Tiga nama bintang dari skuad utama Barcelona, Ansu Fati, Gavi dan Nico Gonzalez telah dikenal pasti sebagai pemain yang tak boleh disentuh pada ketika ini.
Pengurus terbaru kelab, Xavi pada ketika ini sedang dalam perancangan beliau untuk melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad Barca.
Menurut sumber laporan dari media Catalan, Channel Esport3, ada tiga nama yang sudah disenaraikan sebagai pemain yang tak boleh disentuh, yang mana mereka tidak akan disingkirkan dari skuad utama Barca pada ketika ini.
❗️| The only untouchables at the club right now are Ansu Fati, Nico and Gavi. [@OnzeTv3] pic.twitter.com/tjY2T57cjj
— La Senyera (@LaSenyera) December 10, 2021
Selain dari tiga pemain yang disebutkan, para pemain lain perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan yang mereka layak untuk terus kekal bersama skuad utama Barcelona.
Selepas diaibkan oleh Bayern Munich dalam saingan Champions League hingga menyebabkan mereka terhumban ke saingan Europa League, para pemain Barcelona teruk dihentam atas aksi dan persembahan mereka.
Barcelona pada ketika ini turut berada di kedudukan yang tidak begitu baik dalam saingan La Liga, dengan mereka hanya berada di kedudukan ketujuh sahaja.
Lebih teruk lagi, Barca pada ketika ini 16 mata di belakang pendahulu saingan La Liga, Real Madrid dan ia bukanlah satu hal yang baik untuk gergasi Catalan itu.
🚨 Ansu Fati, Gavi y Nico son los únicos jugadores de la plantilla que actualmente son INTOCABLES‼️
(Vía Jordi Grau en @OnzeTv3) #FCBlive pic.twitter.com/q0b8UTU4ya— Pol Alonso 🎙⚽ (@Polyccio8) December 11, 2021
Kepimpinan kelab sendiri sedar yang mereka sememangnya perlu melakukan sesuatu, dalam usaha untuk membawa Barcelona kembali menjadi salah sebuah pasukan gergasi di benua Eropah.
Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Barca untuk membawa kelab kembali menjadi kuasa besar di Sepanyol adalah dengan melantik legenda kelab, Xavi sebagai pengurus menggantikan Ronald Koeman.
Walau bagaimanapun, ketibaan Xavi pada ketika ini sepertinya masih belum membawa apa-apa perubahan dari segi keputusan untuk kem Barca.
Satu hal yang pasti, selepas tersingkir ke saingan Europa League, penyokong dan kelab sendiri jelas sekali sangat berharap agar Barcelona akan terus ada dalam saingan Champions League musim hadapan.
Kepimpinan Barcelona pada ketika ini sudah menyatakan sokongan penuh dari mereka untuk Xavi, dan akan bersetuju sahaja dengan keputusan dari pengurus baharu itu berkait urusan perpindahan pemain pada jendela perpindahan akan datang.
Tiempos de cambio serio en el Camp Nou. Habrá revolución en los próximos meses. Apenas Ansu Fati, Gavi y Nico tienen plaza garantizada en la próxima plantilla. Se tomarán las medidas oportunas para revertir este mal ciclo. Vía @tv3cat pic.twitter.com/X76O2jGk02
— Manu Heredia (@ManuHeredia21) December 11, 2021
Sebagai langkah utama dalam usaha untuk membawa Barcelona kembali menjadi pasukan yang digeruni di benua Eropah ini, Xavi sudah memutuskan untuk melakukan rombakan besar-besaran.
Beliau mahu melepaskan beberapa pemain yang beliau rasakan tidak membantu dan akan turut membawa masuk pemain yang dirasakan bakal memberi impak positif untuk skuad.
Pengurus berusia 41 tahun itu jelas sekali mahu memastikan setiap pemain yang ada dalam skuadnya pada ketika ini, perlu buktikan sesuatu untuk menjamin tempat mereka dalam skuad utama.
Laporan sama turut mendedahkan nama Ansu Fati, Gavi dan Nico Gonzalez sebagai tiga pemain yang tidak boleh disentuh dari skuad utama Barcelona pada ketika ini.
Hal ini kerana kedudukan mereka bersama kelab sudah sangat terjamin dengan pihak kelab sendiri tidak akan melepaskan mereka pergi.
The only untouchables at the club right now are Ansu Fati, Nico and Gavi. pic.twitter.com/9dJ96qQ4h6
— FC Barcelona India 🇮🇳 (@barcaindia) December 11, 2021
Selain dari tiga nama itu, para pemain perlu membuktikan sesuatu agar pihak kelab ada alasan yang lebih kukuh untuk menerima mereka layak untuk kekal.
Philippe Coutinho merupakan penerima gaji tertinggi kelab dan Xavi sebelum ini sudah memberi tempoh satu bulan kepada bintang Brazil itu untuk buktikan sesuatu.
Seandainya beliau rasa tidak berpuas hati, maka Xavi tidak akan teragak-agak untuk menjual sahaja bekas bintang Liverpool itu, secara tak langsung membantu kelab meringankan beban gaji.
Barcelona tidak melihat pemain lain dalam skuad kecuali tiga pemain itu sebagai keutamaan untuk dikekalkan dan mereka tiada masalah untuk menjual kesemua pemain lain.
Bahkan pemain veteran seperti Marc-Andre ter Stegen, Gerard Pique, Jordi Alba dan Sergio Busquets juga turut dituntut untuk buktikan sesuatu.
🚨 Ansu Fati, Gavi y Nico son los únicos jugadores de la plantilla que actualmente son INTOCABLES‼️
(Vía Jordi Grau en @OnzeTv3) #FCBlive pic.twitter.com/akezPVS6YN— Sublime (@sublimeeX5) December 11, 2021
Masih belum dapat dipastikan siapa pemain dari skuad Barcelona yang bakal kekal di Nou Camp pada permulaan musim 2022/23 nanti.
Xavi juga sedang dalam usaha beliau untuk menyingkirkan pemain yang bergaji tinggi dalam skuad agar kelab mampu menstabilkan semula kedudukan ekonomi Barcelona.
Pada jendela perpindahan Januari ini, sudah ada beberapa pemain yang ada dalam radar Barcelona, dengan mereka turut bersedia untuk melepaskan beberapa pemain dalam usaha untuk mendapatkan dana tambahan.
Pada jendela perpindahan musim panas akan datang pula, Barcelona dilaporkan mahu mencari pemain-pemain free ejen untuk ditandatangani supaya pihak kelab tidak perlu mengeluarkan dana yang besar untuk membayar yuran perpindahan.
🚨 Barça considers Èric García, Araújo, Balde, Gavi, Busquets, Nico, Pedri, Ansu Fati and Collado untouchable
Arnau Tenas, Mika Mármol, Arnau Comas, Ilias and Abde who will go up to the 1st team next year are also untouchable
Via: @gerardromero pic.twitter.com/k1HUGZgoCr
— FCB Canteranos (@fcbcanteranos) December 9, 2021
Satu hal yang pasti, tiga pemain yang dimaksudkan sudah ada tempat khas di mata pimpinan kelab, dan mereka dijangka bakal menjadi nadi penting dalam sistem Xavi pada musim hadapan.
Sumber: La Senyera