Casual Arsenal Bakar Bunga Api Di Sebelah Hotel Pemain City, Malangnya Orang Tak Sampai Lagi

Satu video telah tular di mana penyokong Arsenal telah membakar bunga api berdekatan dengan hotel yang dipercayai tempat penginapan pemain Man City.

Mereka membakar bunga api itu pada 2 pagi. Dengan harapan dapat mengganggu pendaftaran penginapan atau mengganggu tidur pemain pemain Man City.

Aksi tersebut menarik perhatian ramai peminat Arsenal lain yang tergelak gelak gembira melayan sabotaj tersebut.

Man City akan berdepan Spurs. Dan mereka berkunjung ke London. Jika Man City keciciran mata, Arsenal berpeluang besar untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musi  ini.

Jika Man City seri dengan Tottenham Hotspur, kedua dua pasukan akan terikat dengan 86 mata. Arsenal ada kelebihan dari segi kiraan perbezaan jaringan menuju ke perlawanan terakhir musim ini.

Jika Man City kalah, Arsenal pastinya akan menentukan kejuaraan dengan lebih mudah pada hari terakhir EPL.

Arsenal sudah lama kemarau EPL. Kali terakhir mereka memenanginya adalah 20 tahun lalu pada 2004.

Kini skuad Mikel Arteta sudah sedia menamatkan kemarau itu walaupun sebelum ini Antony pernah cuba menghalang mereka hanya dengan memberikan pandangan bengis.

Peminat yang mendakwa mereka hooligan dan casual Arsenal, telah melakukan apa sahaja dengan The Gunners. Termasuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli dan membakar bunga api di sebelah hotel Marriot.

Namun malang sekali, pemain pemain Manchester rupa rupanya masih belum menginap di situ. Mereka masih belum sampai.

Yang ada hanyalah orang lain. Gangguan tersebut telah membuatkan penginap di hotel itu terganggu tidur mereka. Bukannya pemain  City.

Pemain Manchester City hanya pergi terbang ke London pada pagi tersebut kata City Xtra.

City Xtra menulis: “Berikutan tindakan penyokong penyokong Arsenal cuba untuk membatalkan tempahan hotel, bunga api telah dibakar di luar hotel ‘pasukan Man City’.

“Dan penggera kebakaran telah dimatikan di hotel yang disangka tempat pemain lawan menginap,

“Pasukan Man City sebaliknya baru je nak berlepas dari lapangan terbang Manchester.”

Tindakan itu benar benar memalukan seluruh komuniti Arsenal yang harmorni. Hanya dengan kejuaraan EPL sahaja akan dapat menutup aib ini

BACA:  "Dah Jadi Bakal Juara Ke?" - Ayah Haaland Menganjing Arsenal Selepas Menang Community Shield