Bintang United Tolak Tawaran Dari Boca Juniors Untuk Berhijrah Ke Nou Camp Januari Ini

Bintang Manchester United, Edinson Cavani telah menolak tawaran untuk meninggalkan kelab, namun akan pergi seandainya ke destinasi yang beliau mahukan.

Cavani menandatangani kontrak bersama Manchester United pada Oktober 2020 dan beliau memerlukan masa untuk menjadi pemain utama dalam sistem kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Beliau hanya mula menjadi pemain utama United pada penghujung musim lalu, sebelum kembali diketepikan pada musim ini.

Pemain penyerang Uruguay itu telah dikaitkan dengan bakal menandatangani perjanjian bersama Boca Juniors pada musim panas lalu, namun beliau berjaya diyakinkan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk kekal satu musim lagi.

Beliau dijanjikan untuk menjadi pemain utama pada musim ini, namun kehadiran Cristiano Ronaldo pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup menyebabkan beliau semakin sukar mendapat tempat.

Beliau semakin sukar mendapat tempat dalam skuad utama dan minit permainan beliau juga sangat terjejas.

Cavani turut bergelut dengan masalah kecederaan sebelum ini dan kerana itulah beliau dijangka bakal menyertai kelab lain untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka akan meninggalkan kelab pada Januari nanti, yang mana ia enam bulan lebih awal sebelum kontrak asalnya tamat.

Menurut sumber laporan dari TyC, Edinson Cavani sudah menolak tawaran untuk berpindah menyertai kelab lain baru-baru ini.

Media Argentina itu turut mendakwa yang Cavani sebenarnya sudah menolak tawaran dari Boca Juniors, dan beliau sudah memutuskan kelab mana yang mahu beliau sertai bulan hadapan.

Cavani dilaporkan lebih memilih untuk menyertai Barcelona pada jendela perpindahan Januari ini, dan kerana itulah beliau menolak tawaran dari Boca Juniors.

Skuad kendalian Xavi pada ketika ini sangat terdesak untuk mendapatkan pemain di posisi penyerang, untuk menggantikan Sergio Aguero yang sudah secara rasminya mengumumkan persaraannya awal minggu baru-baru ini.

Bahkan sebelum Sergio Aguero mengumumkan persaraan lagi Barcelona sudah mengumumkan hasrat mereka untuk menandatangani pemain penyerang yang baru.

Laporan dari media Sepanyol menegaskan yang Ferran Torres tetap menjadi keutamaan Barcelona namun untuk mendapatkan bintang Man City itu mereka perlu menyediakan dana perpindahan yang besar.

Melihat kepada kedudukan ekonomi Barcelona yang sangat kritikal pada ketika ini, sukar sebenarnya untuk mereka mendapatkan Ferran Torres.

Cavani jelas sekali boleh didapati dengan harga yang rendah tambahan pula pemain kebangsaan Uruguay itu sudah sememangnya berminat untuk melengkapkan perpindahannya ke Nou Camp.

Selain pemain penyerang Manchester United itu dan Man City itu, Barcelona turut dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan seorang lagi penyerang dari saingan Premier League, Pierre Emerick Aubameyang.

Masa depan pemain kebangsaan Gabon itu pada ketika ini masih belum jelas dengan pihak kelab baru-baru ini telah melucutkan jawatan beliau sebagai ketua pasukan.

Beliau juga turut diketepikan dari skuad utama kerana telah melanggar peraturan kelab, dan menyebabkan Mikel Arteta menjatuhkan hukuman tersebut kepadanya.

Pierre Emerick Aubameyang sudah diketepikan dari dua perlawanan Arsenal sebelum ini, dan beliau juga dilaporkan akan sekali lagi diketepikan dari aksi bertemu Leeds United minggu ini.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu turut dikaitkan dengan bakal membawa semula bekas bintang mereka, Alexis Sanchez dengan mereka mahu menawarkan pertukaran pemain dengan Inter Milan.

Barcelona mahu menawarkan Luuk de Jong kepada Inter Milan, dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula khidmat Alexis Sanchez.

Boleh tahan besar selera Barcelona ni ya, dalam pada miskin pemain yang mereka mahukan semuanya merupakan bintang-bintang berprofil tinggi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Saya Tak Pernah Ikhlas Sertai PSG" - Messi