Liverpool Cuba Sailang Camavinga Dari Sertai Manchester United

Manchester United dan Liverpool ketika ini sedang berebut untuk mendapatkan wonderkid Perancis, Eduardo Camavinga dari Rennes pada musim panas ini.

Pemain berusia 18 tahun dianggap sebagai salah seorang bakat muda terhebat dunia pada ketika ini dengan beliau telah berjaya menarik minat kelab-kelab gergasi Eropah.

Walau bagaimanapun, Manchester United dikatakan sebagai pasukan paling berpotensi untuk menandatangani bintang muda itu berbanding pasukan lain yang berhasrat untuk menandatanganinya.

Namun begitu, terdapat laporan dari Anfield Central yang menyatakan bahawa Liverpool sedang dalam usaha mereka untuk menyailang United dari menandatangani bintang muda itu.

Liverpool dilaporkan sudah menghubungi wakil kepada Camavinga, Jonathan Barnett berkait urusan perpindahan melibatkan bakat muda terhebat dunia itu.

Eduardo Camavinga merupakan pemain paling muda yang dipanggil untuk menyertai skuad senior Perancis sejak 1932.

Laporan tersebut juga mendakwa yang Liverpool sudah lama melakukan rundingan bersama Barnett menerusi panggilan telefon dan mereka benar-benar bertekad untuk membawa masuk pemain muda itu pada musim panas ini.

Barnett baru-baru ini telah mendedahkan bagaimana Camavinga menerima pelbagai tawaran yang menarik dari pelbagai kelab gergasi Eropah.

Beliau turut memberi bayangan yang Camavinga berkemungkinan besar akan melengkapkan perpindahannya pada musim panas ini.

“Percaya saya, kami sudah terima banyak tawaran pada tahun ini, banyak sangat tawaran, dan semua tawaran itu bagus-bagus belaka.”

Jelas beliau kepada Goal pada Mei lalu.

“Saya maksudkan besar, pasukan besar. Kami tak mahu terburu-buru. Masih ada masa untuk dipertimbangkan dan minit permainan merupakan satu hal yang sangat penting di usia dia.”

Dianggap sebagai ‘The Next Big Thing’ dalam dunia bola sepak, Camavinga merupakan salah seorang pemain defensive midfielder yang paling dikehendaki oleh kebanyakan kelab pada ketika ini.

Mula mencipta nama dalam dunia bola sepak di usia 16 tahun ketika beraksi bertemu Paris Saint Germain pada tahun 2019, Camavinga merupakan pemain terbaik ketika membantu Rennes menewaskan gergasi Ligue 1 itu di Parc des Princes.

Camavinga merupakan pemain termuda yang dipanggil sertai skuad senior Perancis sejak 1932

Selain barisan defensive midfielder terhebat dunia seperti N’Golo Kante, Fabinho dan Casemiro, Camavinga dianggap sebagai salah seorang dari yang terhebat di dunia.

Beliau mencatatkan purata 2.8 tackle dan 0.7 interception dalam setiap perlawanan dan ia membuktikan Camavinga sememangnya bakat terhebat dalam dunia bola sepak masa kini.

Ekoran dari persembahan mantap yang beliau pamerkan, tidak mengejutkan untuk melihat Manchester United dan Liverpool berebut untuk mendapatkan bakat muda itu.

Menariknya lagi, beliau ketika ini hanya berbaki satu tahun sahaja lagi dengan kelabnya dan beliau boleh dilepaskan dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta pada jendela perpindahan musim panas ini.

Jadi isu perpindahan berkait Camavinga sememangnya sangat menarik untuk diperdebatkan, memandangkan dua gergasi Premier League sedang berebut untuk mendapatkan khidmatnya.

Mampukah Liverpool untuk sailang Camavinga dari ditandatangani oleh Manchester United? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SB

BACA:  Camavinga Dedah Alasan Mengapa Beliau Memilih Madrid