Liverpool terpaksa bertindak mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan penyokong mereka yang melontar objek sehingga merosakkan bas yang membawa pemain Manchester United.
Laporan mendedahkan beberapa objek telah dibaling ke arah bas yang membawa pemain United ketika menuju ke Anfield untuk pertemuan di antara kedua-dua pasukan di dalam aksi Premier League pada tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Salah satu video yang tular di media sosial dengan jelas merakam perbuatan seorang penyokong membaling botol ke arah bas tersebut.
Insiden tersebut menyebabkan bas yang membawa skuad United rosak, sehingga memaksa Liverpool mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf dengan pantas dan mengutuk perbuatan seperti monyet itu.
#NSTsports Liverpool said they "utterly condemn" attacks on Manchester United's team bus before Sunday's Premier League clash at Anfield and vowed to punish those responsible.https://t.co/4sXA4d2ys5
— New Straits Times (@NST_Online) December 17, 2023
“Liverpool FC mengutuk perbuatan yang menyebabkan kerosakkan pada bas membawa skuad Manchester United ketika tiba di Anfield tengah hari tadi,” kata kenyataan tersebut.
“Pihak kelab ambil maklum mengenai insiden yang kini tular di media sosial dan kelab akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengenalpasti individu terbabit dengan perbuatan memalukan itu.”
One #LFC threw a glass bottle at the Man Utd team bus as the players made their way to Anfield 😳
Watch the moment 👇 pic.twitter.com/sg8RuSJsCk
— Mail Sport (@MailSport) December 17, 2023
“Mana-mana inidividu yang didapati bersalah wajib menanggung akibatnya dan akan turut dikenakan tindakan oleh pihak kelab.”
Ini bukan kali pertama kenderaan yang membawa pemain pasukan lawan dirosakkan oleh penyokong Liverpool di Anfield. Pada April 2021 bas yang membawa skuad Real Madrid turut menerima nasib yang sama ketika pertemuan suku akhir Champions League.
Pihak Polis Merseyside turut mengesahkan telah menerima laporan mengenai insiden tersebut dan kini membuka kertas siasatan untuk mengenalpasti individu terlibat.
Sebelum ini UEFA perna didenda oleh UEFA selepas bas yang membawa skuad Manchester City untuk perlawanan Champions League turut dibaling oleh penyokong Liverpool di Anfield.