Camavinga Dedah Alasan Mengapa Beliau Memilih Madrid

Eduardo Camavinga telah mendedahkan tentang mengapa beliau menolak tawaran Manchester United dan memilih untuk menunggu tawaran dari Real Madrid.

Secara keseluruhannya, Manchester United telah melalui jendela perpindahan musim panas yang sungguh menakjubkan.

Mereka berjaya melengkapkan perpindahan pemain sasaran utama Jadon Sancho dan Raphael Varane dengan yuran perpindahan yang sangat berbaloi.

United juga turut berjaya untuk mendapatkan semula legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Man Utd sebenarnya masih dalam usaha mereka untuk mencari seorang pemain di posisi defensive midfielder dengan pengurus kelab sebelum ini mahu menyelesaikan masalah tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup.

Jentera serangan United tidak dinafikan sangat bagus namun posisi defensive midfielder mereka sememangnya bermasalah dan kerana itulah kelab mahu segera menyelesaikan masalah tersebut.

Salah seorang pemain yang berjaya menarik minat Manchester United adalah Camavinga, dengan kelab dilaporkan sudah berusaha untuk mendapatkan bintang Rennes itu.

Walau bagaimanapun, Camavinga sepertinya tidak mahu meninggalkan Rennes dan menolak tawaran dari Manchester United.

Namun begitu, pada hari terakhir jendela perpindahan dibuka, beliau akhirnya memutuskan untuk menandatangani perjanjian bersama Real Madrid.

Pemain berusia 18 tahun itu mendedahkan yang keputusan tersebut bukan satu pilihan untuknya kerana beliau sememangnya berimpian untuk beraksi bersama Real Madrid sebelum ini.

“Jujurnya, faktor utama bukanlah kerana duit, ia sebenarnya satu kebanggaan untuk dapat penuhi impian saya sejak kecil lagi.”

Jelas pemain kebangsaan Perancis itu.

“Ketika saya dapat tahu yang saya boleh tandatangani perjanjian dengan Real Madrid, saya langsung tak fikirkan tentangnya.”

Bercakap soal masa depannya, pemain muda itu turut menyatakan bahawa:

“Faktor utama bagi saya adalah kebanggaan saya dapat memenuhi impian bermain bersama Real Madrid, beraksi bersama pemain bola sepak yang akan banyak beri tunjuk ajar pada saya.”

Real Madrid pada minggu akhir sebelum jendela perpindahan ditutup turut berusaha untuk mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris Saint Germain, namun usaha mereka menemui kegagalan.

Gergasi Ligue 1 itu juga sebelum ini turut dikaitkan dengan bakal menandatangani Camavinga ketika kontrak pemain muda itu bersama Rennes hampir tamat.

Walau bagaimanapun, Real Madrid lebih pantas menyambar pemain muda itu dari ditandatangani oleh Paris Saint Germain dan Manchester United.

Tidak dinafikan pembelian Camavinga merupakan satu tindakan yang bijak kerana Real Madrid boleh menggunakan khidmat pemain tersebut dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Camavinga dedah alasannya memilih Madrid

Masalah United pada awal musim ini menjadi semakin berat selepas mereka kehilangan Scott McTominay yang terpaksa direhatkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Dek kerana McTominay terpaksa direhatkan, United terpaksa menggunakan khidmat Fred di posisi tersebut, namun pemain kebangsaan Brazil itu tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Aksi Fred dalam dua perlawanan terakhir ini telah mengundang kecaman yang teruk dari para peminat dengan Ole sepertinya perlu merancang perancangan baru untuk aksi bertemu Newcastle nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Cuba Sailang Camavinga Dari Sertai Manchester United