Dimitar Berbatov telah mendedahkan gandingan penyerang kegemaran dan terhebat beliau sepanjang kariernya.
Apa yang mengejutkan gandingan penyerang yang dipilih bukanlah pemain yang beraksi bersamanya di Manchester United.
Berbatov menyertai setan merah pada tahun 2008 sehingga 2012. Beliau telah beraksi bersama pemain-pemain bertaraf dunia di sana seperti Carlos Tevez dan Wayne Rooney.
Namun walau beraksi bersama pemain bertaraf dunia di United, pemain kebangsaan Bulgaria itu memilih rakan sepasukannya di Bayer Leverkusen sebagai gandingan kegemaran beliau.
Berbatov secara terang terangan mendakwa bahawa Franca adalah gandingan terbaik sepanjang kariernya sebagai penyerang.
” Pemain seperti Rooney dan Keane, kami sebenarnya saling melengkapi, tetapi kami kurang bercakap ketika di luar padang.”
Jelas pemain berusia 39 tahun itu kepada Goal.
“Ketika di Leverkusen, saya mempunyai gandingan yang hebat bersama seorang pemain bernama Franca. Kami menjaringkan banyak gol. Kami pernah bersama membantu pasukan untuk menewaskan Bayern Munich 4-1.”
“Ketika kami masuk ke padang, aduh, perasaan tu sama seperti kami tidur bersama! Saya sangat gembira bermain bersama dia.”
“Sungguh luar biasa, dia tidak pentingkan diri, bila saya dalam kedudukan yang baik, dia akan melorongkan bola untuk saya. Apabila saya melorongkan bola kepadanya, dia akan jaringkan gol.”
Heute vor 13 Jahren: das 6⃣:0⃣ gegen den 1. FC Kaiserslautern!
⚽️⚽️ #Franca
⚽️ #Berbatov
⚽️ #Lucio
⚽️ #Bastürk
⚽️ (ET) Wenzel#StärkeBayer pic.twitter.com/tPBOW0zo2B— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04fussball) April 10, 2017
“Ia sama seperti gandingan Andy Cole dan Dwight Yorke. Ia sangat hebat apabila kami beraksi bersama. Beraksi bersama dia membuatkan saya semakin hebat.”
“Saya sangat gembira apabila beraksi bersama pemain yang lebih baik atau sama taraf seperti saya. Kita akan sentiasa pelajari sesuatu.”
Sebenarnya agak mengejutkan apabila Berbatov tidak menganggap Rooney begitu, kerana gandingan dan kesefahaman mereka juga hebat.
Berbatov sudah beraksi bersama Leverkusen ketika Franca menyertai pasukan dari Jerman itu pada tahun 2002. Bermakna beliau sudah beraksi bersama pasukan emas Leverkusen musim 01/02.
‘Die Werkself’ berjaya menjadi naib juara dalam saingan Liga Juara-juara dan menduduki tangga kedua dalam saingan Bundesliga pada ketika itu.
Dalam perlawanan akhir ketika itu jugalah Zinedine Zidane berjaya menjaringkan gol volley yang luar biasa hebat dan merupakan jaringan tercantik dalam sejarah Liga Juara-juara.
Berbatov merupakan pemain simpanan untuk Leverkusen ketika aksi di Hampden Park itu, dan beliau masih mengingati detik gemilang pasukan Leverkusen pada ketika itu.
All the #Wayback TO 2002, when Real Madrid's Zinedine Zidane scored one of the best goals ever in the UEFA Champions League vs Bayer Leverkusen pic.twitter.com/qRkyR9yQWl
— CITY 105.1FM (@CITY1051) May 15, 2019
“Saya tidak menjangka kami akan mara sehingga ke perlawanan akhir. Bahkan, sehingga kini saya tidak mampu untuk menggambarkan perasaan kami pada waktu itu.”
Tambah Berbatov lagi mengenang kejayaan pasukan Leverkusen ketika itu.
“Saya masih remaja yang hanya duduk dibangku simpanan.”
“Kita cuma mahu bermain dan nikmati waktu itu, saya tidak memikirkan hal lain. Satu-satunya hal yang menakutkan saya bukanlah tentang kami beraksi dalam perlawanan akhir liga Juara-juara.”
“Tetapi yang menakutkan saya adalah kami terpaksa berhadapan dengan pemain seperti Raul, Zidane, Luis Figo dan Roberto Carlos. Dan saya hanya duduk tepi padang seperti penonton.”
“Itu pengalaman pertama untuk saya, saya masuk beraksi pada minit ke 39 perlawanan, saya menunjukkan rasa hormat kepada semua pemain, saya takut untuk menyentuh mereka, apa lagi mahu mengasari mereka.”
” Saya melihat mereka membawa bola melepasi saya, rakan sepasukan memarahi saya agar saya takle saja pemain lawan.”
“Tetapi saya tidak mampu untuk melakukannya kerana saya sangat menghormati mereka. Saya teruja bertemu dengan Zidane. Saya seperti tidak percaya,”
“Selepas perlawanan baru saya sedar, kami tidak mengubah apa-apa ketika dalam perlawanan, kami sudah mara sejauh ini, kami sepatutnya melakukan sesuatu.”
Luah Berbatov kepada Goal tentang kenangan terindah beliau sepanjang kariernya.
Jika gandingan terhebat beliau pemain dari Leverkusen dan memori terindah beliau juga bersama Leverkusen, jadi di mana Manchester United di hati beliau?