Premier League 2021/22: Manchester United 3-2 Arsenal

Perlawanan tumpuan pertengahan minggu ini sudah pasti pertemuan antara Manchester United dan Arsenal yang berlangsung di Old Trafford dengan Arteta mempunyai rekod tanpa kalah kepada Setan Merah setakat ini.

Ini merupakan perlawanan terakhir buat Michael Carrick selaku pengurus sementara selepas pengurus interim, Ralf Rangnick sudah mendapat permit kerja dan sudah boleh memulakan tugas.

Apakah kejutan yang mampu dijelmakan Michael Carrick dalam perlawanan terakhir selepas dua perlawanan awal yang agak memberangsangkan.

Arsenal bermula garang dan terus mengasak sebaik wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan Martin Atkinson dan mendapat sepakan penjuru diawal permainan.

Marcus Rashford dilihat seperti menyelamatkan Manchester United dari sepakan penjuru Arsenal pada minit pertama dan dilihat dari ulang tayang ia satu miskick mujur tak masuk gawang sendiri.

Kurang dua minit Arsenal sudah mendapat tiga sepakan penjuru, sangat garang.

Manchester United bermain dengan memulakan gerakan dari bawah namun tidak mampu merencakan serangan akibat pressing dari pemain Arsenal.

Scott McTominay dan Fred yang sepatutnya menjadi penghubung dan menerima bola dari Harry Maguire tidak membuka ruang dan hanya berada dibelakang pemain Arsenal.

Cristiano Ronaldo mendapat peluang terbaik selepas 10 minit dan mempunyai pilihan menghantar bola namun Ronaldo memilih membuat rembatan yang sangat teruk.

Emile Smith Rowe berjaya menjaringkan gol pembukaan namun tidak dikira oleh pengadil kerana David De Gea terlebih dahulu rebah. Fred ke pijak kaki De Gea?

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) tiada kecurangan dari pemain Arsenal ke atas David De Gea dan Fred yang disayangi yang memijak kaki member sendiri.

VAR mengesahkan jaringan dari Emile Smith Rowe untuk gol pembukaan perlawanan.

Terisnpirasi dengan kebodohan dan kegilaan Fred, Manchester United mula melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan.

Tugas Fred sepatutnya menghubungkan gerakan dari bawah ke bahagian serangan diputuskan begitu sahaja dan Scot McTominay turut senada dan menjadi Fred nombor 2 dalam perlawanan.

Mujur buat Manchester United apabila dilihat tidak terkesan dengan apa yang dilakukan Fred dengan gol pertama dan Arsenal apabila terus mengasak.

Akhirnya Manchester United berjaya menyamakan kedudukan dengan satu gerakan agak menarik yang sudah lama tidak dilakukan.

Fred berjaya menebus perlakuan tidak masuk akalnya apabila mencipta bantuan gol untuk Bruno Fernandes menjaringkan gol penyamaan dipenghujung perlawanan.

Separuh masa pertama Manchester United lebih mengancam dengan melakukan 8 percubaan dengan 5 percubaan tepat serta 58 peratus penguasaan permainan berbanding Arsenal hanya 5 percubaan dengan 3 percubaan tepat.

Seperti awal permainan, Arsenal memulakan babak kedua dengan garang dan mendapat sepakan penjuru, David De Gea cemerlang menyelamatkan sundulan bebas Mohamed Elneny.

Cristiano Ronaldo membalas kembali dengan satu rembatan padu yang terkena pinggang Aaron Ramsdale selepas berjaya memperdayakan pertahanan Arsenal.

Manchester United berada dihadapan hantaran Marcus Rashford berjaya disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-52.

Belum habis Ronaldo tersengih, belum habis penat bersiu dan baru saja Fred mahu berasa lega, Arsenal kembali menyamakan kedudukan.

Kealpaan Alex Telles dan barisan pertahanan Manchester United dihukum dengan jaringan dari Martin Oedegaard pada minit ke-55.

Fred sekali lagi menebus kesilapan silam apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti, pada mulanya Martin Atkinson tidak melayan selepas melihat Fred tersengih.

Campur tangan VAR menyebabkan Martin Atkinson merujuk kepada skrin ditepi padang dan jelas menunjukkan Fred dikasari.

Cristiano Ronaldo mudah menyempurnakan penalti dengan rembatan deras ke tengah ketika Aaron Ramsdale terbang ke sisi untuk gol ke-800. Setan Merah kembali mendahului.

Selepas ketinggalan, Arsenal mula menggunakan kaedah mistik apabila memasukkan Saka dan mengeluarkan Emile Smith Rowe.

Pierre-Emerick Aubameyang terus buta kayu apabila gagal menjaringkan gol ketika berdepan De Gea sahaja dan nasib baik offside tidak kena kecam lagi.

Fred sekali lagi telah bertukar menjadi Park Ji Sung dan membuat membuat keputusan dengan baik secara tiba-tiba.

Kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan dan Manchester United mencipta kebangkitan sensasi di Old Trafford.

Fred menjadi penulis skrip drama ini, menukar dirinya dari seorang petualang kepada wira yang menjadi nadi kebangkitan.

Michael Carrick menggalas tugas dengan cemerlang untuk tiga perlawanan getir tanpa kalah dan meninggalkan kelab dengan meletakkan Setan Merah kembali ke jalan yang benar.

Kesebelasan Utama Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Dalot, Lindelof, Maguire, Telles; McTominay, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford; Ronaldo.

Pemain Gantian : Henderson, Bailly, Jones, Lingard, Mata, van de Beek, Amad, Greenwood, Martial.

Kesebelasan Utama Arsenal (4-2-3-1) Ramsdale; Tomiyasu, White, Gabriel, Tavares; Elneny, Partey; Martinelli, Odegaard, Smith Rowe; Aubameyang.

Pemain Gantian : Okonkwo, Tierney, Holding, Maitland-Niles, Lokonga, Pepe, Saka, Lacazette, Nketiah.

Pengadil Perlawanan : Martin Atkinson.

BACA:  Rakaman Perbualan Telefon Dedah Antony Mangsa Pembohongan Wanita