Bekas pemain Manchester United dan Manchester City, Carlos Tevez, kini bergelar pengurus pasukan bola sepak secara rasminya selepas sah mengikat kontrak bersama pasukan Rosario Central.
Tevez yang kini berusia 38 tahun, telah diikat dengan kontrak selama setahun bersama kelab yang bertanding di Primera Division Argentina – divisyen tertinggi dalam kancah bola sepak negara tersebut.
🏟️⚽ ¡Comenzó el ciclo del Apache en Central!
Carlos Tevez dirige su primer entrenamiento en el predio de Arroyo Seco#VamosCanalla 💪🏼🇺🇦 pic.twitter.com/4CSVOrJKKD
— Rosario Central (@RosarioCentral) June 21, 2022
Rosario kini berada di tangga ke-22 di dalam liga yang mempunyai 28 pasukan selepas mengharungi empat perlawanan fasa kedua musim ini.
Pada awal bulan ini, Tevez mengumumkan bahawa dia sudah menggantung but kerana kehilangan ayah angkatnya yang meninggal dunia pada bulan Februari 2021. Segundo Raimundo meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada jangkitan Covid-19.
Tevez berkata, kalau nak ikutkan dia masih mampu bermain bola sepak di Amerika Syarikat tetapi telah mengambil keputusan untuk menamatkan karier selama 20 tahunnya dalam pentas bola sepak professional.
“Aku dah bersara. Rasmi sudah,” ujarnya seperti yang dipetik daripada Munco Albiceleste.
“Mereka tawarkan aku dengan banyak benda, termasuk dari Amerika Syarikat. Tapi cukup lah, aku dah bagi semuanya.
“Bermain pada tahun lepas sangat-sangat sukar tapi aku dapat jumpa ayah aku. Aku berhenti bermain sebab aku dah hilang peminat nombor satu aku.”
Idea untuk menjadi jurulatih ini sebenarnya sudah lama bermain di benak Tevez dan segalanya dirancang dengan serius sejak lima bulan lalu.
“Aku rasa teruja sangat untuk projek yang aku jalankan ni bersama-sama saudara ku dan Chapa Retegui,” ujarnya dalam satu siri bual bicara di Argentina.
“Kemudian, aku putuskan yang aku nak jadi jurulatih.
“Kitorang dah berbincang selama empat atau lima bulan dan hasilkan satu projek bertaraf global yang bagus. Memang aku tak sabar ni.”
Nama Retegui, pembantu Tevez di Rosario, mungkin tidak dikenali di serata dunia tetapi di Argentina, dia adalah legenda hoki!
📝😄 ¡Carlos Tévez es el DT de #RosarioCentral!
El Apache se convirtió en el nuevo entrenador auriazul, tras firmar contrato con el Club por 12 meses. Carlos "el Chapa" Retegui, será integrante de su cuerpo técnico.#VamosCanalla 💪🏼🇺🇦 pic.twitter.com/5APtaJjtiX
— Rosario Central (@RosarioCentral) June 21, 2022
Chapa mewakili negaranya selama 17 tahun dari 1989 sehingga 2006, dan memenangi pingat emas Sukan Pan-American dalam edisi 1991 di Havana, 1995 di Mar del Plata dan 2003 di Santo Domingo.
Sebagai jurulatih, Chapa telah menjadikan pasukan hoki wanita Argentina sebagai pasukan yang digeruni di mana mereka telah memenangi Trofi Juara-Juara pada tahun 2009 dan juga Piala Dunia 2014, selain dua pingat perak di Sukan Olilmpik.
Selaku jurulatih pasukan hoki lelaki pula, Chapa telah membawa pulang pingat emas dalam Sukan Sea 2016 di Rio, Brazil. Rekodnya sebagai jurulatih hoki sangatlah cemerlang tetapi itu bukan satu rekod yang boleh dibawa dengan mudah ke bola sepak, terutamanya dalam situasi genting di Rosario Central sekarang ini.
Pasukan yang bergelar La Canalla itu pada awal musim ini telah menamatkan saingan Copa Liga Profesional di tangga terbawah Kumpulan 2, dengan hanya empat kemenangan daripada 14 perlawanan.
Mereka memulakan saingan Liga Profesional juga dengan paten yang sama, memecat Leonardo Somoza selepas dua perlawanan yang tidak menang, sebelum jurulatih interim German Rivarola membawa keluar seketika kelab tersebut daripada kemendapan dengan kemenangan 1-0 ke atas Godoy Cruz. Gol yang dijaringkan – menerusi sepakan penalti daripada penjaga gol, Gaspar Servio.
Servio adalah salah seorang yang teruja dengan kedatangan Carloz Tevez ke Rosario Central kerana menyebabkan kelab ini kembali menjadi tajuk utama berita.
“Hari pertama selepas khabar angin bermula meningkatkan aku kepada ketibaan Diego Maradon di Dorados,” ujar penjaga gol yang pernah bermain di bawah kendalian mendiang di kelab Mexico.
“Mempunyai seorang bintang seperti Tevez membuatkan semuanya menjadi meriah, aku beritahu kepada pemain lain yang diorang perlu enjoy dan cuba untuk belajar sesuatu.”
Pelantikan Tevez dan Retegui ni sebenarnya tidak berapa disukai oleh para penyokong kelab kerana tidak berapa berlandaskan bola sepak.
Jose Vazquez, ketua Organisasi Canalla untuk Amerika Latin – kumpulan penyokong jenis komando kelab Rosario Central berkata,”Aku ada kawan Canalla yang tanya aku untuk hapuskan diorang sebab diorang akan buat kalau Tevez jadi jurulatih kami.”
“Perasaan aku sekarang ni macam dah jual, aku dah tak ada jiwa, tapi pada masa yang sama aku mula rasakan mungkin ini yang puak Aztec dan Inca rasa apabila dijajah oleh Sepanyol, yang datang dengan jambang berwarna. Rasa lemah je badan.”
Kalau nak ikutkan, bagus dah gabungan Tevez dan Retegui ni. Seorang pemain hoki, seorang lagi pemain golf.