Pemain midfield Brighton and Hove Albion telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan gangguan seksual awal pagi semalam.
Bintang Brighton itu ditangkap di sebuah kelab malam, dengan pihak kelab sendiri sudah mengesahkan hal tersebut.
Lewat malam semalam, tular berita yang mengesahkan bahawa salah seorang pemain midfield Seagulls telah ditangkap oleh pihak polis.
Brighton’s Yves Bissouma has been arrested on suspicion of sexual assault at a seafront nightclub in Brighton. pic.twitter.com/VmdbGa4vw7
— Football Talk (@Football_TaIk) October 7, 2021
Pemain tersebut ditangkap oleh pihak polis, dengan beliau dibawa ke balai dalam keadaan digari sambil diiring oleh dua orang pegawai polis.
Laporan terbaru mengesahkan yang pemain tersebut sebenarnya Yves Bissouma yang mana beliau kini sedang disoal siasat di balai polis.
Ramai yang mengesahkan bahawa pemain tersebut adalah Bissouma, namun sehingga kini pihak polis masih belum mengesahkan siapa individu tersebut.
Pihak polis mengesahkan yang seorang pemain bola sepak berusia 20 tahun bersama rakannya yang kini berusia 40 tahun telah ditangkap dan sedang disoal siasat.
BREAKING @OfficialBHAFC footballer in is 20s arrested on suspicion of sexual assault at seafront nightclub in the early hours of this morning. Player cannot be named for legal reasons.
Sussex police confirm man in his 20s and co-accused in his 40s arrested.— John Simpson (@thejohnsimpson) October 6, 2021
Laporan dari Polis Sussex telah menyatakan bahawa:
“Dua lelaki sudah ditangkap selepas seorang wanita melaporkan beliau menerima gangguan seksual di sebuah tempat di Brighton, pada awal pagi Rabu.”
“Seorang lelaki berusia 40 tahun dan seorang lelaki berusia 20-an, kedua-dua dari Brighton telah ditangkap dan dituduh melakukan gangguan seksual dan masih lagi dalam tahanan pihak polis.”
Brighton midfielder Yves Bissouma has been arrested.
Earlier today, it was confirmed that a Brighton player had been arrested on suspicion of sexual assault. pic.twitter.com/ytnUxbaw9g
— Matchday365 (@Matchday365) October 6, 2021
Brighton sementara itu telah mengeluarkan kenyataan sendiri berkait hal tersebut dengan menyatakan:
“Brighton and Hove Albion sedar tentang salah seorang pemain yang sedang membantu siasatan pihak polis kerana tuduhan salah laku.”
“Hal tersebut sebenarnya berkait undang-undang dan pihak kelab pada ketika ini tidak mampu untuk mengulas lebih lanjut tentang kes tersebut.”
Oh dear. ‘@OfficialBHAFC are aware that one of its players is assisting police with the investigation of an alleged offence. The matter is subject to a legal process and the club is therefore unable to make further comment at this time.’
— Simon Stone (@sistoney67) October 6, 2021
Brighton memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat cemerlang di bawah kendalian Graham Potter dan berada di kedudukan keenam.
Mereka hanya dipisahkan dengan perbezaan dua mata sahaja dibelakang pendahulu saingan liga, dan ia jelas antara persembahan terbaik mereka setakat ini.
Brighton selepas ini bakal beraksi bertemu Norwich City dalam aksi saingan Premier League selepas berakhirnya rehat antarabangsa ini.
Mali 🇲🇱 international midfielder Yves Bissouma (25) is reportedly arrested over sexual assault claims
The Brighton star was seen cuffed by cops out of a nightclub yesterday.
It was reported that Bissouma couldn't turn up for Mali's @FIFAWorldCup qualifiers due to a knee injury pic.twitter.com/f9awtnQlNf
— Nuhu Adams ™️ (@NuhuAdams_) October 6, 2021
Walau identiti pemain masih dirahsiakan, namun mengikut laporan dari media-media UK, bintang Brighton yang dimaksudkan adalah Bissouma.
Pada Julai lalu, salah seorang pemain Premier League di tangkap di Manchester kerana kesalahan gangguan seksual terhadap gadis bawah umur.
Indentiti beliau pada awalnya turut dirahsiakan namun selepas selesai soal siasat, pihak polis mendedahkan nama beliau.
Pihak polis Manchester telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:
BREAKING: Premier League footballer arrested over alleged child sex offences https://t.co/0t8xbMWynD pic.twitter.com/AcTdRZJmzV
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 19, 2021
“Pegawai kami telah menangkap seorang lelaki berusia 31 tahun pada Jumaat, 16 Julai kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak.”
“Dia dibebaskan oleh jaminan polis sementara menunggu siasatan lebih lanjut.”
Wakil juru cakap dari kelab telah menyatakan bahawa:
“Kami mahu sahkan yang kami telah menggantung salah seorang pemain dari skuad utama ekoran dari beliau kini di bawah penyiasatan pihak polis.”
Really hope this isn’t Gylfi Sigurðsson like everyone is saying 😔😔 #efc https://t.co/9TQKM5ZHbo
— Cam Melling (@RomseyCam) July 19, 2021
“Pihak kelab akan terus memberi sokongan kepada pihak berwajib dengan membantu segala apa yang kami mampu dan kami juga tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi pada ketika ini.”
Menurut laporan dari Global247, pemain yang dimaksudkan oleh berita tersebut adalah bintang utama Everton, Sigurdsson.
Laporan sama turut menjelaskan yang pihak polis sendiri sudah mengesahkan yang pemain tersebut adalah Sigurdsson dan pihak kelab sudah menggantungnya.
Everton sendiri turut sudah mengesahkan kepada Global247news yang mereka telah menggantung Sigurdsson sehingga penyiasatan selesai dijalankan.
Pendedahan tersebut dibuat selepas isteri kepada pemain menafikan dakwaan tersebut lalu menutup akaun media sosial miliknya.
A 31 yr old football player has been arrested on suspicion of child sex offence. Although his name cannot be declared due to legal reason some news outlet have revealed it to be Everton's Sigurdsson. Considering the club's latest statement this doesn't look like a coincidence. pic.twitter.com/9dOdda7FXk
— Alexi Vishesh (@visheshpraani) July 20, 2021
Bahkan, penyampai bola sepak, Adam Brown sendiri berdiri teguh dengan pendirian beliau yang menyatakan bahawa Sigurdsson adalah pemain yang ditangkap oleh pihak polis itu.
Sumber: SPORTbible