Barcelona yang sakan berbelanja dan berjaya mendapatkan pemain idaman mereka telah terkejut beruk apabila pemain sasaran mereka sejak awal jendela perpindahan telah menolak untuk Camp Nou.
Akhirnya ada pemain berakal waras menolak untuk menyertai Barcelona yang dirundung masalah kewangan dan pemain tersebut adalah pemilik kelab Hashtag FC, Cesar Azpilicueta.
Ketua Pasukan Chelsea itu membuat keputusan untuk kekal dan terus berbakti dengan Thomas Tuchel dengan menandatangani kontrak baharu.
Menurut laporan The Athletic, pemain pertahanan Sepanyol itu telah diikat dengan kontrak baharu untuk tempoh dua tahun lagi dan akan berada di Stamford Bridge sehingga Jun 2024.
🚨 Cesar Azpilicueta has today signed new 2yr deal to keep him at Chelsea until 2024. Barcelona held talks with #CFC about move but Todd Boehly has wanted to keep him since taking over & 32yo has now committed to Stamford Bridge @TheAthleticUK #FCBarcelona https://t.co/RnfkTAeCCw
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 4, 2022
Todd Boehly yang kini dikatakan sedang bermain permainan video Football Manager di dunia sebenar bersama Chelsea dilaporkan mahu Cesar Azpilicueta kekal.
Kontrak Cesar Azpilicueta akan tamat pada musim panas ini tetapi dilanjutkan selepas beberapa klausa yang dipersetujui sebelum ini diaktifkan.
Harapan Barcelona untuk mendapatkan Cesar Azpilicueta secara percuma selepas menjadi ejen bebas tidak kesampaian.
Keputusan Azpilicueta untuk melanjutkan tempohnya bersama kelab itu akan disambut baik oleh Tuchel ketika dia berusaha untuk membina semula pertahanan Chelsea selepas kehilangan pemain seperti Andreas Christensen dan Antonio Rudiger, pasangan itu pergi selepas kontrak mereka tamat pada akhir musim 21/22.
Marc Cucurella to Chelsea, here we go! Full agreement in place between Chelsea and Brighton for more than £50m. Levi Colwill on the verge of joining Brighton soon. 🚨🔵 #CFC
Personal terms already agreed, no way for Man City. Cucurella will become Chelsea new signing, done. pic.twitter.com/5Rw6CvDT1l
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
The Blues dijendela perpindahan telah melengkapkan pembelian Kalidou Koulibaly dari Napoli sebagai pengukuhan pertahanan yang amat diperlukan.
Mereka juga bersedia untuk membawa masuk bek kiri Brighton Marc Cucurella, dengan perbincangan sedang berjalan mengenai potensi perpindahan.
Walaupun namanya Cucurella, Brighton tidak rela lepaskan pemain itu secara percuma dan mengenakan yuran perpindahan lebih £50 juta.
Sejak menyertai kelab itu dari Marseille pada 2012, Azpilicueta telah membuat 476 penampilan bersama Chelsea merentasi semua pertandingan dan telah menjaringkan 17 gol.
Official, confirmed. César Azpilicueta signs new contract with Chelsea, two year deal valid until June 2024. 🔵🤝 #CFC
Thomas Tuchel and Todd Boehly met with Azpilicueta many times in order to keep the captain at the club. pic.twitter.com/GK9mcjq8PC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 4, 2022
Sepanjang tempohnya di Bridge, dia telah meraih dua gelaran Liga Perdana, satu Piala FA, satu Piala Liga, dua Liga Europa dan satu Liga Juara-Juara.
Dia juga telah mendapat cap bersama pasukan kebangsaan Sepanyol sebanyak 40 kali.
Barcelona kini perlu mengalihkan perhatian mereka ke tempat lain kerana mereka ingin menambah kekuatan mereka dan berusaha keras memujuk pemain sedia ada menerima pemotongan gaji.
Barcelona have given up on trying to sign Cesar Azpilicueta ❌ pic.twitter.com/MioVaPjpq5
— GOAL (@goal) August 4, 2022
Kelab Catalan itu sibuk musim panas ini selepas menandatangani Andreas Christensen, Franck Kessie, Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde di sebalik masalah kewangan yang meruncing.
Pasukan La Liga itu tetap terdesak dalam percubaan mereka untuk melepaskan pemain tengah Frenkie de Jong.
Manchester United kini dilaporkan telah disertai oleh Chelsea dalam perlumbaan untuk mendapatkan tandatangan pemain Belanda itu.
Bagaimanapun, keutamaan utama pemain berusia 25 tahun itu tidak berubah, dia melihat masa depannya di Camp Nou dan tidak memikirkan untuk pergi buat masa ini.
Barcelona are preparing to move for Cesar Azpilicueta after confirming that Dani Alves will not be renewing his contract with the club according to Fabrizio Romano. Xavi Hernandez wants the Chelsea player but Thomas Tuchel is fighting to keep him at Stamford Bridge. pic.twitter.com/flGx6PvL6Q
— Football España (@footballespana_) June 16, 2022
Thomas Tuchel sebelum ini dilaporkan sedang berusaha untuk memujuk ketua pasukan, Cesar Azpilicueta supaya kekal di Stamford Bridge dan kini menjadi manusia paling lega di London.
Untuk rekod, Cesar Azpilicueta merupakan pemilik bersama kelab bola sepak Hashtag United, – sebuah kelab yang diasaskan oleh YouTuber Spencer FC.
Hashtag bermula sebagai pasukan yang hanya bermain permainan di YouTube, tetapi sejak itu telah meledak sepenuhnya. Mereka kini merupakan pasukan separuh profesional (semi-pro la tu) sepenuhnya dan telah bermain di Piala FA.
En el 2018, Hashtag United era tan popular en Inglaterra que Adidas y Football Manager se convirtieron en sus patrocinadores oficiales del equipo. Tanto fue así que hasta el capitán del Chelsea, Cesar Azpilicueta se vuelve socio oficial del club y hace una pequeña gran inversión! pic.twitter.com/aLhrdg9THE
— Futbol de Inglaterra (@Mercado_Ingles) August 13, 2020
Telah dilaporkan bahawa Azpilicueta telah menjadi pemilik bersama kelab itu sejak 2018 sememangnya fakta yang menarik.
Gila jugak dari sekadar main permainan video jadi kelab bola sepak sebenar. Sama macam Todd Boehly, kendalikan Cheslea seperti main Football Manager.