Ada yang memuji dan ada yang menghentam Bruno Fernandes kerana melepaskan peluang untuk menjaringkan hatrik pertama beliau bersama Manchester United selepas menghantar bola kepada Edison Cavani.
Hantaran daripada Bruno Fernandes itu membolehkan Edison Cavani menjaringkan gol pertamanya buat Manchester United dan buku rekod jaringan sudah tercatit satu gol.
Sudah pasti bonus sedap menanti Bruno Fernandes jika berjaya mencetak hatrik dan Ole Gunnar Solskjaer sudah pasti belanja Bruno makan cendol tanda terima kasih.
Namun semua itu telah dipersetankan oleh Bruno Fernandes dan beliau tampil memberi penjelesan kenapa menolak hatrik untuk Edison Cavani menjaring.
How can you not think Bruno Fernandes is the best player in the team? He could have had his hattrick but decided to assist Cavani to boost his confidencepic.twitter.com/P0BBRDtrAx
— Mohamad. (@UtdMohamad) November 7, 2020
Pengorbanan dilakukan oleh Bruno Fernandes kerana mahu Cavani meraih kembali keyakinan dengan gol pertama dan semua ini demi lencana di dada.
Ketika bercakap kepada BBC Bruno Fernandes tampil memberi penjelasan.
“Tujuan utama adalah untuk menang perlawanan.”
“Untuk seorang penyerang sangat penting untuk menjaringkan gol untuk keyakinan. Cavani akan menjadi pemain penting untuk kami dan gol pertama akan memberi beliau keyakinan.”
“Aku tak perlu fikir pasal hatrik, aku perlu fikirkan masa depan.”
Bruno Fernandes: “I don't need to think about a hat-trick.
"[I set up Edinson Cavani because] for a striker it is important to score for his confidence, he will be important for us and the first goal will give him confidence." [BBC]— The Man Utd Way (@TheManUtdWay) November 7, 2020
Bruno Fernandes melepaskan kegemilangan peribadi demi masa depan kelab dan penting untuk Cavani menjaringkan gol pertama untuk mengahadapi perlawanan mendatang.
“Setiap perlawanan adalah penting, kami tidak bagus di liga jadi tiga mata ini sangat penting.”
“Banyak lagi perlawanan kami perlu lalui jadi secara perlahan kami akan mengejar kedudukan teratas. Kami bukan pasukan terbaik ketika ini dan kami bukan lagi pasukan teruk selepas menentang Istanbul.”
“Kami akan bertambah baik jika kami melakukan perkara yang betul.”
Bruno Fernandes' goals and his assist to Edison Cavani were crucial to Manchester United's much-needed win 💪 pic.twitter.com/VG147fblFJ
— ClutchPoints Soccer (@FootballOnCP) November 7, 2020
Benar apa yang dikatakan oleh Bruno Fernandes ini, jika Cavani meneruskan rentak jaringan gol selepas ini maka Manchester United akan bertambah baik.
Sama seperti Timo Werner yang mula bermula perlahan namun selepas menjaringkan gol pertama, beliau tidak menoleh ke belakang lagi untuk menjadi terus tajam di depan gol.
Namun jika para pemain Manchester United tidak bermain dengan membuat hantaran silang kepada Cavani dan bermain secara solo untuk mencari gol maka Cavani tidak perlu ada di padang.