Segelintir pemain dari skuad utama Manchester United pada ketika ini berdepan dengan kesukaran yang teramat sangat kerana beraksi di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Rata-rata dari mereka sangat tidak gembira dengan kehidupan baru di Old Trafford, terutama selepas kehadiran pengurus interim kelab itu.
Menurut sumber laporan dari beberapa media di UK termasuk The Mirror, seramai 11 pemain dari skuad utama setan merah memutuskan untuk meninggalkan kelab kerana tidak gembira dengan keadaan di Old Trafford pada ketika ini.
🚨Manchester United update🚨
✔️Some #ManUtd players not happy with Ragnick tactics & his coaching team
✔️Few players openly questioned why United didn’t got Antonio Conte?
✔️Few players not happy with Cristiano Ronaldo’s influence
✔️Almost 11 players ready to leave the club
— 🗣Mr. Bose🔴 (@DieForManUnited) January 5, 2022
Laporan sama turut menambah lagi yang kebanyakan pemain tidak gembira dengan cara pengurusan Ralf Rangnick dan tidak selesa dengan taktikal yang mahu beliau terapkan.
“Ia tidak bagus.”
Jelas sumber dalaman kelab kepada media UK.
“Atmosphere sangat tidak bagus dan ia sepertinya akan ada masalah besar yang bakal melanda Manchester United.”
Laporan sama turut mendedahkan yang Ralf Rangnick ketika ini sedang bergelut dengan masalah kekecohan dalam bilik persalinan, yang mana ia bakal mengancam perjalanan United sepanjang musim ini.
Setan merah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Wolves di Old Trafford kemarin, dan mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan Premier League.
Man Utd juga kini empat mata di belakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga.
🗣️ Manchester United players have openly admitted the club should have appointed Antonio Conte before he joined Tottenham. They also expect Mauricio Pochettino to take charge in the summer. #mufc
➡️💻https://t.co/50J0bbUDJQ pic.twitter.com/ME2GDJEBEd
— Terry Flewers (@terryflewers) January 5, 2022
Lebih buruk lagi, mereka kini 22 mata ditinggalkan oleh pendahulu saingan Premier League pada ketika ini, yang juga merupakan musuh sebandar kelab, Manchester City.
Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat pada November lalu dengan Ralf Rangnick kemudiannya dilantik menjadi pengurus interim yang akan mengendalikan kelab hingga akhir musim ini.
Ralf Rangnick yang dianggap sebagai The Professor, The Godfather of Gegenpressing dan juga dikenali sebagai sifu kepada pengurus-pengurus dari Jerman itu walau bagaimanapun masih gagal untuk meyakinkan anak-anak buahnya.
Laporan sama turut menyatakan yang Ralf Rangnick mempunyai reputasi sebagai seorang pengurus yang pentingkan diri dan terlalu yakin oleh mereka-mereka yang tak gembira dengannya.
Redknapp: ‘Manchester United needed Conte’ https://t.co/HrFxle3xFg
— Manchester Derby (@ManchesterDrb) January 4, 2022
Pemain Man Utd percaya kelab sepatutnya tidak melepaskan Conte
Para pemain sementara itu dilaporkan mengakui yang kelab sepatutnya melantik pengurus dari Itali, Antonio Conte sebelum beliau dilantik sebagai pengurus Tottenham Hotspur awal November lalu.
Mereka sepertinya sedikit terkesan kerana kelab tidak berusaha mendapatkan Antonio Conte lebih awal dan menyebabkan bekas pengurus Inter Milan itu memilih untuk menyertai Tottenham Hotspur.
Antonio Conte pada ketika ini sedang dalam usaha beliau untuk menaikkan semula Spurs dan usaha beliau sepertinya semakin membuahkan hasil.
Tottenham Hotspur sepanjang beraksi di bawah Antonio Conte telah berjaya mencatatkan kemenangan demi kemenangan dengan mereka kini sudah berada di kelompok enam teratas.
Manchester City 🔵
Tottenham Hotspur ⚪Only two teams have remained unbeaten in the Premier League since Antonio Conte took over at Spurs. 😳#ManCity #TottenhamHotspur #EPL #PremierLeague pic.twitter.com/RGftOGVznN
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) December 28, 2021
Berbaki dua perlawanan yang masih belum dimainkan, Spurs sepertinya bakal mampu memintas Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta liga seandainya mereka memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.
Pemain Man Utd percaya Pochettino akan ke Old Trafford
Pada hujung-hujung tahun lalu, terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa Mauricio Pochettino sangat berminat untuk menerima tawaran mengendalikan Man Utd.
Beliau dilaporkan bersedia meninggalkan Paris Saint Germain, dan mahu kembali semula ke England untuk menjadi pengurus Manchester United.
Walau bagaimanapun, pengurus berusia 49 tahun itu sepertinya masih lagi mengendalikan Paris Saint Germain, dan ia berkemungkinan akan kekal sehingga akhir musim nanti.
Paris Saint Germain pada ketika ini sangat selesa di puncak saingan Ligue 1 dengan kelebihan 13 mata, dan Pochettino kini semakin hampir pasti untuk menjulang Piala liga pertama beliau sepanjang kariernya sebagai pengurus.
Multiple players in Manchester United's squad reportedly expect current Paris Saint-Germain (PSG) boss Mauricio Pochettino to arrive in the summer. https://t.co/MpDsNgMNEc
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 5, 2022
Adakah beliau akan memilih untuk ke Old Trafford pada musim panas nanti? Dengan kedudukan United yang sedang bergelut untuk ke saingan Champions League, adakah Pochettino masih berminat?
Kebanyakan para pemain Manchester United sepertinya sangat berharap agar hal itu berlaku dengan ada antara mereka turut sudah mendedahkan hal tersebut.
Selepas khidmatnya sebagai pengurus interim kelab tamat pada penghujung musim ini, Ralf Rangnick bakal meneruskan tugasnya di Old Trafford sebagai penasihat kelab.
Sumber: GMS