Manchester Derby sekali lagi berlangsung antara dua pasukan bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City dan kali ini perlawanan berlangsung di separuh akhir Carabao Cup atau Piala Liga.
Ini merupakan Manchester Derby pertama bagi tahun 2020, di saingan Premier League Disember lalu Manchester Derby berlangsung dalam satu perlawanan yang tidak menarik dan membosankan tanp a sebarang jaringan.
Pemenang perlawanan ini akan bertemu Tottenham Hotspur yang sudah mengesahkan kemaraan selepas mudah menewaskan Brentford dengan jaringan dua gol tanpa balas.
3 – The home team has ended on the winning side in just three of the last 14 matches between Manchester United and Manchester City in all competitions (D3 L8). Oddity. pic.twitter.com/tcmZAhHs39
— OptaJoe (@OptaJoe) January 6, 2021
Tidak seperti kebiasaan, separuh akhir Carabao Cup kali ini dimainkan dengan perlawanan tunggal dan tiada timbal balik seperti sebelum ini.
Old Trefford menjadi gelanggang perlawanan ini dan pada dasarnya sudah pasti memberi kelebihan kepada Setan Merah namun mereka mempunyai rekod tidak cantik di laman sendiri.
Minit kedua menyaksikan Manchester United sudah di depan apabila rembatan Marcus Rashford berjaya dihadang Zack Steffen dan tertampan John Stones untuk gol sendiri.
The last five winners of the League Cup:
◥ Manchester City
◥ Manchester United
◥ Manchester City
◥ Manchester City
◥ Manchester CityOnly one can make it through tonight. 👀
Download the @sbk app. 👇
18+ only | Ts&Cs | https://t.co/Z7VZzukTlz | #Ad
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Namun jaringan tersebut dibatalkan kerana Rashford yang lebih awal berada dalam kedudukan offside.
Tidak lama kemudian Ilkay Gundogan pula memecahkan kebuntuan dengan satu tolakan serba ringkas namun juga dibatalkan kerana offside selepas menerima hantaran Phil Foden.
Kurang 5 minat dua gol dijaringkan dan dibatalkan kerana offside.
2 – Manchester City have lost just two of their 23 League Cup matches under Pep Guardiola (W17 D4), though both defeats have come versus Manchester United (in 2016 and 2020). Nemesis. pic.twitter.com/TOBH7PXfjw
— OptaJoe (@OptaJoe) January 6, 2021
Pada minit ke-12 rembatan deras amat daripada Kevin De Bruyne telah menggegarkan palang ketika Dean Henderson melakukan layangan badan yang lambat.
Berdentum bunyi menghinggap tiang di stadium yang kosong.
Selepas itu perlawanan menjadi perlahan yang bertukar menjadi bosan seperti Derby yang lalu dan permainan banyak berlegar-legar kesana kesini dan kesitu tanpa arah tujuan.
Manchester City have had just one shot in the opening 30 minutes against Manchester United.
Kevin De Bruyne rattled the post. pic.twitter.com/VDlYLMy5ie
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Paa minit ke-31, Marcus Rashford memsia-siakan peluang terbaik dari satu hantaran lambung apabila gagal mengawal kemas bola yang diterima.
Pep Guardiola menggeleng-geleng kepada sebelum tamat separuh masa pertama mungkin kerana tidak percaya dengan aksi para pemainnya.
Tempoh 15 minit pertama sangat menghiburkan sebelum menjadi bosan yang amat dengan 5 sahaja percubaan terhasil dua untuk City dan tiga untuk Setan Merah.
Raheem Sterling for Man City in the first half against Man Utd:
◉ Most tackles (3)
◉ Most fouls won (2)
◉= Most chances created (1)Putting the work in. pic.twitter.com/G9UCx3Hynd
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Dan hanya satu sahaja percubaan tepat terhasil dari Manchester United. Kau bayang sendiri la dia punya sendu.
Lima minit permainan bersambung, John Stones menjaringkan gol pembukaan dan meletakkan Manchester City di hadapan dengan satu tolakan dengan peha.
Gol pertama John Stones selepas 1162 hari untuk Manchester City dan kali terakhir Stones menjaringkan gol pada November 2017 di Champions League.
1162 – John Stones has scored his first goal for Manchester City in 1162 days, with his previous one coming against Napoli in November 2017 in the Champions League. Unlikely. pic.twitter.com/ouCe7zFGHJ
— OptaJoe (@OptaJoe) January 6, 2021
Selepas itu City terus garang nau, rembatan Joao Cancello pula menyusul nanum sedikit melewati palang.
Kemudian Raheem Sterling pula datang dengan satu tandukan yang memaksa Dean Henderson terbang menolak bola keluar ketika hampir menerjah gawang.
Boia jelas terkena tangan pemain Manchester City dalam kotak penalti dan tiada hadiah daripada pengadil dan tiada juga rujukan kepada VAR.
After 75 minutes, Bruno Fernandes is the only Manchester United player to have a shot on target against Manchester City (2).
15 minutes left to find an equaliser. pic.twitter.com/ubTbqrV0ht
— Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021
Manchester City datang lagi kali ini melalui satu rembatan kaki kiri Riyad Mahrez yang menyaksikan Dean Henderson cemerlang menepis.
Berbaki 20 minit permainan, Manchester City mengendurkan nafsunya dan Setan Merah mula menyerang namun kelaut semua percubaan.
Jaringan kedua Manchester City daripada rembatan leret luar kotak daripada Fernandinho telah mematikan segala semangat kebangkitan Setan Merah.
3 – Manchester United have been eliminated from three of their last four semi-final ties in the League Cup, having progressed from eight of nine before that. Dumped. pic.twitter.com/kmvyXrouZC
— OptaJoe (@OptaJoe) January 6, 2021
Ole Gunnar Solskjaer mati kutu di luar padang dan anak-anak buahnya pula terus buntu di dalam padang seperti kehilangan arah tidak tahu apa nak dilakukan.
Pertukaran yang dilakukan oleh Ole tidak mendatangkan sebarang impak apatah lagi memberi hasil.
Manchester City mara ke final buat kali keempat berturut-turut dan akan bertemu Spurs bagi mengekalkan kejuaraan.
Manchester United: Henderson, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Fred, McTominay, Pogba, Fernandes, Martial, Rashford.
Subs: De Gea, Telles, Bailly, Tuanzebe, James, Mata, Matic, Van de Beek, Greenwood.
Manchester City: Steffen, Cancelo, Stones, Dias, Zinchenko, Fernandinho, Gundogan, De Bruyne, Mahrez, Foden, Sterling.
Subs: Trafford, Walker, Jesus, Aguero, Rodrigo, Mendy, Nmecha, Harwood-Bellis, Mbete.