Berbatov: Messi & Barcelona Akan Hukum Manchester United

Dimitar Berbatov memberi amaran kepada Manchester United supaya segera memperbaiki prestasi apabila berdepan Barcelona minggu depan atau berdepan risiko ‘dihukum’ oleh Lionel Messi dan rakan-rakannya.

Selepas permulaan cemerlang sejak diambil alih Ole Gunnar Solskjaer dimana mereka berjaya mencatatkan 9 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, prestasi United jatuh sedikit sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

United perlu perbaiki permainan jika tidak mahu dirogol Messi dan rakan2

Mereka tewas 3 dari 4 perlawanan terakhir dan bakal melalui cabaran getir bertemu Barcelona dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu hadapan.

Sebelum ini, Solskjaer mencipta keajaiban apabila membimbing pasukannya meraih kemenangan luar biasa di Paris untuk layak ke pusingan seterusnya walaupun tewas di gelanggang sendiri sebelum itu.

Kebangkitan tersebut sedikit sebanyak membantu Solskjaer meraih kontrak selama 3 tahun untuk menjadi pengurus tetap Manchester United dimana pelantikannya baru sahaja diumumkan minggu lalu.

3 kekalahan dari 4 perlawanan terakhir United merupakan ujian pertama Solskjaer sebagai pengurus tetap Red Devils dan beliau perlu mencari untuk menaikkan semangat anak buahnya sebelum mereka mengharungi ujian lebih getir menentang Barcelona tidak lama lagi.

Dengar citer rahsia Messi dalam kocek Smalling, betul ke ?

“Saya risau menengok prestasi buruk Manchester United, dan jika mereka berterusan melakukan kesilapan seperti sebelum ini, mereka akan dihukum oleh Barcelona.” Beritahu Berbatov kepada Betfair.

“United sedang menjadikan keadaan lebih sukar pada masa sekarang dan keadaan sekarang menunjukkan Manchester United berdepan tugas sukar untuk meraih kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.”

“United melalui rentetan perlawanan tanpa kalah yang menakjubkab di bawah Ole Gunnar Solskjaer apabila mula mengambil alih pasukan dan sekarang mereka sedang melalui waktu yang sukar buat kali pertama.”

“Kau tahu, apabila anda memenangi perlawanan, semuanya berasa seperti satu kebiasaan dan baik. Tetapi perkara paling penting adalah mengetahui bagaimana untuk memberi reaksi apabila tewas. Saya yakin Ole tahu apa yang perlu dilakukan sekarang bagi mempersiapkan pasukan supaya berada dalam keadaan terbaik untuk berdepan Barcelona.”

“Dalam bola sepak kadang kadang  anda akan melalui situasi yang pelik dimana anda bergelut apabila berdepan kelab kecil, tetapi bermain cemerlang ketika berdepan pasukan besar. Perkara paling penting adalah untuk sentiasa berada dalam keadaan bersemangat, bukan hanya dalam perlawanan besar.”

Memperingati zaman kegemilangan Setan Merah di bawah pemerintahan Pak Alex

“Sir Alex Ferguson kadang kala tidak perlu memberi motivasi kepada kami untuk perlawanan besar. Kerja dan skill beliau sebenarnya adalah untuk memberi motivasi kepada kami apabila berdepan pasukan lebih kecil.”

“Saya akui, Barcelona adalah pasukan pilihan dalam pertembungan ini. Tetapi PSG juga adalah pasukan pilihan, dan tiada apa yang pasti dalam bola sepak.”

BACA:  Ronaldo Beri Ucapan Motivasi Kepada Pemain United Sebelum Mereka Bedal Newcastle