Barcelona Senaraikan 19 Pemain Sasaran Dibeli, Termasuk Kante, Jorginho, Fabinho, N’didi, Ward-Prowse

Gergasi Sepanyol, Barcelona telah memusatkan perhatian mereka untuk terus memeriahkan suasana di jendela perpindahan akan datang.

Barcelona yakin bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan mana mana pemain yang mereka suka.

Kelab gergasi Catalan yang dianggap miskin bandar itu telah mensasarkan 19 pemain dalam senarai pemain untuk dibeli.

Status kewangan semasa pasukan Barca mungkin seperti orang papa kedana. Namun perlahan lahan mereka akan mendapatkan semula wang daripada penajaan dan jualan tiket.

Tetapi dengan terjerumuskan Barca ke lembah UEL, kelab itu terpaksa menanggung kerugian besar.

Masalah kewangan yang ada sekarang tidak menghalang Barca untuk terus bernafsu ghairah untuk membeli pemain baharu.

Selepas tersingkir ke UEL, Joan Laporta kini sedia menjadi juara dalam jendela perpindahan sekali lagi. Dalam jendela perpindahan musim panas, Barcelona antara pasukan yang paling aktif mendapatkan pemain pemain baharu termasuk ejen bebas dan dibeli.

Laporta terus sokong Xavi

Joan Laporta tidak sabar-sabar untuk menyokong pengurus Xavi Hernandez untuk merekrut lebih ramai pemain. Barcelona dilaporkan mempunyai 19 pemain yang mengejutkan dalam senarai pendek perpindahan mereka walaupun menghadapi masalah kewangan.

Xavi bersedia untuk melengkapkan perpindahan untuk sekurang-kurangnya dua pemain baharu apabila jendela perpindahan musim sejuk dibuka pada Januari.

Barcelona sebelum ini banyak mendapatkan pemain  Chelsea dan kemudian menyailang pemain  daripada menyertai Chelsea.

Mereka tetap meneruskan perangai yang sama. Di mana duo Chelsea Jorginho dan N’Golo Kante antara sasaran utama mereka. Ianya bukan berita yang digemari peminat Chelsea.

Seterusnya, bek kanan Manchester United Diogo Dalot, serta pemain tengah Liverpool Fabinho berada dalam jendela perpindahan musim hadapan.

Pemain tengah Nigeria dan Leicester City Wilfried Ndidi, kapten Southampton James Ward-Prowse dan pemain utama Manchester City, Rodri turut berada dalam radar Barcelona.

Kemungkinan juga Barcelona berminat mendapatkan Chow Sing Sing si kaki besi.

Barcelona mengalami penyingkiran berturut-turut daripada pertandingan kelab utama Eropah berikutan kemenangan Inter Milan menentang Viktoria Plzen.

Gergasi Catalan itu mengetahui status mereka sebelum bermain perlawanan terakhir kumpulan menentang Bayern Munich, yang berakhir dengan kekalahan memalukan tiga-kosong di Camp Nou.

Mereka kini telah jatuh ke Liga Europa. Penyingkiran Barcelona daripada Liga Juara-Juara UEFA sudah pun memberi kesan kerugian kewangan dan kelab itu bergerak pantas untuk mengimbangi bukunya dengan menurunkan gaji beberapa orang berpendapatan tinggi kelab.

Selain itu, Barcelona kini bersedia untuk menjual seramai 7 pemain pada jendela perpindahan musim sejuk, termasuk sasaran Manchester United dan Chelsea, Frenkie de Jong. Barcelona cuba merobek kontrak Frenkie De Jong sebelum ini.

Pada jendela perpindahan lalu, Barcelona mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong atas dakwaan jenayah dengan perjanjian baharunya yang ditandatangani dengan kelab itu pada 2020.

Gergasi Catalan itu sedang mencari segala cara untuk menjual pemain tengah Belanda itu pada musim panas ini atau mencari cara untuk dia mengurangkan pakej gajinya untuk mengurangkan tekanan kewangan kelab.

Selain itu Barca juga sedia mengurangkan perbelanjaan lain termasuk mengurangkan gaji staf mereka.

Barcelona turut dikaitkan dengan perpindahan semula Lionel Messi ke kelab itu secara percuma. Ianya memerlukan Barca mengurangkan lebih banyak perbelanjaan lain di kelab mereka termasuk menjual beberapa pemain.

Barcelona musim ini kembali bersaing dalam La Liga walaupun tersingkir di UCL.

Xavi Hernandez sedar bahawa dia berada dalam kedudukan bahaya dipecat kerana kegagalan mereka di UCL baru baru ini.

BACA:  Seluruh Kem Barcelona Terkejut Dengan Lawak Aneh Dari Ousmane Dembele