Bintang Utama Real Madrid Sudah Bersetuju Mahu Sertai Barcelona

Pemain midfield utama Real Madrid, Isco dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai seteru utama kelab, Barcelona pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu gagal mendapat tempat dalam skuad utama Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Beliau hanya membuat sembilan penampilan sahaja dalam aksi saingan La Liga sepanjang musim ini, dan kerana itulah beliau memilih untuk meninggalkan sahaja Santiago Bernabeu.

Kontrak beliau bersama Real Madrid juga bakal berakhir pada musim panas ini dengan El Chiringuito mengesahkan Isco secara dasarnya sudah bersetuju untuk sertai Barcelona pada musim panas ini.

Presiden kelab, Joan Laporta dikatakan sangat berminat untuk mengutip pemain-pemain free agent dalam usaha untuk menambah baik skuad sedia ada.

Mendapatkan pemain free ejen jelas sekali merupakan langkah terbaik yang Barca ada untuk mendapatkan pemain baru memandangkan kedudukan ekonomi mereka juga berada dalam keadaan sangat teruk pada ketika ini.

Musim panas lalu, Barca terpaksa melepaskan Lionel Messi pergi ke PSG secara percuma memandangkan mereka tak mampu mendaftarkan legenda kelab itu.

Masalah ekonomi Barca masih teruk walau mereka sudah melepaskan Messi dan menyebabkan pihak kelab terpaksa merayu kepada pemain-pemain senior agar terima pemotongan gaji.

Isco menyertai Real Madrid dari Malaga pada tahun 2013 yang lalu dengan beliau telah berjaya membantu kelab memenangi dua gelaran La Liga dan empat gelaran Champions League dari 346 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu boleh bermain di posisi sayap namun posisi terbaiknya adalah di bahagian central midfielder.

Beliau boleh bermain dengan sangat baik dan cemerlang di belakang penyerang utama dengan Isco mempunyai kualiti hantaran dan penyudah yang sungguh menakjubkan.

Javier Saviola merupakan pemain terakhir yang melengkapkan perpindahan terus dari kedua-dua pasukan seteru ini dengan beliau menyertai Real Madrid dari Barcelona pada tahun 2007 yang lalu.

Saviola menghabiskan masa hanya dua tahun sahaja bersama Real Madrid sebelum beliau melengkapkan perpindahan untuk menyertai Benfica.

Barcelona sudah mula membawa masuk beberapa pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini, dengan mereka telah selesai mendaftarkan pemain seperti Dani Alves yang ditandatangani secara percuma sahaja sebelum ini.

Pihak kelab juga sudah melengkapkan penandatanganan Ferran Torres dari Manchester City ada minggu lalu dengan yuran perpindahan bernilai £55 juta.

Torres masih belum boleh didaftarkan sehingga Isnin lalu, sehinggalah pemain pertahanan kelab yang sebelum ini mahu meninggalkan Nou Camp, Samuel Umtiti bersetuju untuk terima pemotongan gaji.

Umtiti bakal menerima gaji yang lebih rendah untuk tempoh 18 bulan dari sekarang dengan beliau bersetuju untuk melakukan hal itu demi membantu kelab yang sedang bergelut.

Pemain kebangsaan Perancis itu walau bagaimanapun masih terbuka untuk meninggalkan Nou Camp, seandainya ada tawaran lumayan untuknya.

Barcelona juga menarik nafas lega selepas Philippe Coutinho dilepaskan untuk sertai Aston Villa sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim ini.

Beban paling besar yang perlu Barcelona tanggung pada ketika ini adalah Ousmane Dembele, dengan pemain yang menjadikan hospital sebagai rumah keduanya itu tidak mahu terima gaji rendah.

Dembele menegaskan yang beliau hanya akan mahu menandatangani kontrak baru bersama Barcelona, seandainya pihak kelab sanggup membayar beliau £720 ribu seminggu.

Madrid dan Barcelona selepas ini akan bertemu dalam aksi Spanish Super Cup di Saudi Arabia pada minggu ini

Pemenang dalam perlawanan tersebut bakal beraksi bertemu Atletico Madrid atau Athletic Bilbao dalam aksi perlawanan akhir hujung minggu ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Keunikan Maestro Tengah Barcelona, Sergio Busquests Tiada Tandingan