Cazorla Sedih Tidak Berpeluang Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat Arsenal

Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla mendedahkan kekecewannya yang tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Arsenal yang selama ini menyokong penuh beliau sepanjang bermain di Emirates.

Cazorla yang kini beraksi untuk Villareal telah kembali bermain selepas dua tahun bergelut dengan kecederaan di bahagian pergelangan kakinya. Cazorla mengalami pelbagai komplikasi dari kecederaan yang dihadapinya pada tahun 2016 sehingga memaksa beliau menjalani beberapa pembedahan.

Cazorla sedih tidak dapat bermain di Emirates untuk melambaikan salam perpisahan kepada peminat Arsenal

Cazorla juga mendedahkan beliau pernah diberitahu doktor supaya melupakan niat untuk kembali bermain bola sepak, tetapi beliau tidak mengendahkan nasihat tersebut kerana beliau yakin mampu sembuh dari kecederaan tersebut.

Bekas pemain Malaga ini akhirnya pulang ke Sepanyol untuk bermain dengan kelab lamanya iaitu Villareal selepas kontrak beliau tidak disambung Arsenal. Bagaikan satu keajaiban, Cazorla telah diturunkan dalam kesebelasan utama Villareal bagi 3 perlawanan La Liga setakat ini.

Dalam satu temu ramah panjang lebar bersama The Guardian, Cazorla mendedahkan perasaan sedihnya yang tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Arsenal. Beliau juga berkata Arsenal tidak berniat untuk menyambung kontraknya lagi.

“Tidak, Arsenal tidak mahu menyambung kontrak saya lagi. Arsenal sangat baik dan jelas dalam hal ini.”

Cazorla kembali beraksi di atas padang bersama Villareal selepas pulih dari kecederaan.

“Saya tahu mana-mana kelab yang mahu menandatangani saya mahu melihat tahap kecergasan saya terlebih dahulu. Tiada siapa yang akan memberikan anda kontrak begitu sahaja.”

“Arsenal mahu membantu saya dalam apa jua cara yang mereka mampu. Saya faham dan hormat dengan keputusan yang diambil Arsenal untuk tidak memberikan kontrak baru. Mereka yang bekerja dengan Arsenal menyukai saya. Saya amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan Arsenal selama ini dan Arsenal akan sentiasa berada dalam hati saya.”

“Hati saya bagaikan ditusuk duri kerana tidak dapat bermain di Emirates untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya mahu melakukannya di hadapan para penyokong Arsenal.”

Cazorla juga menceritakan kembali jasa besar Arsene Wenger kepadanya apabila memperbaharui kontraknya bagi musim 2017/2017. Wenger masih menawarkan kontrak kepada Cazorla walaupun mengetahui pemain tersebut mungkin tidak akan bermain dalam musim tersebut.

Cazorla diperkenalkan sebagai pemain Villareal dengan cara yang unik. Kepul-kepul asap keluar

“Arsene Wenger sentiasa menyokong saya. Beliau memperbaharui kontrak saya sebelum saya menjalani pembedahan pertama. Ia merupakan tindakan yang terpuji dari Arsene.”

“Arsene menelefon saya dan berkata, ‘Santi, saya akan berikan kamu kontrak baru selam setahun. Kamu hanya perlu tandatangan sahaja. Sekarang, kamu boleh menjalani pembedahan dengan hati yang tenang’. Saya menjalani proses rehabilisasi tanpa sebarang perasaan takut kerana Arsene Wenger. Saya akan sentiasa bersyukur dengan jasa baik Arsene.”

BACA:  Adidas Hentikan Penjualan Jersi Authentic Musim Baharu Arsenal, Penyokong The Gunners Malu