Benjamin Mendy Dibebaskan Dengan Jaminan Mahkamah

Bintang Manchester City, Benjamin Mendy pada Jumaat baru-baru ini telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas beliau didakwa oleh mahkamah atas pertuduhan merogol.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu pada ketika ini masih digantung oleh kelab kerana beliau sedang didakwa dengan beliau berdepan tujuh pertuduhan merogol dan satu pertuduhan gangguan seksual.

Dakwaan yang dikenakan ke atas Mendy adalah berkait lima orang wanita dan pemain full-back Manchester City itu telah ditahan oleh pihak polis sejak Ogos tahun lalu lagi.

Mendy dari Withinlee Road, Prestbury, Cheshire hadir di Edwin Court di Eccles bersama co-defendant, Louis Saha Matturie.

Matturie yang kini berusia 40 tahun dari Eccles, Salford, juga turut berdepan dengan enam pertuduhan merogol dan satu pertuduhan gangguan seksual.

Menurut sumber laporan dari PA Media, Hakim, Patrick Thompson telah membenarkan Mendy untuk dibebaskan dengan diikat jamin menjelang perbicaraan seterusnya yang dijangka akan dilangsungkan pada 27 Jun atau 1 Ogos nanti.

Laporan sama turut menyatakan yang pemain kebangsaan Perancis itu terpaksa berdepan syarat ikan jamin yang sangat ketat, sementara beliau menunggu untuk perbicaraannya berkait kes tersebut.

Mendy telah diberitahu yang beliau mesti menyerahkan passport kepada mahkamah dan beliau juga perlu tinggal di alamat yang sama dengan yang didaftarkan.

Beliau juga sama sekali tidak dibenarkan untuk bertemu atau menghubungi pengadu sepanjang tempoh menunggu ini.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu kini dijadualkan akan hadir di mahkamah Chester Crown pada 24 Januari nanti.

Hakim, Thompson telah memberi amaran kepada Mendy yang waran tangkap akan dikeluarkan oleh mahkamah seandainya beliau gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah.

Mendy dan Matturie sebelum ini di tahan di bawah kategori-B di HMP Altcourse di Liverpool sehingga 23 Disember.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan telah dipindahkan ke kategori-A HMP Manchester yang turut dikenali sebagai Strangeways demi melindungi keselamatan kedua-dua mereka.

Mendy merupakan pemain pertahanan paling mahal dalam dunia bola sepak pada tahun 2017 yang lalu, selepas Manchester City mengeluarkan dana bernilai £52 juta untuk mendapatkan khidmatnya dari Monaco.

Pemain left-back Man City itu telah membuat 75 penampilan sepanjang lima musim beliau bersama kelab, dengan beliau turut cemerlang membantu The Citizens untuk memenangi tiga gelaran Premier League dan dua gelaran League Cups.

Sebaik beliau ditangkap pada Ogos tahun lalu, pihak kelab segera mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan penggantungan beliau.

Mendy tidak akan dibenarkan untuk kembali sertai skuad selagi mana beliau disahkan tidak bersalah, atau beliau sudah bebas dari segala pertuduhan.

Pihak kelab tidak mahu terlibat sama sekali dalam isu ini, dengan mereka sejak dari awal melepaskan segalanya kepada pihak berwajib untuk melaksanakan apa saja yang dirasakan perlu.

Seandainya Mendy sudah nyata tidak bersalah atau pertuduhan yang dikenakan ke atasnya ditarik balik, atau beliau selesai menjalani hukuman, barulah Man City akan mempertimbangkan untuk menerima beliau semula.

Agak sayang untuk melihat karier Mendy berada dalam keadaan agak huru-hara seperti sekarang, apa lagi bila memikirkan yang beliau merupakan seorang pemain yang sangat berbakat.

Beliau merupakan antara pemain terpenting Manchester City sebelum ini, dengan Mendy mempunyai kualiti hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu jentera serangan.

Seandainya beliau sudah bebas sepenuhnya dari pertuduhan tersebut, masih belum pasti sama ada Manchester City akan masih mahu menerima beliau semula, atau mungkin beliau perlu memulakan hidup baru bersama pasukan lain.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pep Beri Bayangan Akan Mencari Pengganti Kepada Benjamin Mendy Yang Kerap Cedera