Klopp: Liverpool Akan Berjuang Demi Impian Mara Ke Final Liga Juara-Juara

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata Liverpool akan berjuang untuk merealisasikan impian mereka mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan AS Roma di peringkat separuh akhir.

Juara Eropah sebanyak 5 kali, Liverpool memiliki kelebihan 3 gol selepas mencatatkan keputusan 5-2 dalam perlawanan pertama di Anfield minggu lalu, tetapi sedar mereka tidak boleh terlalu selesa dengan kelebihan tersebut.

Liverpool akan berjuang habis-habisan !

Roma mengejutkan banyak pihak ketika peringkat suku akhir apabila menyingkirkan juara La Liga, Barcelona dengan aggregat 5-4. Walaupun tewas 4-1 dalam perlawanan pertama, Roma bangkit di depan penyokong sendiri dengan menjaringkan 3 gol tanpa balas, sekali gus layak ke peringkat separuh akhir.

Klopp mengakui pasukannya merupakan pasukan pilihan untuk bertemu Real Madrid di perlawanan akhir, walaupun melepaskan dua gol di tempat lawan kepada Roma.

“Kami berada di sini untuk berjuang demi impian seluruh pasukan dan seperti semua orang ketahui, kami mahu mara ke perlawanan akhir.”

“Kami bermain dengan positif dalam perlawanan pertama di Anfield, kami berjaya mendahului 5-0 tetapi melepaskan dua gol pada penghujung permainan. Selepas tamat perlawanan tersebut, beberapa individu berkata kami telah kalah, tetapi sebenarnya kami tidak kalah.”

Salah, penjaring dua gol ketika menumpaskan Roma tempoh hari

“Kami masih lagi mempunyai kelebihan 5-2. Ramai pihak berpendapat Roma akan sekali lagi mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Liverpool, tetapi keputusan tersebut sukar untuk diperolehi sebenarnya.”

“Secara peribadi, Liverpool berada dalam situasi yang lebih baik dari jangkaan saya sebelum berlangsungnya perlawanan timbal balik.”

“Kami mempunyai perlawanan bolasepak untuk dimainkan pada pagi esok dan saya sudah tidak sabar menunggu perlawanan tersebut. Anda mahu bermain apabila ganjaran besar menanti anda, dan sebab itulah kami berada di sini. Ini merupakan peluang yang sangat bernilai.”

“Ia bakal menjadi perlawanan yang menakjubkan di stadium yang hebat, menentang pasukan yang cukup kuat.”

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu mengakui kekalahan Barcelona di tangan Roma telah memberi peringatan kepada pemainnya untuk tidak berasa terlalu selesa.

“Saya bukan berada di sini untuk bercakap mengenai Barcelona. Dalam perlawanan tersebut [suku akhir menentang Barcelona], Roma lebih daripada bersedia untuk menghadapi mereka.”

“Banyak pihak berkata agak sukar untuk Roma bangkit selepas tewas 4-1 di Nou Camp, kerana tiada orang menyangka mereka mampu bangkit.”

Jika kami mampu melakukannya ke atas pasukan Messi-Suarez, kenapa tidak Liverpool ?

“Saya tidak memerlukan sebarang amaran sekarang kerana Roma telah melakukannya sebelum ini. Walaupun apapun yang saya katakan sekarang, kami masih perlu bermain. Selepas segala yang diperkatakan mengenai perlawanan timbal balik ini nanti, masih lagi ada perlawanan yang perlu diharungi.”

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum turut berkongsi pendapat yang sama dengan Klopp dengan berkata Liverpool perlu berjaga-jaga kerana mereka masih lagi belum layak ke perlawanan akhir.

“Kami belum lagi mempunyai satu kaki di perlawanan akhir, kerana anda hanya akan layak ke perlawanan akhir dengan dua kaki.”

“Banyak kejutan telah kita saksikan berlaku sebelum ini di Liga Juara-Juara. Roma telah  menunjukkannya ketika menentang Barcelona dan mereka mampu mengulanginya sekali lagi.”

BACA:  Jurgen Klopp Jelaskan Kenapa Haaland Sangat Cocok Dengan City