Brighton Ok Saja Kalah Di Tangan Liverpool

Liverpool mengajar cara untuk bermain bola sepak sebenar, di mana ketika pasukan ketinggalan 0-1 maka anda haruslah menang 2-1 bukannya diikat 1-1 dan keciciran mata.

Liverpool melayan kunjungan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Sebelum sepak mula di Etihad yang menyaksikan 2 lagi pesaing kejuaraan iaitu City dan Arsenal bergocoh sesama mereka.

Paling penting ketika ini adalah Liverpool fokus kepada tugasan mereka di Anfield.

Ketika perlawanan baru sahaja bermula dengan Jurgen Klopp tak sempat betulkan parkingnya, pasukannya sudah dibolosi seawal minit ke-2 oleh bekas pemain Arsenal dan wonderkid Man United iaitu Danny Wellbeck.

Wellbeck kelihatan gembira meraikan gol itu kerana dia mencetak gol pada penampilan ke-100 beliau dalam Liga Perdana Inggeris bersama pasukan yang digelar Seagulls itu.

Liverpool kelihatan tenang dan seolah olah tiada apa yang berlaku. Kerana mereka tahu cara bermain bola sepak ketika ketinggalan. Sama seperti Brentford yang tenang ketika ketinggalan di tangan lawan mereka pada masa kecederaan.

Mohamed Salah yang berpuasa dilihat beberapa kali hampir mencetak gol namun tidak berjaya.

Akhirnya pada minit ke-27, pemain yang sebelum ini di mana pemain yang ayah dia kata dia mahu sertai Real Madrid lepas ni, menyamakan kedudukan di Anfield pada minit ke-27.

Diaz dengan baik menyudahkan peluang di dalam kotak penalti untuk memastikan The Reds masuk ke ruang persalinan dengan kedudukan 1-1.

Pada separuh masa kedua, Liverpool meningkatkan lagi tempo permainan dan akhirnya mendahului menerusi Mo Salah yang terus menjadikan Brighton ibarat stok geli gelinya.

Liverpool kemudian menambah gol menerusi Luis Diaz. Namun dibatalkan kerana ofsaid walaupun Jurgen Klopp agak kurang setuju. Tapi apa boleh buat.

Tiada tambahan gol lagi selepas itu. Dengan kedua dua pasukan berpuas hati dengan keputusan 2-1. Brighton pun ok ok saja kalah 2-1 kerana mereka tahu mereka boleh kalah lagi teruk kalau Liverpool lebih serius dalam urusan mereka.

Liverpool kini menunggu aksi di antara Man City dan Arsenal. Jika keputusan seri bermakna mereka akan kekal di atas. Jika Arsenal menang, Arsenal naik balik. Jika City menang, untuk naik ke tangga teratas harus dengan GD yang sangat besar. GD tu bukan G Dragon ye, itu goal differences atau perbezaan jaringan.

BACA:  Pemain Muda Arsenal Jadi Sanjungan Selepas Sumbat 10 Gol Belasah Liverpool 14-3