Cavani Penuh Dedikasi Menghadiahkan Jari Tengah Kepada Penyokong Manchester United

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani dirakan telah memaki hamun peminat di depan kamera selepas pasukannya tewas kepada Crystal Palace di Selhurst Park.

Prestasi suram ayahanda gegenpressing kebangsaan Jerman, Datuk Paduka Ralf Rangnick beterusan.

Rekod tidak menentu Rangnick mengendalikan United berakhir dengan kekalahan apabila jaringan bekas pemain Manchester United Wilfried Zaha menyebabkan kekalahan United.

Manchester United sekali lagi kalah dalam perlawanan yang tidak ada Ronaldo dalam kesebelasan utama. Tu pun ada penyokong mereka – segelintir la – yang cakap Ronaldo ni beban. Tak pepasal Ronaldo terpalit sekali tak pegang piala musim ni.

Pemain muda Hannibal Mejbri diberi permulaan dalam kesebelasan utama selepas penampilan cemerlangnya membantai kaki pemain Liverpool di Anfield bulan lepas mendapat pujian daripada peminat dan pakar.

Kali ini Mujibur membantai kaki Zaha. Dan sekali lagi dia diberikan pujian.

Sean berkata: “Ni yang kita tak ada kat United (pemain bantai kaki orang).. ada beberapa orang lagi macam ni kita perlukan,” kata beliau terlupa bahawa mereka sudah ada Scott McTominay yang suka melakukan bentesan tanpa akal seperti itu.

Selepas tamat perlawanan, para penyokong Man United menunggu pemain berkelas dunia mereka di luar stadium. Entah macamana, tiba tiba Cavani menjadi bengang dan memaki hamun seorang penyokong dan memberikannya jari tengah.

Ianya mengingatkan kita kepada peristiwwa Surti yang diacungkan jari tengah oleh Tejo pada satu ketika dulu.

Kisah dia macam ni:

Surti remaja anak bapak kades
Dan si tejo jejaka baru aja mudik
Berdua saling mencinta sejak lulus sd
Hingga kini beranjak gede
Surti sumringah arjunanya pulang
Tiga tahun berpisah nyari dana di kota
Mereka melepas rindu di pematang sawah
Hingga malam selimuti desa
Jemari tejo mulai piknik dari wajah sampai lutut surti
Tanpa sadar sarung merekapun jadi alas
Mirip demo memasak
Tejo mulai berakting di depan surti
Masang alat kontrasepsi
Surti menjerit serentak menutup matanya
Surti menangis kecewa arjuna berubah
Hilang tejo yang dulu ngampung dekil lugu tapi Surti suka
Berganti tejo yang gaul yang funky yang doyan ngucapin
Pam pam pam pam cuap
Surti berlari kayak kesurupan
Dan si tejo ngelamun menahan konaknya
Diacungkan jari tengah ke arah surti
Penuh dendam dia bilang
F* you
Surti menangis
Surti kecewa
Diacungkan jari tengah ke arah surti
Penuh dendam dia bilang
F* you (surti f* you)

Baiklah, sambung kisah Cavani.

Cavani yang tidak berpuas hati berjalan melepasi penyokong dan setelah diejek oleh mereka, pemain Uruguay itu bertindak balas dengan mengacungkan jari tengahnya ke arah mereka.

Dia melakukannya sekali lagi sambil melangkah ke masuk ke dalam bas.

Tidak jelas peminat yang mana satu yang mengejek Cavani atau apa kata-kata yang membuatkan Cavani koyak. Kerana dia memang seorang profesional sejati.

Dia sangat disayangi peminat walau di mana sahaja dia bermain. Ini termasuk di Manchester United.

Namun kali ini dia bengang. Mungkin ada yang mengejek Man United 0 perbezaan jaringan agaknya. Lepas tu menamatkan saingan di tangga keenam walaupun pemain gaji mahal mahal.

Pemain berusia 35 tahun itu mengharungi musim panas di kelab itu, membuat hanya 15 penampilan dalam liga kerana masalah kecergasan yang berterusan. Hanya dua gol dengan namanya dalam kempen kali ini, jauh berbeza daripada 17 gol yang dijaringkan semasa musim pertamanya bersama kelab itu.

Dengan kontraknya yang akan tamat tidak lama lagi, Cavani dijangka meninggalkan kelab itu, dan kariernya di United nampaknya mempunyai pengakhiran yang pahit.

Sayang sekali Cavani tidak sempat menyertai revolusi Erik Ten Hag. Di mana Abang Do sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan menjulang EPL sekali lagi pada musim hadapan di bawah Ten Hag.

Ronaldo Laung Amaran: “EPL Tahun Depan Milik Kami”

Cristiano Ronaldo sudah tak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus baharu Man United, Erik Ten Hag.

Ten Hag baru sahaja meraikan kejayannya merangkul Eredivisie ketiganya bersama dengan Ajax. Dia diraikan para pemain dan penyokong Ajax sebagai penghargaan kepada jasannya yang membangkitkan semula pasukan itu.

Ronaldo percaya kehadiran Ten Hag akan membawa semula kejayaan untuk Manchester United menjuarai liga pada musim hadapan. Sekaligus menepis spekulasi bahawa Ronaldo mungkin akan angkat kaki meninggalkan Manchester United yang gagal ke UCL musim hadapan.

Semangat Ronaldo dan rakan rakannya kini sangat berkobar kobar. Lantas pemain antarabangsa paling kacak dalam pasukan Portugal itu mahu para penyokong Man United menyemai rasa percaya kepada pengurusu baharu itu.

Ronaldo terus melaungkan amaran kepada kelab kelab lain bahawa mereka sudah sedia menapau semula kejayaan Liga Perdana Inggeris.

Ronaldo Siuuu berkata: “Saya tahu dia sudah melakukan tugasannya dengan sangat hebat sekali di Ajax.”

Bercakap tentang kualiti Ten Hag, Ronaldo berpendapat bahawa pengurus itu seorang yang sangat berpengalaman. Namun Ronaldo mengingatkan semua pihak untuk memberikan masa kepada pengurus itu untuk menyusun atur pasukannya.

Ten Hag seorang pengurus yang dikenali dengan taktikal luar biasa yang seringkali memukau para penonton.

Ronaldo pula bintang yang masih memiliki ketajaman luar biasa. Pada usianya 37 tahun Ronaldo masih menjadi penjaring prolifik di EPL malah masih penjaring utama dalam Manchester United.

“Dia juga seorang pengurus yang berpengalaman, namun dalam pada masa yang sama kita harus memberikan dia masa.”

“Ada beberapa perkara harus berubah mengikut kehendak kita. Jika kamu melakukannya dengan baik, semua kejayaan adalah milik Manchester United, jadi saya doakan yang terbaik.”

“Kita semua teruja dan gembira, bukan sahaja pemain, namun penyokong juga sama. Kita semua harus percaya bahawa tahun depan kita dapat menjadi juara [Liga Perdana Inggeris],” kata Ronaldo kepada Manunited.com.

Manchester United menamatkan musim ini di luar 4 teratas. Namun berjaya juga menikmati kejayaan melihat Liverpool gagal menjuarai EPL. Dan terhibur sepanjang hari.

Namun harus diingat, tanpa aksi UCL musim hadapan akan membolehkan United lebih fokus kepada misi utama mereka iaitu menjuarai EPL sekali lagi. Kali terakhir mereka memenangi EPL adalah 9 tahun lalu di bawah kendalian Sir Alex Ferguson. Lama sangat kan? Itu yang mereka sampai lupa tentang prosedur membina platform di stadium pesaing kejuaraan pada hari terakhir.

Selain itu, musim ini Manchester United menamatkan musim tanpa sebarang piala untuk musim kelima berturut turut walaupun sudah memiliki nama nama besar dalam pasukan mereka termasuk penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, penmain sayap terbaik dunia, Jadon Sancho, penjaga gol terbaik dunia, David De Gea, bek tengah terbaik dunia Raphael Varane dan bek tengah kesayangan dunia, Harry Maguire.

Tidak cukup dengan itu Manchester United turut dilatih profesor dalam bidang gegenpressing iaitu Ralf Rangnick yang dikatakan menjadi guru kepada Klopp dan Tuchel.

Rangnick sendiri pernah mengklaim bahawa kekuatan Liverpool sekarang ini antara sebabnya adalah dia. Rangnick menegaskan bahawa ramai bekas pemainnya yang digunakan Klopp dalam kejayaannya di England. Itulah kehebatan Rangnick yang tidak begitu diceritakan orang lain kecuali dirinya sendiri.

Adakah pasukan lain sudah bersedia melihat kebangkitan semula Manchester United? Dan bersedia melihat Harry Maguire menjulang trofi EPL?

Apapun tahniah kepada kelab paling power di Manchester iaitu Manchester City kerana menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekali lagi.

Itulah beza City dengan Manchester United, pemain kita eh tersasul, pemain Manchester City menghadiahkan peminat dengan piala, pemain Manchester United pula menghadiahkan penyokong dengan jari tengah. Nak repeat lagu Surti tak?

BACA:  Manchester United Umum Perubahan Di Stretford End