Bellerin Kecam Arsenal Fan TV, Kritikan Peminat Tidak Jejaskan Fokus Pemain

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin menempelak saluran Youtube popular, Arsenal Fan TV dan berkata kritikan mereka adalah ‘salah’.

Pemain pertahanan berasal dari Sepanyol ini percaya segelintir peminat terlalu cepat untuk mengkritik pasukan di laman sosial.

Bellerin tidak setuju dengan pendapat penyokong dalam video Arsenal Fan TV

Bellerin menambah lagi peminat sepatutnya berada di belakang kelab, dan bukannya berterusan mengkritik pemain setiap kali pasukan tewas.

Arsenal Fan TV merupakan saluran Youtube paling popular bagi peminat Arsenal. Saluran tersebut juga berjaya menarik minat ramai penyokong dari kelab lain dengan video-video yang dihasilkan oleh saluran ini sering mendapat ‘view’ yang sangat tinggi.

Setakat ini, seramai 650,000 pengguna telah mengikuti saluran ini di Youtube bagi mendengar celoteh penyokong Arsenal tegar seperti Troopz, DT, Claude dan Ty. Saluran ini dihoskan oleh Robbie yang mengasaskan sendiri saluran ini sekitar tahun 2012.

Bellerin mengecam Arsenal Fan TV dalam satu forum anjuran Oxford Union

Walaupun saluran ini dikhususkan khas buat peminat menyuarakan pendapat mereka, ia juga pernah menerima penampilan istimewa daripada pemain Arsenal sendiri seperti Granit Xhaka dan Santi Cazorla. Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis juga pernah muncul dalam satu video Arsenal Fan TV.

Walaubagaimanapun, Bellerin mempunyai pendapat yang berbeza dengan Arsenal Fan TV dan percaya peminat harus meletakkan fokus mereka untuk memberi sokongan kepada kelab, bukannya berterusan mengecam pemain dan kelab.

Bellerin turut mendakwa penyokong Arsenal yang muncul dalam video Arsenal Fan TV hanya mahu mengeluarkan kenyataan kontroversi bagi menarik ‘viewer’ lebih ramai daripada mengeluarkan kritikan yang membina untuk pasukan.

“Mengikut pengetahuan saya, tiada pemain yang melayari internet semata-mata untuk menonton Arsenal Fan TV sahaja.”

“Kadang kala video Arsenal Fan TV akan naik di timeline pemain. Saya juga menonton video mereka kadang kala, ada juga kawan saya yang akan berkata, ‘adakah anda sudah menonton apa yang mamat ni katakan dalam video Arsenal Fan TV?.'”

“Bagi seseorang yang mengatakan mereka adalah peminat Arsenal, saya rasa perkara yang mereka lakukan adalah salah. Kejayaan saluran tersebut datang dari kegagalan pasukan. Bagaimana anda boleh gelarkan diri anda sebagai peminat pasukan ini?”

Anda bukan peminat Liga Perdana Inggeris yang tegar jika anda tidak mengenali individu dalam video ini. #FAMBLUD

“Mereka ini hanyalah golongan yang sibuk membuat duit, tetapi setiap peminat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka.”

“Bagai pemain, kami tidak terjejas dengan video yang dihasilkan mereka. Jika niat mereka hanya untuk berseronok, kami pon terhibur dengan video mereka. Apabila kamu membesar menjadi lebih dewasa, kamu akan tahu bagaimana untuk membezakan perkara yang penting.”

“Jika boss datang berjumpa saya dan berkata kamu telah melakukan perkara yang buruk, saya akan mendengar nasihat beliau. Tetapi jika seseorang daripada Arsenal Fan TV datang berjumpa saya dan berkata kamu harus melakukan sesuatu, saya tidak akan dengar nasihat tersebut.”

“Peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka. Jika orang di luar sana menganggap video mereka melucukan, teruskan sahaja menonton video mereka.”

BACA:  Bellerin Persoal Mengapa Krisis Di Ukraine Dapat Lebih Perhatian Berbanding Palestin