”

“Ia sememangnya sangat sukar untuk mencari pemain yang mempunyai kemampuan seperti ini, dan dengan kelajuan dan apa dia ada, dia tentu boleh jadi bintang besar satu hari nanti.”

Artiga merupakan salah seorang dari ramai lagi orang yang begitu kagum dan teruja dengan aksi dan persembahan pemain muda itu ketika bertemu Girona.

“Bagi dia pendedahan bersama skuad utama, dia akan jadi pemain terpenting kita satu hari nanti, jangan sia-siakan dia.”

“Saya awalnya macam tak percaya yang dia baru berusia 16 tahun, corak permainan dia sangat tenang dan dia nampak matang.”

“Saya nak tengok dia beraksi lagi, kalau boleh Koeman kena gandingkan dia dengan Messi, dia boleh belajar sesuatu, dia ada masa depan.”

“Saya rasa cukup teruja melihat persembahan dia, memang sangat menarik, dia ada kualiti yang melayakkan dia untuk menjadi pemain bintang.”

Gavi berjaya yakinkan peminat beliau bakal menjadi bintang besar satu hari nanti

Begitulah komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dan kagum melihat aksi dan persembahan Gavi ketika beraksi bersama skuad utama Barca.

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman telah memberi bayangan yang beliau akan menggunakan pemain muda itu dan di bawa ke skuad utama menjelang aksi musim baharu nanti.

“Kami sentiasa bersedia untuk pemain muda tunjukkan sesuatu, mereka merupakan masa depan kelab.”

Jelas Koeman kepada laman rasmi kelab.

“Mereka semua pemain muda seperti Balde, Nico dan Gavi dan penandatanganan baru seperti Demir bakal menjadi pemain yang hebat satu hari nanti.”

“Kita perlu beri mereka masa untuk membiasakan diri dengan kelajuan permain skuad utama. Kita akan lihat dari masa ke semasa pemain mana yang akan kita gunakan terlebih dahulu.”

Peminat sepertinya harus ingat dengan nama Gavi kerana beliau jelas mempunyai kualiti yang menakjubkan dan bakal menjadi bintang besar satu hari nanti kalau diasah dengan betul.

Sumber: SB

BACA:  Andres Iniesta Tinggalkan Barcelona Selepas 22 Tahun Bersama