Bruno Fernandes Hanya Perlukan 5 Perlawanan Untuk Berada Di Dalam Senarai Anugerah BBC

Hanya beraksi di dalam lima perlawanan, dan Bruno Fernandes sudah melayakkan diri berada di dalam senarai BBC Premier League Team of the Season.

Manchester United membayar £47 juta untuk mengesahkan khidmat pemain Portugal itu pada Januari dan segera memberikan impak positif kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer.

Selepas pemain tersebut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Premier League bagi bulan Februari, BBC turut menyenaraikan pemain itu di dalam kesebelasan terbaik mereka bersama-sama Jordan Henderson dan Kevin de Bruyne,

Henderson disertai oleh ramai rakan sepasukan yang lain dari Liverpool seperti Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Andy Robertson, Sadio Mane dan juga Mo Salah.

Pemain pertahanan tengah Leicester City, Çağlar Söyüncü turut tersenarai selepas menyertai The Fox sebagai pengganti Harry Maguire yang menyertai United pada awal musim.

Di bahagian serangan, penyerang Argentina Sergio Aguero turut berada di dalam senarai selepas menjaringkan 16 gol dari 22 perlawnanan untuk Manchester City.

Agak menarik apabila bintang yang baru beraksi beberapa minggu di EPL, Bruno Fernandes juga berjaya memecah masuk dalam senarai XI Terbaik musim ini.

Fernandes belum lagi berhadapan dengan kekalahan sejak menyertai Man United dan mentaliti elitnya mencuri perhatian rakan sepasukan barunya di Old Trafford.

Hanya selepas lulus ujian perubatan dan setelah selesai menandatangani kontrak, Fernandes dikatakan telah menemui Solksjaer untuk kebenaran terus menyertai latihan.

BACA:  Pochettino: Spurs Perlukan Masa 4 Tahun Lagi Untuk Bina Mentaliti Juara