Liverpool Mulakan Rundingan Untuk Mendapatkan Pemain Sasaran Utama Klopp

Liverpool telah memulakan rundingan rasmi untuk menandatangani bintang Brighton, Yves Bissouma sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

Dengan kontraknya berbaki dua tahun sahaja lagi, terdapat banyak spekulasi berkait masa depan Bissouma dan ramai yang percaya beliau akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Beliau sebelum ini disebut-sebut sebagai pemain yang paling berpotensi untuk ditandatangani oleh Arsenal pada Jun lalu.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa Liverpool telah mengatur rundingan dengan ejen kepada pemain midfield Brighton itu, untuk berunding hal berkait perpindahannya ke Anfield.

Rundingan mereka pada ketika itu tidak berjalan dengan sempurna selepas Liverpool tidak merasakan rundingan tersebut baik untuk mereka.

Namun begitu, The Express mendakwa yang Liverpool kini sudah menghantar rundingan rasmi dengan wakil Brighton, dalam usaha mereka untuk menandatangani pemain kebangsaan Mali itu.

Adakah Jurgen Klopp menyukai Bissouma?

Hal ini juga sebenarnya menjadi punca mengapa Liverpool mahu mendapatkan Bissouma, kerana terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa pemain Brighton itu ada dalam radar Klopp sejak lama dahulu lagi.

Terdapat laporan pada Mei lalu yang menyatakan bahawa pengurus Liverpool itu secara peribadinya telah menilai tingkah laku Bissouma baik di dalam mahu pun diluar padang.

Beliau menilai sepenuhnya tentang Bissouma kerana mahu memastikan sama ada pemain tersebut sesuai atau tidak untuk The Reds.

Laporan tersebut turut menyatakan yang Jurgen Klopp berpuas hati dengan hasil kajian beliau dan beliau sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield Brighton itu.

Liverpool ketika ini masih gagal untuk mencari pengganti Gini Wijnaldum, yang telah meninggalkan kelab dan menyertai Paris Saint Germain pada awal jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Terdapat juga pertikaian yang mengatakan bahawa Liverpool sebenarnya sudah mempunyai barisan pemain midfield yang cukup dalam skuad mereka pada ketika ini.

Liverpool ketika ini mempunyai barisan pemain muda seperti Curtis Jones dan Harvey Elliott yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wijnaldum.

Naby Keita yang baru pulih dari kecederaan juga boleh mengisi kekosongan tersebut dengan beliau turut sudah mula kembali beraksi bersama skuad utama Liverpool.

Kariernya bersama Liverpool sedikit terjejas sebelum ini dek kerana beliau sering dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Bekas bintang RB Leipzig itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds dalam kedua-dua aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League 2021/22.

Kehilangan Gini Wijnaldum sememangnya bakal memberi impak yang agak besar dalam skuad kendalian Jurgen Klopp, dan kerana itulah beliau berharap agar Bissouma boleh mengisi kekosongan tersebut.

Brighton sendiri turut menikmati dua kemenangan secara berturut-turut dalam dua perlawanan awal saingan Premier League musim ini.

Bissouma beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut yang mana beliau berjaya membantu skuadnya mengutip enam mata penuh.

Beliau tidak mencatatkan gol atau assist ketika skuadnya mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Burnley sebelum ini, namun ketika aksi bertemu Watford minggu lalu, beliau telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bissouma berjaya mencatatkan assists ketika aksi bertemu Watford dan aksinya dalam perlawanan itu diakui sangat bagus.

Secara keseluruhannya, Bissouma berjaya melakukan lima tackle dan melakukan lima pintasan ketika bertemu Watford.

Beliau turut berjaya melakukan dua gelecekan berjaya, dan cemerlang melengkapkan 85% hantaran sempurna sepanjang perlawanan tersebut.

Whoscored turut memberikan rating 8.1 untuk persembahan beliau dalam perlawanan tersebut, dan beliau merupakan pemain kedua mendapat rating tertinggi dalam perlawanan itu.

Liverpool masih mempunyai baki beberapa hari sahaja lagi untuk melengkapkan perpindahan Bissouma, sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sumber: GMS

BACA:  Klopp: Liverpool Akan Berjuang Demi Impian Mara Ke Final Liga Juara-Juara