Barcelona Kecam Tindakan Rakitic Terjun Kolam Rai Kemenangan Sevilla

Kelab paling terluka di muka bumi ketika ini, Barcelona nyata tidak senang dengan tindakan pemain tengah mereka, Ivan Rakitic yang meraikan kemenangan Sevilla menjulang Europa League buat kali ke-6.

Ekoran tindakan Rakitic meraikan kejuaraan Sevilla dengan penuh keriangan dan tanpa otak, Barcelona menyifatkan Rakitic sebagai tidak profesional.

Rakitic pernah menjadi ketua pasukan Sevilla dan membawa Sevilla menjulang Europa League pada tahun 2014 yang merupakan trofi ketiga Sevilla.

Selepas itu, Rakitic yang nyata cemerlang menarik minat Barcelona lalu dipinang untuk menguatkan jentera tengah sehingga ke hari ini.

Tanpa Rakitic, Sevilla mencatatkan kejuaraan Europa League secara hatrik apabila muncul juara pada tahun seterusnya iaitu tahun 201 dan 2016.

Rasa cinta dan kasih sayang Rakitic kepada Sevilla nyata menebal dan tidak pernah padam dan segalanya diterjemah dalam rakaman video.

Rakitic telah melompat ke dalam kolam renang semasa ditemuramah secara atas talian meraikan kemenangan ke-6 Sevilla di Europa League dalam tempoh 14 tahun.

Tindak tanduk Rakitic itu nyata mendatangkan rasa tidak senang buat Barcelona dan menganggap keraian Rakitic itu sebagai satu perbuatan tidak profesional dan tidak kena pada masanya.

Tambahan pula kelab Blaugrana itu masih belum cukup seminggu berkabung ekoran kekalah memalukan kepada Bayern Munich di Champions League dengan jaringan 8-2.

Tanah kubur masih merah, perangai sudah mengalahkan setan.

Barcelona memahami rasa cinta Rakitic kepada kelab Andalusia itu namun mengaggap perlakuan itu sebagai tidak profesional kerana masih mempunyai kontrak bersama Barca.

Walaupun bakal dijual Rakitic tidak boleh berkelakuan seperti itu.

Rakitic menyertai Barcelona 6 tahun lalu dari Sevilla dan telah memenangi 4 gelaran La Liga, 4 Copa Del Reys dan satu Champions League.

Bekas pemain Schalke itu juga telah kehilangan tempatnya musim ini dan tidak digunakan ketika kekalahan memalukan di suku akhir di Lisbon.

Rakitic dikaitkan akan kembali ke Sevilla dan turut dikaitkan dengan dua kelab London, Tottenham Hotspurs dan Arsenal dan kontraknya bersama Barcelona akan tamat pada 2021.

Selepas kekalahan teruk ini, Barcelona akan melakukan rombakan besar-besaran dan mungkin Rakitic akan dilepaskan lebih awal.

Rakitic Dikecam Peminat Barcelona

Ivan Rakitic sebelum ini pernah meletakkan dirinya menjadi sasaran kecaman tidak pakai otak lagi teruk oleh penyokong Barcelona di laman sosialnya.

Beliau dengan berani dan nekadnya telah memuat naik gambar yang mungkin mengundang rasa tidak senang Lionel Messi di laman Instagram miliknya.

Dengan memuat naik gambar itu, Rakitic secara tidak langsung telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan peminat Barcelona.

Pemain midfield Croatia itu telah memuat naik gambar kenang-kenangan beliau ketika pasukan kebangsaannya berjaya menewaskan Argentina 3-0 dalam kempen Piala Dunia lalu.

Rakitic merupakan salah seorang penjaring gol untuk Croatia dalam aksi perlawanan Piala Dunia 2018 menentang Argentina.

Mengimbau kenangan manis itu tidak salah, apa yang membangkitkan kemarahan dalam kalangan peminat Barcelona adalah beliau melampirkan gambar yang turut memperlihatkan Messi.

Pemain berusia 32 tahun itu memuat naik beberapa gambar termasuk gambar Messi yang sedang terduduk kecewa dihadapannya.

Lionel Messi merupakan tokoh paling dikagumi dan disanjungi di Barcelona. Jadi tidak hairan mengapa para penyokong Barcelona berasa tidak senang dengan tindakan Rakitic itu.

Rata-rata peminat menjangkakan Rakitic tidak akan bertahan lama bersama Barcelona dengan sikap tidak profesional yang ditunjukkan selepas kejadian itu.

Para peminat juga beranggapan Rakitic sengaja untuk memancing emosi Messi dengan memuat naik gambar begitu.

Messi sendiri sehingga kini tidak memberi sebarang reaksi terhadap gambar yang dimuat naik oleh Rakitic.

Dalam saingan kempen Piala Dunia 2018, Argentina hanya mampu beraksi sehingga pusingan 16 terbaik selepas disingkirkan oleh Juara ketika itu Perancis.

Untuk pasukan Croatia pula, mereka berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir menentang Perancis selepas berjaya menewaskan England di peringkat separuh akhir.

Seperti semua sedia maklum, Croatia tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 kepada pasukan Perancis.

BACA:  Eden Hazard Mahu Capai Tahap Lionel Messi & Cristiano Ronaldo