Penaja Utama Jersi Chelsea Menggantung Tajaan Mereka Kepada The Blues

Syarikat telekomunikasi, Three yang juga merupakan penaja jersi Chelsea FC telah mengesahkan yang mereka akan menggantung tajaan bersama The Blues sehingga tarikh diberitahu kelak.

Syarikat tersebut mengesahkan yang logo mereka tidak akan lagi ada pada mana-mana jersi Chelsea serta tidak akan dipamerkan lagi di sekitar Stamford Bridge.

Three memutuskan untuk menggantung tajaan mereka selepas pihak kerajaan UK mengumumkan yang mereka kini sudah membekukan segala assets milik Roman Abramovich, dan ia secara tak langsung menggagalkan usaha billionaire dari Rusia itu untuk menjual Chelsea.

Roman Abramovich sebelum ini sudah mengumumkan yang beliau akan menjual Chelsea dan hasil keuntungan dari penjualan kelab itu akan didermakan kepada mangsa perang di Ukraine.

Beliau juga turut tidak akan menuntut semula semua hutang Chelsea yang dilaporkan bernilai £1.5 juta.

Roman Abramovich memutuskan untuk menjual Chelsea kerana beliau bimbang kelab akan diganggu oleh kerajaan UK dan malang untuk kem The Blues, kini hal yang mereka takuti telah pun berlaku.

Pihak kerajaan UK sudah mengumumkan yang mereka akan membekukan segala asset milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC.

Wakil jurucakap Three dalam kenyataannya ada menyatakan bahawa:

“Memandangkan ada sekatan dari pihak kerajaan baru-baru ini, kami memutuskan untuk menggantung sementara tajaan kami kepada kelab bola sepak Chelsea, termasuk menarik balik logo kami pada jersi dan sekitar stadium sehingga tempoh diberitahu kelak.”

“Kami sedar yang keputusan ini akan memberi impak kepada ramai penyokong Chelsea yang menyokong mereka dengan penuh semangat. Walau bagaimanapun, kami rasa, melihat kepada keadaan semasa dan keputusan kerajaan membekukan kelab, kami sebenarnya sudah melakukan hal yang betul.”

“Sebagai syarikat telekomunikasi, cara terbaik untuk kami menunjukkan sokongan kepada Ukraine adalah memastikan pelarian yang tiba ke UK dari sana dan pelanggan yang masih di UKraine akan terus kekal berhubung.”

“Oleh yang demikian, kami menawarkan pakej perhubungan antara semua pelarian Ukraine di UK dengan mereka yang masih kekal di Ukraine.”

Selepas pihak kerajaan UK mengumumkan yang mereka akan membekukan segala asset milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC, berikut merupakan lima perkara yang Chelsea tak boleh lakukan sepanjang tempoh kelab dibekukan oleh kerajaan UK.

1) Penjualan Tiket home dan away sudah tidak dibenarkan lagi

Sepanjang tempoh akaun kelab dibekukan oleh pihak kerajaan, Chelsea boleh dikatakan langsung tak ada sumber pendapatan.

Antara punca pendapatan utama kelab adalah kutipan tiket dan memandangkan kini mereka sudah tidak dibenarkan lagi untuk menjual tiket, maka ia jelas akan beri impak kepada kelab.

Walau bagaimanapun, untuk peminat yang sudah memiliki pas bermusim, mereka masih lagi dibenarkan untuk menonton dan hadir ke stadium.

Memandangkan kebanyakkan peminat di UK sememangnya memiliki pas bermusim, maka sepertinya pihak kelab tidak begitu bimbang tentang hal tersebut.

2) Tak dibenarkan menjual merchandise

Bukan hanya tidak dibenarkan untuk menjual tiket, bahkan Chelsea juga tidak dibenarkan untuk menjual apa-apa merchandise mereka sepanjang tempoh kelab dibekukan.

Hal ini juga jelas sekali bakal menjejaskan kewangan kelab dengan penjualan merchandise sebenarnya antara penyumbang terbesar ekonomi kelab.

Sepanjang tempoh kelab dibekukan oleh kerajaan UK, Chelsea tidak lagi dibenarkan untuk menjual apa-apa merchandise mereka baik di store mahupun di atas talian.

3) Tak boleh jual beli pemain

Antara masalah terbesar Chelsea menjelang jendela perpindahan musim panas ini nanti adalah mereka tidak akan dibenarkan untuk membeli atau menjual pemain.

Thomas Tuchel sepertinya bakal perlu menggunakan pemain yang beliau ada sahaja sepanjang tempoh kelab dibekukan kerana beliau tidak boleh mendapatkan khidmat pemain baru.

4) Tak boleh perbaharui kontrak pemain

Hal ini jelas sekali akan beri masalah besar kepada skuad Chelsea memandangkan mereka memiliki beberapa pemain yang akan tamat kontrak pada penghujung musim ini.

Sepanjang tempoh kelab dibekukan, Chelsea tidak dibenarkan sama sekali untuk menawarkan kontrak baru kepada para pemain mereka.

Tidak pasti berapa lama tempoh kelab akan menjalani hukuman pembekuan oleh pihak kerajaan UK, namun semakin lama hukuman tersebut berlangsung maka semakin sukar Chelsea untuk meneruskan perjalanan mereka.

5) Chelsea tak boleh dijual

Sepanjang tempoh sama juga, Roman Abramovich tidak dibenarkan sama sekali untuk menjual Chelsea.

Roman Abramovich sebelum ini menyatakan yang beliau tidak mahu terburu-buru untuk menjual kelab, namun kini beliau sepertinya akan menyesal dengan keputusannya itu.

Akhir kalam, semoga saja Chelsea tidak terkubur dek kerana masalah-masalah ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Pelangi Chelsea Kecewa Dengan Chant 'Chelsea Rent Boys'