Bruno Fernandes Adalah Milner Versi Manchester United

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi sangat menarik sejak ketibaan beliau di Old Trafford. Beliau adalah missing puzzle yang dicari United selama ini.

Pemain midfield Portugis itu menyertai setan merah dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta.

Namun beliau telah membuktikan kepada United bahawa dirinya adalah lebih bernilai dari itu sejak dari perlawanan pertamanya untuk setan merah lagi.

Dalam enam penampilan terakhir bersama setan merah, Fernandes telah berjaya menyumbangkan dua gol dan tiga assist.

United juga tidak pernah terkalahkan sejak pemain berusia 25 tahun itu menyertai mereka. Ketibaan Bruno Fernandes memberi nafas serta semangat baru kepada seluruh pasukan United.

Fernandes adalah pemain midfield yang dicari United selama ini. Mempunyai konsistensi dalam melancarkan serangan serta memiliki keyakinan dan kualiti yang luar biasa hebat.

Beliau adalah antara pemain paling digemari di United sekarang. Fernandes memiliki segalanya untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dalam kancah Liga Perdana.

Menurut satu laporan baru di The Sun, para pemain setan merah sering bergurau bersama Fernandes dengan mengatakan pemain itu adalah James Milner versi Manchester.

Milner terkenal dengan sikap yang tidak masuk akalnya. Beliau didalam padang seperti seorang yang tidak memiliki jantung dan mampu berlari sepanjang 90 minit tanpa henti.

Milner adalah jenis pemain yang semua orang mahu bermain bersamanya. Dengan pengalaman yang dimiliki, menunjukkan beliau sememangnya hebat.

Seperti mana pelik dan anehnya sikap seorang Milner begitu jugalah sikap Fernandes. Ketika beliau tiba di U.K, cuaca pada waktu itu hujan dengan suhu yang sangat sejuk.

Pihak pengurusan United memberikan Fernandes sarung tangan serta jaket untuk membendung beliau dari kesejukkan, tetapi Fernandes menolak semua pemberian itu dan meneruskan perjalanan dengan bersahaja seolah tidak sedikit pon merasakan kesejukkan ketika itu.

Laporan itu turut menambah bahawa Fernandes berkata dia mahu menyesuaikan diri dengan cuaca British secepat mungkin selepas menghabiskan tiga tahun terakhir bermain di Portugal.

Jadi kemungkinan besar para peminat setan merah bakal melihat pemain bintang baru mereka akan berlari di atas padang dengan suasana sejuk tanpa memakai jersi lengan panjang dan sarung tangan.

“Fernandes telah melakukannya ketika sesi latihan, angin bertiup dengan kuat dan cuaca sangat sejuk, tetapi pemain baru dari Portugis itu langsung tidak terjejas dan menyebabkan kami semua malu.”

Kata salah seorang pemain United kepada The Sun.

“Dia adalah Milner versi setan merah, tiada dakwa dakwi lagi, dia akan keluar dengan tidak mempedulikan apa jua keadaan cuaca ketika itu.”

“Kami sering bergurau dengan mengatakan bahawa beliau sudah kehilangan kulitnya.”

Siapa tahu, mungkin kita akan melihat akaun Twitter ‘Boring Bruno Fernandes’ muncul tidak lama lagi jika benar dakwaan pemain United mengatakan beliau sama seperti Milner.

Namun jika dilihat, Milner telah memperoleh banyak kejayaan bersama pasukan Liverpool sejak berpindah dari Manchester City pada tahun 2015 lalu.

Jika Fernandes mampu mengikut jejak Milner dengan membantu setan merah memenangi beberapa Piala, maka beliau pasti 100% membuktikan nilai yang dibayar United untuk mendapatkannya berbaloi.

BACA:  "Macam Bapa Marah Anak" - Peminat Terhibur Lihat Aksi Milner Heret Elliott