Batshuayi Terus Mengganas, 3 Gol Dari 2 Perlawanan Setakat Ini Bersama Dortmund

Pemain Chelsea yang kini dipinjamkan kepada Dortmund, Michy Batshuayi terus cemerlang bersama kelab barunya itu ketika Dortmund mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Hamburg semalam.

Batshuayi berjaya menjaringkan gol pembukaan Dortmund selepas menerima hantaran cantik daripada pemain sayap, Christian Pulisic dan beliau tenang menolak bola ke dalam gawang.

Batman terus mengganas

Dortmund menghapuskan sisa-sisa perjuangan Hamburg menerusi jaringan Mario Gotze pada waktu kecederaan.

Pemain kesayangan Dortmund yang semakin dilupakan, Marco Reus juga membuat kemunculan kembali selepas 8 bulan berehat kerana kecederaan.

Jaringan Batshuayi dalam perlawanan tersebut adalah gol ketiga beliau dari dua perlawanan bersama Dortmund. Manakala Chelsea pula sedang bergelut dengan prestasi selepas dibelasah Watford 4-1 tempoh hari.

http://www.dailymotion.com/video/x6ejtc9

BACA:  Mourinho: Menang 6-0 Tidak Bermakna Perlawanan Tersebut Menghiburkan